Sunday, March 25, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 35]

 

Usu membentangkan sejadah di tengah malam yang hening. Dia perlukan jawapan dari Allah swt. Fikirannya sudah buntu memikirkan apa seharusnya dia lakukan. Dia lupa bahawa hanya ada satu Zat yang mampu membantunya. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui akan tindakan yang seharusnya Usu lakukan. Dua raka'at tahajud diselesaikan dengan penuh khusyuk. Berjuraian airmata menitis di pipinya tanda bahagia mengadu kepadaNya. Segala bebanan masalah selama ini hilang sekelip mata tatkala lafaz takbir dibacakan. Betapa agungnya kasih sayang Allah untuk hamba-hambaNya.

 

 

            "Mama dengan Ayah tak nak buat keputusan terburu-buru Usu.. ini soal masa depan dan juga kehidupan Usu.. kami tak mahu tersalah langkah" Mama memanggil Usu pulang ke rumah pada pagi Sabtu yang lalu. Mama memang selalu menyuruh Usu dan adik beradiknya pulang setiap cuti hujung minggu jika tak punya kerja. Tapi permintaan Mama kali ini agak berlainan. Mama mahu benar-benar Usu pulang.

 

            "Tok ngan Tokwan pun sama, sayang.. kami memang berkenan dengan dia, tapi kalau Usu  tak berkenan, kami tak mahu paksa.. pilihlah yang Usu berkenan dan tenang bersama-sama.. pasai benda ni bukannya untuk esok lusa saja, seumur hidup.." Tokwan dari Kedah juga datang ke rumahnya. Besar sungguh hal yang hendak dibincangkan itu. Usu pula jadi berdebar-debar.

           

 

            Rupa-rupanya Safuan menghantar rombongan merisik Usu seminggu sebelum itu. Usu tidak perasan apa-apa perubahan ketara pada Safuan. Tapi, jejaka itu lebih banyak berdiam diri ketika mesyuarat syarikat, perjumpaan dengan pelanggan dan juga perbincangan. Usu menganggap dia punya masalah peribadi yang tidak perlu disibukkan. Tidak pula dia menyangka bahawa dirinya menjadi subjek utama perubahan Safuan itu. Cuma satu perkara sahaja yang menjadikan Usu hairan, walau pun Ashraff sudah tiada lagi di pejabat, jambangan ros masih sampai setiap minggu ke meja Usu. Dengan kad tidak bernama. Usu anggap itu perbuatan teman Ashraff si Azlan menjalankan tugas rahsia menghantar bunga itu bagi pihak Ashraff. Itu adalah silapnya Usu. Dia tidak memandang yang lain. Dia lupa bahawa Safuan juga punya kebarangkalian menjadi pengirim jambangan misteri itu.

 

 

            "Macam mana Usu? Dah ada keputusan? Mama bukan memaksa, tapi Mama taknak orang di sana menunggu lama.. tak elok.." Pagi itu Usu nekad memberikan keputusan muktamadnya.

 

            "Usu faham Mama.. dan Usu dah ada jawapannya.." Tegas Usu. Tok dan Tokwan Usu juga ada di meja bersarapan bersama. Mereka sabar menantikan jawapan dari Usu.

 

            "Hmm.. boleh Mama tahu sekarang, Sayang.." Mama menanti.

 

            "Usu rasa Usu tak dapat terima Safuan sebagai suami Usu, Mama..." Perlahan-lahan satu per satu kata-kata itu dilafazkannya. Usu tenang. Walau pun dia tahu, ada hati yang akan terluka dengan keputusannya itu, dia yakin akan ada hati lain yang lebih baik dari Usu menjadi pengganti kepada dia.

 

            "...." Mama mengangguk tanpa sepatah kata. Faham.

 

            "Tokwan pun takdak nak kata apa la Usu... tu keputusan Usu.. kami terima.."

 

            "Terima kasih Tokwan, Tok, Mama... terima kasih sebab faham perasaan Usu.."

           

 

 

***

 

            "Saya minta maaf Safuan... saya terpaksa menolak lamaran awak..." Usu bersuara juga setelah lama membatu.

 

            "Tak apa lah Zulfa.. sekurang-kurangnya saya tahu perasaan awak pada saya..." kata Safuan. Ada nada kecewa di dalam kata-katanya. Tapi sinar mata jejaka itu menyatakan dia redha dan faham.

 

            "Terima kasih kerana menyayangi saya, walau pun tak berbalas..." Usu mula terasa panas di dalam kelopak matanya. Dulu dia menolak satu cinta yang samar-samar dibayangi ikatan persahabatan, dan hari ini dia menolak cinta yang jelas terbentang di depan mata. Mungkin dari satu sudut dia bodoh, tapi ini pilihan yang Allah berikan padanya. Dia yakin akan istikharah yang dilakukannya. Dia yakin sepenuh hati pada Allah. Biar pun dia kehilangan cinta dari Safuan, suatu hari nanti pasti akan datang satu cinta yang lebih hebat dari cinta Safuan padanya.

 

            "Rasa sayang adalah fitrah Zulfa.. walau pun kita tiada jodoh, saya masih sayangkan Zulfa..." Sambung Safuan.

 

            "Saya tak layak mendapat cinta awak yang suci tu Safuan... saya manusia yang selalu melepaskan cinta yang hadir pada saya..." Usu menitiskan airmata jernih. Nama Ashraff meniti di fikirannya tika itu. Hati masih merindui jejaka pertama berani menyapanya di fakulti dulu.

 

            "Apakah maksudnya Zulfa menyintai seseorang yang sudah tak ada?" Safuan bertanya. Simpati pula melihat Zulfa Aiman di depannya itu.

 

            "Safuan, selama hidup saya.. hanya dua lelaki berjaya berada di dalam hati ini.. yang pertama sudah lama saya buang ke tepi.. tapi..." Usu menarik nafas. Dia mencari kekuatan dalam diri.

 

            "Tapi... apa Zulfa?"

 

            "Tapi insan kedua tu saya sedar saya menyintai dia setelah saya kehilangan dia... saya cuba buang dia ke tepi... tapi dia berjaya masuk semula ke dalam hati ini... malah saya rasa sangat bahagia dengan adanya dia di dalam hati saya..."

 

            "Maksud Zulfa... Ashraff?" Safuan bertanya untuk mendapatkan kepastian.

 

            "..." Usu diam.

 

 

**

            "Kau mesti balik cepat Ash..." Safuan bersuara. Ashraff di hujung talian terbatuk-batuk.

 

            "Ape kau kata? Balik? Takde ape dah untuk aku di sana.." balas Ashraff.

 

            "Dia sayangkan kau...cuma kau je tak nampak..." Safuan berkata.

 

            "Dia tak pernah serius dalam cinta dengan aku... setiap kali aku bagi hint.. dia buat tak tau.. maybe aku bertepuk sebelah tangan..." jawab Ashraff.

 

            "Itu dulu Ashraff.. Zulfa Aiman sekarang bukan lagi Zulfa Aiman yang dulu..." kata Safuan.

 

            "Maksud kau..?" Ashraff bertanyakan kepastian.

 

            "Dia mengaku depan aku dia cintakan kau..."

 

            "Dia what?!"

 

            "Dia sayangkan kau sejak dulu and she's still loving you..." Tegas suara Safuan.

 

 

Perbualan lebih sebulan lalu antara Safuan dan Usu serta Ashraff mengingatkan Safuan pada kedua temannya itu. Biarlah dia berkorban untuk melihat insan yang dia sayangi bahagia. Apa salahnya jika dia tidak dapat memiliki Usu, dia usahakan seseorang menjadi pendamping yang akan membahagiakan Usu. Sekurang-kurangnya dia merasa bahagia bila melihat insan yang disayanginya bahagia. Cinta bukan bermakna mesti bersatu. Pada mulanya dia tidak dapat menerima keputusan Usu, tapi bila difikirkan semula bukankah Allah lebih mengetahui jalan hidupnya? Mungkin dia ditakdirkan berjodoh dengan insan yang lebih baik dari Usu di masa depan.

 

 

Posted at 01:30 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: