Sunday, March 25, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 34]

 

Usu membaca kertas kecil di tangan. Senarai barangan yang banyak perlu dia beli hari ini. Kebetulan pula Along dan Kak Long tak dapat membelinya kerana sibuk dengan tugasan di wad. Memandangkan dia sahaja yang bercuti, apa salahnya membantu. Usu teringatkan kisah silam semasa dia masih kecil lagi. Along selalu membawanya ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan harian untuk Mama. Pernah dulu Along berjalan-jalan di area tuala wanita seorang diri. Kelakar betul dengan Along ketika itu. Berangan tak habis.

 

 

Langkahnya diatur perlahan-lahan mencari setiap barangan yang tertulis. Dia tidak perlu tergesa-gesa untuk membeli belah kerana dia punya satu hari suntuk. Pulang nanti dia bercadang untuk membeli lauk pauk yang sudah siap dimasak sahaja. Memandangkan Along dan Kak Long on-call malam ini, tinggal dia seorang sahaja yang akan menjamah makan malam nanti. Dari membazir memasak berbagai makanan, lebih baik beli sahaja sekadar cukup mengisi perutnya.

 

 

Langkah Usu terhenti memandang sekujur tubuh di hadapannya. Sudah lama dia tidak menatap insan itu. Dia sedang memilih bijirin sarapan. Leka sampai tak perasan Usu menghampirinya.

 

 

            “Assalamualaikum…” tegur Usu sambil tersenyum.

 

            “Waalaikumussalam… ya Allah.. Zulfa… buat apa kat sini?” Wajah ceria itu masih seperti dulu juga.

 

            “Kau tu buat apa kat sini?” balas Usu semula. Tangan dihulur untuk berjabat.

 

            “Lamanya tak jumpa kau… makin comel kau ye…” Aufa Nazeera menyambut huluran tangan dari Usu. Teman sepersekolahannya itu masih seperti dulu walau pun sudah berkahwin. Masih berseri-seri wajahnya yang tabah menempuhi dugaan.

 

            “Kau pun apa kurangnya… maintain ayu lagi yer.. anyway dah berapa orang penyejuk mata kau?” Usu bersoal jawab semula.

 

            “Alhamdulillah… Allah bagi aku dua sekaligus… kembar… hmmm tu dia hero-hero aku…” sambung Aufa sambil menuding jari ke arah tiga lelaki di hujung rak minuman. Dua daripada mereka berwajah seiras. Tiga orang hero.

 

            “Ohh…” Usu menganggukkan kepala sambil tersenyum.

 

            “Yang sebelah kanan tu Amir Hakimi, yang sebelah kiri tu adiknye Amir Hafizi dan yang tengah-tengah tu superhero…” sambung Aufa. Tawa pecah di antara kedua mereka.

 

            “Alhamdulillah… suka aku tengok kau dah bahagia sekarang nih…”

 

            “Alhamdulillah… syukur sangat-sangat… eh.. kau pulak apa cerita? Takkan solo lagi kot?” Aufa Nazeera bertanya.

 

Soalan nih juga yang ditanya. Nak aku cakapkan macam mana lagi? Aku tak ada hubungan dengan sesiapa bergelar lelaki..

 

            “Takde sape nakkan aku la Aufa…” balas Usu berseloroh.

 

            “Takde orang nak ke, kau yang memilih sangat? kau nih…” Aufa tersengih memandang Usu.

 

            “Malaslah nak fikir pasal nih.. kalau ada jodoh tu ada la…” balas Usu mendatar.

 

            “Kisah lama lupakan je la Usu…” Aufa menambah. Dia faham betapa kerasnya hati temannya itu untuk menerima lelaki lain selepas kecewa dengan Hafizi dulu.

 

 

Wanita mana yang tidak mahukan kebahagiaan. Siapa yang tidak mahu mempunyai keluarga bahagia. Melihat anak-anak membesar di depan mata. Punya suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Keluarga yang selalu penuh dengan tawa ria dan gelak lucu. Itu juga yang dirindukan Usu. Dia tahu dia cemburu melihat temannya Aufa semasa di pasaraya pagi tadi. Tapi dia tak punya upaya untuk memiliki semua itu.

 

 

Mungkinkah dia yang menolak jodoh? Ketika Ashraff menyatakan hint-hint, Usu selalu menukar topik dan buat tak tahu. Apakah kerana sudah bosan dengan menantikan jawapan Usu, Ashraff mengambil keputusan untuk pergi jauh? Tapi Usu tidak berdaya menawarkan luka di hatinya yang masih segar parutnya. Dia fobia. Fobia pada kekecewaan. Takut pisang berbuah dua kali. Takut pada kenyataan kekecewaan dan perpisahan. Dia tidak mahu menempuhnya buat kali kedua.

 

 

Dalam masa yang sama dia menyimpan rasa benci pada lelaki. Dari benih kecil, rasa benci itu kini telah membesar mengakar dan mengukuh di dalam dirinya sehingga amat sukar untuk dia menumbangkannya. Namun, semenjak kebelakangan ini hatinya mudah sangat tersentuh. Dia mudah sekali menitiskan airmata. Apakah mungkin hatinya sudah kembali lemah?

 

 

k^@sh: nak buat camner?

 

puteri_aiman: solat la..

 

k^@sh: eh.. sy solat la..

 

k^@sh: ingat sewel2 camnie tak mayang ke?

 

puteri_aiman: jgnla marah plak

 

puteri_aiman: maksud sy bkn solat fadhu

 

puteri_aiman: solat sunat.. tahajud.. tasbih.. hajat.. taubat..

 

k^@sh: ye ke?

 

puteri_aiman: Allah bfirman: “dan mohonlah bantuan dengan sembahyang..” al-Baqarah…

 

puteri_aiman: our life is full of questions…

 

k^@sh: and all the answers are in da al-Quran.. J

 

puteri_aiman: yup..

 

puteri_aiman: di situlah jawapan.. di situlah penerangan.. di situ juga kita akan bertemu Tuhan

 

k^@sh: awak pandai la puteri..

 

k^@sh: sy x pernah fikir tentg benda nih sume

 

k^@sh: yg ada dlm kepala otak sy just fun… fun… study… ijazah… kerja… duit…

 

k^@sh: takde pun hal-hal mcm nih…

 

puteri_aiman: sy pun blaja jugak sume nih..

 

puteri_aiman: kalau bukan kt yg singkap rahsia al-Quran.. sape lg?

 

puteri_aiman: takkan nak soh ah chong ngan muthusamy kot…

 

k^@sh: u’re rite…

 

 

Kehidupan manusia sentiasa dilingkari dengan persoalan yang tiada bertepi. Menyesakkan minda dan fikiran. Kadangkala persoalan itu membuatkan manusia hilang pedoman dan panduan. Pada ketika yang lain pula, persoalan sebeginilah yang akhirnya menemukan manusia dengan Khaliqnya semula. Tengoklah pada mualaf yang baru menerima hidayah, kebanyakan mereka bermula dengan memikirkan jawapan kepada persoalan di dalam diri mereka yang tidak mampu dijawab oleh agama lama mereka. Dan Islam membawakan jawapan yang lengkap berserta bukti yang kukuh, sehingga tidak mampu lagi didalih.

 

 

            “Kau tak rasa apa-apa ke dengan Ashraff tu? Aku nampak dia take care bebetul dengan kau Zulfa…” Langkah kaki diteruskan. Laman masjid mula kosong apabila semua jemaah mula meninggalkan masjid usai solat Tarawih.

 

            “Take care adalah persahabatan la Husna…” ringkas jawapannya. Beg sandang berisi telekung itu dikepitkan ke dada. Angin malam Ramadhan menghembus lembut.

 

            “Tapi take care dia tu lain macam la…”

 

            “Kau nih mula la tu…”

 

            “Aku agak saja…” Husna tersengih.

 

...

Posted at 01:20 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: