Sunday, March 25, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 33]

 

Zulfa Aiman masih seperti dulu. Keras hatinya. Sampai bilakah luka hatinya dahulu itu akan sembuh?  Berapa lama lagi? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Pena mata bola berlari-lari anak di atas kertas A4. Usu bersila di hujung katilnya sambil mendengar lagu Khalifah – Mirwana. Dia kembali kepada hobi lamanya. Melukis. Sudah bertahun dia menggantung pen dan berus lukisan lantaran kesibukan tugas harian. Entah kenapa hari itu dia terasa ingin kembali pada zaman silamnya semula. Melukis menenangkan jiwanya. Dia bisa meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya dengan lukisan. Itu motto dia melukis. Luahan rasa hati.

 

 

Usu membiarkan jari-jemarinya mengemudi pena mata bola tanpa arah. Sesekali dia mengubah kedudukan kertas untuk mendapatkan sudut yang paling elok untuk melakar dan melarik. Yang pasti, dia tiada tujuan. Dia tidak tahu apa yang akan terhasil di atas kertas itu. Dia tidak tahu apakah luahan hatinya yang sebenar kali ini. Kerana untuk pertama kalinya minda tidak mengawal gerakan jemari, tetapi hatinya diberikan mandat sepenuhnya.

 

 

Khairul Ashraff Bin Kamarul Bahrin.

 

 

Wajah itu muncul di atas kertas A4. Dalam banyak-banyak subjek untuk dilukisnya, wajah lelaki itu menjadi pilihan hatinya. Mungkinkah dia rindukan gelak tawanya? Dan nakal kelakarnya? Dan juga sifat memaksanya? Usu tidak dapat menjawab. Dia tersenyum memandang hasil lukisannya. Dakwat pen mengembang di atas kertas tatkala airmatanya jatuh setitik di atas segaris lukisan pada mata Ashraff. Usu dapat merasakan seolah-olah Ashraff sedang memerhatikannya ketika ini. Redup pandangan itu seolah-olah memberitahunya Ashraff masih mengingatinya. Seperti mana dia mengingati Ashraff ketika ini.

 

 

Airmata segera disekanya. Kertas A4 itu disimpan ke dalam fail koleksi lukisannya. Usu menarik ikatan tocangnya dan baring ke atas tilam. Doraemon yang tersenyum di hujung kepala ditarik merapati dadanya. Rindu mungkin. Usu masih menyangkal dugaan hatinya itu. Dia masih mahu pertahankan persahabatan menduduki tempatnya. Biarlah cinta tetap dikaburi.

 

 

Ah! Aku tak boleh macam nih.. mesti kuat.. jangan mengalah dengan perasaan dan nafsu… selagi dia bukan suami aku, selagi itu dia tak layak di hati aku… dia hanya sahabat…

 

 

Usu bingkas bangun mendapatkan fail koleksi lukisannya semula. Dia mencari semula lukisan wajah Ashraff sebentar tadi. Sehelai demi sehelai diselaknya. Akhirnya berjumpa. Usu menarik keluar lukisan itu. Direnungnya sekali lagi wajah Ashraff yang tersenyum itu.

 

 

Prapp!!!

 

Lancar sekali tangannya mengoyakkan lukisan itu. Dia ingin buang jauh-jauh rasa di dalam hatinya. Dari empat cebis kepada lapan cebis dan seterusnya bertaburan cebisan kecil di atas lantai. Usu masih belum puas lagi. Dia mengambil mancis dan membakarnya. Biar kejam tindakan itu tapi dia tidak mahu mengikut rasa hatinya.

 

 

            "Allah!!" Usu memandang ke arah kertas-kertas yang berterabur di atas lantai. Secara tidak sengaja dia tertepis fail koleksi lukisannya.

 

            "Bakar satu tapi banyak lagi yang tersimpan…" Suara Jenal mengejutkan Usu yang masih merenung kepada lukisan-lukisan wajah Ashraff.

 

            "Bakar banyak-banyak pun, dalam nih masih segarkan?" Jenal menuding jari ke arah dadanya. Usu memandang tak beriak. Benih jernih berkaca-kaca dikelopak mata tak tertahan lagi. Jenal melangkah masuk ke dalam bilik adik bongsunya itu. Wajah Usu dipandangnya penuh simpati.

 

 

            "Ape Along buat sini?" Usu cepat-cepat mengesat airmata dengan hujung lengan bajunya. Senyum segaris terukir di bibir pucatnya.

 

            "Tengok drama Korea…" balas Jenal sambil tersenyum memandang Usu. Dia tunduk mengutip semua lukisan-lukisan wajah Ashraff di atas lantai.

 

            "Buat lawak la tu…" balas Usu. Matanya memandang satu persatu perlakuan Alongnya menyusun lukisan-lukisan itu.

 

            "You're in love, right?" Jenal meneka. Usu memandang wajah Alongnya tak beriak. Tekaknya terasa kesat untuk melontarkan jawapan. Dia diam sahaja.

 

            "With him…" Jenal menghulurkan semua lukisan-lukisan itu kepada Usu. Dia bangun melangkah keluar. Usu diam membatu sambil memegang lukisan.

 

            "Fallin' in love for the second time is not a crime Usu…" Jenal meninggalkan bilik Usu.

 

Falling in love for a second time is not a crime. Mungkin benar kata-kata Along itu. Tapi bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi. Apakah Ashraff juga punya rasa yang sama sepertinya? Selama mereka berkawan, tidak pernah sekali pun Ashraff serius berbicara hal cinta, hal kasih sayang, hal perhubungan yang lebih dari sekadar kawan. Kalau ada pun Ashraff hanya sekadar berjenaka. Mungkin aku anggap itu sebagai jenaka, tapi tidak di pihak Ashraff? Usu berteleku di birai katil.

 

Benarlah kata orang, kita tidak pandai menghargai sesuatu yang ada di depan mata. Sekelip ia hilang dari pandangan, barulah kita sedar betapa tinggi nilainya. Sekelip mata Ashraff hilang di mata, barulah kini Usu sedar hatinya sudah lama terpaut pada jejaka itu. Barulah ia kenal erti sebenar merindui seseorang. Barulah ia kenal erti cinta yang sebenar-benarnya.

 

Tapi kini ibarat seperti sudah terlewat bagi Usu. Insan yang dikasihi selama ini sudah pergi jauh. Entah ke hujung dunia yang mana si dia merantau. Apakah kerana kecewa dek sikap acuh tak acuh Usu selama ini atau terluka dek sikap baran Usu? Dia pergi tanpa sebab dan menghilang tanpa jejak. Usu bingung. Ke manakah hendak dicari semula dia. Kalaulah boleh dia mendapatkan Ashraff ketika ini, akan dinyatakan sejujurnya rasa di dalam hati. Akan dilaungkan sekuat hati pedih yang terasa akibat merinduinya. Akan dilafazkannya kalimah keramat itu. Biar dia tahu bahawa kini Zulfa Aiman sudah benar-benar jatuh hati pada Khairul Ashraff...

 

Jika memang diriku
Bukanlah menjadi pilihan hatimu
Mungkin sudah takdirNya
Kau dan aku takkan mesti bersatu


Harus selalu kau tahu
Ku mencintamu di sepanjang waktuku
Harus selalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya


Karena kuyakin cinta dalam hatiku
Hanya milikmu sampai akhir hidupku
Karena kuyakin di setiap hembus nafasku
Hanya dirimu satu yang selalu kurindu

Aku Bukan Pilihan Hatimu - Ungu

 

Posted at 01:10 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: