Monday, January 09, 2006
KT5 Vol 1 [Part 9]

 

 

 

    Setelah lebih kurang seminggu aku berkampung di UUM ini. Pelbagai pengalaman pahit manis aku dah rasakan. Kena marah dengan Prof Hamidah sebab lewat pergi latihan, tertinggal teks isi penting masa pertandingan dan macam-macam lagi lah. Semuanya bakal menjadi kenangan manis buat aku. Termasuklah berjumpa dengan Dr Ahmad dan keluarga dia, makan ayam masak merah kacang peas dan juga gambar Izah berpotret dengan keluarganya.

    Dan hari ini, adalah hari penentuanku. Keputusan penuh akan diumumkan bagi Pertandingan Syarahan Inter-campus dan juga Debat Piala Menteri Pelajaran Tinggi. Dag dig dug jugalah jantung aku ini. Duduk bersebelahan Zaim dalam dewan serba megah ini. Luas gedabak. Aku tawakkal sajalah apa yang nak jadi pun. Aku redha. Kalau ada rezeki tu, adalah. Kalau dah bukan rezeki. Aku redha saja. Kalah menang adat pertandingan. Tapi, hakikat yang sebenarnya... aku menang dalam pertandingan tu. Alhamdulillah... Usaha kami semua membuahkan hasil.. Piala Pusingan yang selama ini disimpan di kampus aku kembali terus dibawa balik ke Bumi Kenyalang... Untuk tahun yang ke-empat berturut-turut. Jejak langkah Kak Safina, Abang Ikhwan dan tahun lepas Kak Zulaiha aku ikuti dan teruskan lagi tahun ini. Mempertahankan kejuaraan tradisi. Zaim dan Akmal mendapat tempat ketiga. Alhamdulillah juga. Semoga diberkatiNya. Ameen.

    Setelah berkampung di UUM yang indah permai ini, tibalah masanya kami semua kembali ke kampus. Membawa berita gembira. Alhamdulillah. Kenangan manis, masam, masin, kelat dan payau di sini menjadi memori indah dalam hidup aku. Ateh dan Usu, Mama dan Ayah, Uncle Ahmad dan Auntie Khuzaimah, Izzah dan Azreen.. semuanya terpahat dalam minda.. Cuma persoalan minda aku saja yang masih belum terjawab. InsyaAllah. Tiba masanya, jawapannya pasti tiba. 

    Dr Ahmad dan Auntie Khuzaimah menghantar rombongan aku di airport Kepala Batas, Alor Star. Mama, Ayah dan Usu dah balik sehari lebih awal dari rombongan aku. Semalam mama sempat berpesan... "Jaga diri baik-baik... belajar rajin-rajin... ingat Allah selalu... doa dan sembahyang jangan lupa..." Rasanya setiap ibu di dunia ini akan berpesan yang sama untuk anak-anak yang tinggal jauh dari mata.

    "Nanti kalau cuti semester datanglah lagi Zainal..." Kata-kata Dr Ahmad mematikan lamunan aku ke arah sawah padi luas terbentang di hujung landasan kapal terbang. Aku menoleh ke arahnya.


    "InsyaAllah uncle..." balasku sambil sekuntum senyum diukir di bibir.

    "Zainal tak payahlah kekok sangat dengan uncle dan auntie..." Auntie Khuzaimah pula menyampuk. Aku sekadar mengangguk kosong saja. Tak tau nak balas macam mana. Layanan keluarga Dr Ahmad istimewa di mata aku. Seolah-olah aku ini 'somebody' yang istimewa di mata mereka. Aku sendiri tak faham. Lebih-lebih lagi bila pikirkan tentang misteri si Izzah tu. Kakak Azreen tapi bukan Kakak Azreen. Tak paham.. Betul-betul aku tak paham.

    "Nanti kalau nak datang, call uncle dulu.. boleh uncle jemput.." Kata Dr Ahmad sambil menghulurkan satu bungkusan padaku.

    "Eh, apa ini uncle?" tanyaku.

    "Zainal mesti janji dengan uncle dan auntie... sampai di Kuching nanti baru bukak bungkusan ini... jangan sekarang tau..." Auntie Khuzaimah menerangkan pantang larang bungkusan itu. Eh eh macam drama swasta la pulak aku rasa.

    "Ok la auntie... uncle... Zainal janji.. InsyaAllah..." balasku.

    Pesawat Boeing 747-300 Penerbangan Malaysia berlepas dengan selamat dari landasan sepanjang kira-kira lebih kurang 3 kilometer tu. Ermmm aku agak-agak saja panjang landasan ini 3 kilometer. Hihi. Apa pun yang pastinya kenangan di negeri kelahiran Mahsuri dan Puteri Lindungan Bulan ini tetap tersemat kukuh di dalam neuron memori otak aku. Aku memandang keluar tingkap pesawat dengan rasa bercampur baur. Gembira sebab aku berjaya menggondol juara, gembira nak balik ke kampus, sedih nak tinggalkan UUM dan Ateh, syahdu mengenangkan layanan Uncle Ahmad dan Auntie Khuzaimah... Sawah padi kebanggaan negeri Kedah terbentang luas mata memandang. Memang sesuai dengan gelaran Jelapang Padi.


    "Ehem... termenung jauh nampak?" Lamunan aku terhenti. Terasa perit bahu aku ditepuk. Tak boleh nak layan blues sikit. Ada saja yang nak mengacau.


    "Kau ini Akmal... aku nak layan blues sikit pun nak kacau..." balasku sambil menumbuk ringan ke bahunya semula. Hehe. Rasakan. Kalau aku tumbuk betul-betul mahu demam si Akmal ini.


    "Ek ellehh Nal... sejak bila pula kau pandai main jiwang-jiwang ini? Setahu aku kau ni jenis selamba saja..." balas Akmal.


    "Sedangkan pantai pun berubah... inikan pulak manusia wei..." balasku.

    "Fuyyo... falsampah la pulak... ok lah wei... aku blah dululah... taknak kacau orang nak tut.. tut..." Akmal lantas bangun menuju ke tempat duduknya semula. Kebetulan tempat duduk sebelah aku kosong. Jadinya senanglah sikit aku nak berjiwang karat sesorang. Hehe.

    ------

    Langkah aku laju. Aku nak cepat sampai ke bilik. Letih rasanya penerbangan sepanjang hari dari Kedah ke Kuching. Alhamdulillah kami semua selamat sampai. Akmal dan Zaim melangkah laju di depan aku. 

    Sesampai di bilik aku terus merebahkan badan atas katil. Ermm best siot. Terpandang bungkusan uncle Ahmad yang aku letak di atas meja. Aku bangun mengambilnya. Aku membuka dengan hati-hati. Wah...... aku tersenyum seketika memandang hadiah dari uncle Ahmad. Memang dah lama aku teringin, baru sekarang ini dapat merasa. Macam mana uncle Ahmad tau aku suka benda ini ye. Hmm mesti ayah atau mama yang bagi tahu ini. Ah pedulikan. Janji hajat dah tercapai.

    Keesokannya...

    "Tahniah Jenal..." aku menoleh.

    "Erm??!" aku menjungkit kening.

    "Tahniah" Ucapnya lagi. Erk. Siapa lagikan. Kalau bukan..... Suhaimi la.

    "Thanks... sebab bagi semangat kat aku dulu tu..." balasku mengukir senyum.

    "Kan aku dah kata kau mesti boleh punya..." balasnya.

    "Ye la tu... Eh.. aku ada something nak cerita ini..."

    "Cerita apa? Gosip ke? Tak nak aku buat dosa ngumpat ini..." Suhaimi membalas.

    "Ini cerita kisah benar la... wujud di alam nyata lagi.."

    "Ooo silakan..."

    "Masa aku kat UUM tu... aku gi rumah kawan ayah aku... nama dia Dr Ahmad... isteri dia nama Khuzaimah... aku panggil Dr Ahmad tu Uncle Ahmad and isteri dia aku panggil auntie Khuzaimah..."

    "Ya Rabbi... gila babas menariklah cerita kau ni Jenal.. boleh buat buku ni..." kata Suhaimi sambil ketawa. Isy mamat sekor ini aku tempeleng kang jadi lempeng free saja...

    "Oi... aku belum habis lagi la..."

    "Ler belum habis ke? Oho.. silakan sambung..."

    "Rumah dia lawa siot... ada kolam ikan bagai... memang syok la rumah dia tu.. lepas itu satu malam tu dia ajak aku dengan family aku dinner... ayam masak merah dengan kacang peas dia memang kaw punyelah.. sedap siot..." sambungku.

    "Nal... kau nak cerita pasal apa ni? rumah aku pun ada kolam ikan jugak... kau tak pernah cakap cantik pun rumah aku... straight to the checkpoint la senang sikit" protes Suhaimi.

    "Dalam rumah tu ada gambar ustazah kau tau tak. Aku sendiri pun tak tau apa kaitan antara si ustazah tu dengan uncle Ahmad tu..."

    "Ha?! Kau gi rumah Izah ke kat sana?" tanya Suhaimi semula.

    "Entah..."

    "Ler... takkan kau tak tau kau gi rumah siapa?"

    "Aku gi rumah uncle Ahmad... tapi tak tau pula tu rumah Izah... dia tak pernah cakap pun dia tinggal kat sana..." balasku. Aku membuka beg sandangku dan mengeluarkan sesuatu.

    "Memangla kau tak tau... sebab kau tak pernah nak ambil tau.... Izah memang asal dari Kedah... tapi tak tau la bapak dia doktor..." Suhaimi memandang ke arah barang di tanganku.

    "Wei Nal... bila kau beli ini? Fuyyo mahal siot... jenama branded ini..." Suhaimi membelek-belek hadiah uncle Ahmad yang diberikan padaku.

    "Aku tak beli... dapat hadiah... uncle Ahmad tu yang kasi aku... time nak fly balik sini"

    "Ui... cemana dia tahu kau suka benda ini ek?"

    "Entah..." balasku menjungkit bahu.

    "Kau ni ada apa-apa ke dengan Izah tu? Dah sampai dapat hadiah ini... pergi rumah dia la.. apa la..." Suhaimi bertanya.

    "Mana ada apa-apa... aku sendri pun tak tau tu rumah dia... tak tau pun ayah aku kawan dengan ayah dia..." balasku selamba.

    "Ye la... drama kan selalu buat cerita camtu... memula bapak kawan dengan bapak... lepas itu anak diorang kawin..." balas Suhaimi yang masih lagi terbelek-belek hadiah tu.

    "Tapi ada satu benda lagi... adik dia... err.. bukan adik dia..." sambungku.

    "Adik Izah?"

    "A'ah... eh bukan adik Izah..." balasku.

    "Habis tu?"

    "Erm.. kira macam adik dia jugaklah... Azreen..." balasku.

    "Kenapa?" tanya Suhaimi.

    "Tak ada apelah... jomlah.. pergi kelas..."

    "Woi... cerita separuh macam ini buat aku hangin sebadan ini... woi...". Aku melangkah meninggalkan Suhaimi yang masih tak puas hati dengan cerita aku. Hehe. Malu la pula nak cerita yang seterusnya. Hehe.

    ------


    Perasaan dalam diri kita ini kan bukan kita yang kontrol. Mana ada orang yang dengan sendirinya plan nak gembira, nak sedih atau nak suka dalam masa 5 minit dari sekarang ini. Betul tak? Segala-galanya ditentukan Allah swt. Dan aku dah dapat rasakan hakikat benda ini sekarang ini. Sebab apa? Sebab kalau nak diikutkan kawan-kawan aku, semua mereka sangka aku dengan Izah tu ada something. Tapi sebenarnya. Aku tak ada sedikit pun rasa yang mereka fikir tu. Anehnya lagi. Aku rasa suka dengan adik dia pulak.


    Rasa suka ke, tak suka ke datang sendiri dalam hati kita. Tak boleh nak paksa. Dan kadangkala tak ada sebab yang boleh menjelaskannya Kenapa dan mengapa. Setakat ini Ateh saja yang tahu. Aku rasa Ateh ini masih lagi boleh dipakai dalam menyimpan rahsia. Lain lah kalau Usu aku. Kalau Usu aku tahu ini, mahunya dah satu ASEAN ini tahu. Sekarang ini aku terfikir pulak. Kalau aku suka dekat Azreen tu, takkanlah nak dia layan aku. Tengok dari gaya gerak geri dia pun aku dah segan. Agaknya betullah kata orang, kalau gadis bertudung labuh ini payah nak didekati. Payah nak berkawan dengan mereka. Silap-silap langkah, mahunya kena khutbah free saja.

    Tapi, mereka pun manusia jugak kan? Takkanlah tak ada perasaan kasih, sayang, cinta, suka dan yang sewaktu dengannya? Takkan bersifat alien pulak kan? Isy... payah-payah... Payah betul nak faham golongan macam ini. Nak tegur sebarangan aku pulak yang segan. Sepatah aku cakap setengah patah saja dia jawab. Itu pun nasib sebab bapak dia Dr Ahmad tu ada kat situ. Kalau tak, rasanya aku cakap dengan dinding dewan saja hari tu.

    Ermm... hari ini. Actually petang tadi aku mesej Ateh. Saja tanya-tanya khabar dia. Manalah tau ada berita apa-apa. Ateh pun sefakulti dengan Azreen. Err.. se sekolah kalau kat UUM nun. Junior dengan senior. Aku tak pasti sangat macam mana rasa cinta ini. Betul ke atau sekadar suka. Tapi lain macam saja aku rasa semenjak dua menjak ini. Kadang-kadang terkhayal sesikit. Isy... isy... isy... Ateh bagi aku nombor telefon Azreen. Dia kata cuba try call. Erk... nak call? Kena fikir tiga empat puluh kali ini. Kalau call, nak cakap apa? Takkan nak cakap 'Assalamualaikum'... 'waalaikumussalam...' saja kot.

    "Err Jie... tanya sikit boleh?" Pojie yang tengah study Clinical Medicine tergezut. Ye la kan. Aku pun satu hal. Tiba-tiba saja bersuara sejak tadi dok melangok kat atas katil ini. Jangankan Pojie, pontianak pun terkejut beruk.

    "Nasib baik jantung aku ini original... kalau jantung aluminium dah lama dah padam... yang kau ini Nal... tiba-tiba saja..." Pojie menoleh ke arah aku. Meja study dia menghadap ke tingkap. Membelakangi katil.

    "Sorry Jie... nak tanya ini...". Aku bangun dari baring. Aku bersila kat atas katil sambil bantal kepala aku letakkan kat atas peha. 

    "Apa? Kau ini Nal... unpredictable la... kejap begitu kejap macam ini..." Ek elleh mamat ini.

    "Macam mana rasanya bila first time kau kenal Suhana?" Isy... pelik dua macam saja soalan aku ini. Ha... lupa pula nak habaq kat korang semua. Kawan aku si Pojie ini dah berpunya. Suhana nama dia. Student nursing. Kira pasangan doktor dan nurse la mereka berdua ini. Masa pertengahan tahun 3 mereka dah melangsungkan pertunangan. Dalam batch kami, depa la yang paling advance setakat ini.

    "Nal... kau demam kepialu ke? Apasal tiba-tiba kau jadik macam ini?" balas Pojie. Dah tu, dia gelakkan aku lagi. Nak kena flying-kick la gamaknya tunang Suhana ini. Tak reti-reti lagi. Pojie bangun dari kerusi study dia. Duduk sebelah aku sambil lengan dia atas belakang aku. Ala-ala anak dengan bapak dalam drama-drama tu.

    "Serius ini... aku malaria ini... puas hati?" balas aku. Tak reti sangat nak serius mamat ini. Ambik.

    "Oit... janganla marah Nal... aku gurau saja.. Kenapa ini?" Bunyi suara dia dah sedikit bernada serius kata orang. Lega sikit rasa hatiku ini. Hehe.

    "Kalau aku cakap boleh kau simpan rahsia ini?" Ambik precaution la beb. Jangan dia pergi cerita kat orang sudah la.

    "InsyaAllah... kau ini macam tak percaya dengan aku saja... amendenya ini?"

    "Aku confius... rasa cinta tu macam mana?" Makin pelik la soalan aku ini. Aku sendiri pulak rasa pelik.

    "Kau dah jatuh hati kat sesape ke Nal?" Bukan jawapan yang si Pojie ini bagi, ditanya balik pulak.

    "Entah lah..."

    "Kau tau Nal... mak aku cakap, cinta tu datangnya macam gula dalam air yang jernih... kau tak nampak. Aku tak nampak, sama-sama tak rasa... hanya mereka yang minum air tu saja yang dapat rasakan manis gula tu... lain orang... lain manisnye... tapi yang pasti gula tu merubah air tu dari tawar kepada manis... kau paham dak? Falsafah mak aku tu?" Dahsyatnya kejiwangan mamat ini. Agaknya anak beranak jenis jiwang ini. Unik juga falsafah gula mak dia ini.

    "Sesikit... cuba guna ayat yang senang nak faham sikit..."

    "Cinta tu pelik... cinta yang aku rasa untuk Suhana lain dari cinta yang baru berputik dalam hati kau tu... tapi yang tentunya, aku berubah dengan cinta tu dan kau jugak akan berubah sebab cinta kau tu..."

    "Err makin pening aku Jie..." balasku. Nampak gayanya aku masuk kuliah cinta la pulak. habis la... pakai tak study la aku dengan Pojie malam ini.


    "Dulu aku seorang... lepas tu sekarang berdua... dulu aku orang biasa, sekarang ini aku jadi tunang orang, dulu aku tak ada tanggungjawab... sekarang ini Suhana tu tanggungjawab aku... reti? Tu la maknanya perubahan dengan cinta... Tapi aku tetap diri aku... aku tetap main bola sepak dengan geng kita, tetap study kat library macam dulu dan tetap lagi jadi kawan kau" Agaknya tu la maksud mak dia jadi air jernih tu agaknya. Tetap jernih walau pun hakikatnya dah berubah jadik manis.

    "Tapi kalau betul aku serius... apa yang patut aku buat?" Wah, ambik consultation la pulak. Hehe.

    "Nal... kita tak boleh main-main dengan anak orang... kalau betul suka... buat cara serius... lagi pun tak ke mana kalau setakat cinta gitu-gitu saja... ini libatkan tanggungjawab tau..." Buku Clinical Medicine di tangan Pojie tu diletakkan ke tepi.

    "Jadi...?". Aku tak pasti sangat maksud dia dengan 'cara serius' tu.

    "Kalau kau betul serius, meminang la... bertunang... then nikah... lepas tu nak bercinta bagai nak rak pun tak ada orang nak kacau dah..."

    "Tapi kita kan study lagi..." Aku macam nak berdebat pulak. Huhu.

    "Tak ada dalam undang-undang negara mana pun atau ajaran agama kita pun kalau study macam kita ini tak boleh kahwin... berapa ramai yang sebaya kita dah kahwin masa study... tak ada orang halang pun.." sambung Pojie. Mamat ini memang otak dia matang la. Patutlah dia saja yang dah bertunang.

     "Kenapa kau tak kahwin?" Dah masuk tajuk lain la pulak.

    "Nak bagi Suhana makan pasir ke? Atau makan ini... buku ini...?" Pojie menghempaskan buku Clinical Medicine yang tebalnya empat inci tu atas peha aku. Dia lantas berjalan keluar dari bilik sambil tersengih.

 

 

Posted at 11:43 pm by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: