“Zulfa?” Pintu bilik terbuka.
“Ye..” Tangannya masih ligat menyusun barang-barang di dalam kotak. Safuan yang tercegat di tepi pintu tidak dihiraukan.
“Zulfa? Ape yang awak buat ni? Ape semua ni?” Safuan melepaskan nafas. Matanya tertancap pada bilik Usu yang tak ubah seperti stor itu.
“Takde apa lah Safuan... saya berkemas...” jawab Usu mendatar.
“Awak tipu Zulfa... takkan berkemas macam nih? Ni gaya orang berhenti kerja ni Zulfa...” Safuan berkerut.
“Mmm saya dah resign Safuan...”
“But, why?” Safuan hairan. Kerja dah elok-elok, tiba-tiba berhenti pula.
“Nothing.. just wanna try another job...” Gaya Usu acuh tak acuh.
“Zulfa, jangan tipu saya... walau pun kita kenal taklah terlalu lama, tapi ini bukan tindakan Zulfa Aiman yang saya mula-mula kenal dulu.. what’s wrong with this job?” Safuan bertanya.
“Saya... ahh...” Usu menghempaskan punggungnya di atas kerusi empuk. Dia menarik nafas panjang. Seolah-olah ada sesuatu yang terbuku di hatinya.
“Zulfa... I think you really need some rest...” Safuan bersuara semula setelah kelihatan Usu sedikit reda.
“No.. I’m okeh...” balas Usu.
“Zulfa.. Is it because of him?” Safuan meneka sesuatu yang dirasakannya hampir pasti.
“Who? Ashraff? No...” Usu bertegas.
“Okeh... then? Why?” Safuan masih belum puas hati. Jawapan tadi masih meragukannya. Kerana Usu teragak-agak menyebut nama Ashraff.
“She quit? Apesal?” Ashraff di hujung talian terkejut dengan berita yang baru sampai.
“Nak cari kerja lain katanya.. tapi aku pasti sebab kau..” Jawab Safuan.
“Apehal pulak sebab aku?”
“Kau orang berdua ni ego tinggi melangit tau tak? Sorang taknak mengaku, sorang lagi asyik nak lari je..” Tegur Safuan. Ada betulnya juga kata-kata Safuan itu. Usu, tak pernah mengaku tindakan peliknya selama Ashraff tiada itu disebabkan rindunya pada Ashraff. Si Ashraff pula buat-buat tak faham ada hati yang sedang menderita dengan tindakannya melarikan diri.
“Aku tinggi bukit je.. Usu tu yang melangit..” kata Ashraff.
“Sampai bila kau orang nak macam ni? Jangan tunggu lama-lama Ash.. melepas nanti...”
“Sampai masanya Safuan, aku akan balik juga.. dan aku harap masa tu dia faham erti pedihnya bila kita merindui somebody..”
“Kau dendam dengan orang yang kau sayang Ash? Nonsense betul..” Getus Safuan.
“Dia selalu cakap dengan aku, bila kita samar-samar antara cinta dan sahabat, menjarakkan diri is the best thing to do.. so, aku buat apa yang dia nak..”
“Tapi, ini namanya kerja gila.. aku tak pernah tengok orang bercinta macam korang ni.. dua-dua pelik..”
Ashraff tertawa di hujung talian.
"Sekarang kau dah jumpa la ye? Pasangan yang pelik..." Ashraff tersengih.
"Ape salahnya kalau korang bersatu je? Rimas aku tengok... asyik-asyik aku je yang jadi reporter buruk... last-last aku jugak yang melepas..." Keluh Safuan.
"Oit.. kau ni macam tak ikhlas je.. dulu kata nak tolong aku.. aku dah tolong kau, why not kau tolong aku pulak..."
"Takde la.. aku ikhlas tolong korang berdua, tapi sampai bila? Sorang di sana, sorang di sini...? Bab pertolongan kau tu aku hargai.. dulu aku nampak dia je, tapi sekarang aku dah mula perasan yang ada somebody else yang lebih sesuai untuk aku... thanks man.." Safuan bersuara lagi.
"Takde ape... I hope ini bukan bermakna kita main tukar-tukar cinta.. I really and honestly love her... if I could, I would marry her now.. ko tau..." Terus terang.
"And me too... aku pun bukan main-main lagi... I'm serious with her... kalau bukan sebab kau yang kenalkan, dah tentu aku asyik fikir pasal kecewa je.." Safuan juga meluahkan kesyukurannya.
"Dah dua tahun kau dengan dia kan? Bila lagi ni?" Tanya Ashraff.
"InsyaAllah.. tak lama lagi... mak ayah aku pun dah berjumpa sesama family dia, nampak gayanya semua dah setuju.. hoprfully takde masalah..." Ada butir gembira terpacul dari mulut Safuan.
"Serius?! Alhamdulillah... aku tumpang gembira la weh..." Ashraff teruja di hujung talian.
"Seriuslah.. kau ingat aku ni macam kau ke?" Ejek Safuan.
"Aku lagi kena..."
"Bila lagi? Jangan tunggu lama-lama sangat Ash... melepas tak berlagu nanti..." Safuan tersengih.
"Kalau jodoh tak ke mana la... sampai masanya, bukan setakat lagu, aku buat filem terus..." Gurau Ashraff.
"Boleh blah la... berakar aku tunggu tak jadi ape jugak... orang kat sini tu dah tak tentu kalu..."
"Dah la tu weh.. aku je kena... setiap kali kau buat report.. sure pakej dengan kuliah kahwin kau tu... boring tau dak.." gerutu Ashraff.
"Aku kan merangkap penasihat kau.."
“Okeh la Safuan... aku kena gi dulu la.. jap lagi ade meeting ngan mat saleh.. please send my regards to Azlan..”
“Untuk Azlan je? Zulfa?”
“Salam sayang untuk dia.. haha.. okeh la weih.. assalamualaikum..”