Sunday, March 25, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 32]

 

Kau pernah menjadi impian

Dan hitam bukanlah harapan

Masih segar diingatan kenangan bersama

Ku simpan jadi sejarah

Biarlah kujalani arah

Semoga kau mengerti

 

 

Usu tergamam membaca warkah yang ditinggalkan Ashraff di atas mejanya. Dia tidak tahu menahu akan kepergian Ashraff. Baru minggu lepas dia bertemu Ashraff dan Ibtisam. Rasanya tiada apa-apa riak perubahan pada jejaka itu. Dia kelihatan ceria dan kelakar seperti selalu. Ayat-ayat pedasnya masih seperti sebelumnya. Tiada tanda-tanda dia akan pergi.

 

 

puteri_aiman: awak…?

 

BUZZ!

 

BUZZ!

 

k^@sh: yer… sy kat sini la

 

k^@sh: nak ape?

 

puteri_aiman: ingatkan dah ilang

 

k^@sh: hilang ape? x fhm

 

puteri_aiman: takde ape2 la

 

k^@sh: sy tanya skit awak jgn marah ye..

 

puteri_aiman: depend la pd soklannya

 

puteri_aiman: kalo berbaloi, sy marah la

 

puteri_aiman: J

 

k^@sh: kalo awak tak pasti antara persahabtn dan cinta… ape awak akan buat?

 

puteri_aiman: hurmm? peliknya soklan..

 

k^@sh: J

 

k^@sh: just kongsi pendpt tak salah kan?

 

puteri_aiman: sy percaya masa dan jarak akan menjelaskan segalanya

 

k^@sh: x fhm la

 

puteri_aiman: r u in dilemma Mr Ash?

 

k^@sh: xde la… saje tanya…

 

k^@sh: lupakan je la… awak tgk TV tak semalam? Manchester lwn Chelsea…

 

puteri_aiman: awak kat Aussie… sy kat Malaysia… masa tak sama le… xde maknanye nak bgn awal pg just tgk bola… baik tahajud ke ade maknanya gak.. :-P

 

 

Persahabatan dan cinta bagai minyak dan air. Boleh bersama tapi takkan bercampur. Minyak dan air boleh berada di dalam satu bekas, tapi tak mungkin bercampur menjadi satu. Sahabat tetap sahabat. Kasih sayang sahabat tidak pernah akan sama dengan cinta kekasih. Itu adalah kenyataan yang perlu difahami. Bila persahabatan mengaburi cinta, lihatlah bagaimana masa dan jarak mengembalikan yang berhak ke tempatnya semula.

 

 

Semenjak itu Ashraff bagai seketul batu yang tenggelam ke dasar tasik tika dibaling anak kecil. Tenggelam tak beriak dan tidak berkhabar lagi. Apa yang terjadi pada jejaka itu tiada siapa tahu. Notis perletakan jawatannya juga dihantar tergesa-gesa. Azlan menyatakan dia tidak tahu ke mana Ashraff. Tetapi nurani Usu menyatakan Azlan berbohong. Dia pasti Azlan tahu ke mana Ashraff. Tapi Usu tidak mahu memaksa sesiapa. Biarlah masa yang membawakan jawapannya suatu hari nanti dengan izin Allah.

 

Posted at 01:00 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: