“Makcik, Muna minta maaf terlewat...” Muna bergegas memakai apron. Dia nampak cemas. Terlewat kerana ketinggalan bas awal pagi tadi.
“Tak apa Muna... makcik baru nak bukak kedai ini... pelanggan pun tak ada lagi... Muna kemaskan meja di luar tu ye...” Mak Limah menuding jari ke arah meja-meja dan kerusi di luar yang masih belum disusun. Muna mengangguk. Faham.
Kerusi bersusun bertingkat-tingkat di tepi dinding ditariknya perlahan-lahan. Nasib baik kerusi plastik sahaja, kalau kerusi kayu ke, besi ke, mahu timbul otot lengan Muna. Jadi bodybuilderlah aku... bisik Muna di dalam hatinya. Angin pagi Sabtu itu cukup menyenangkan Muna. Bekerja di gerai Mak Limah sudah hampir seminggu. Sebenarnya bukanlah seminggu. Dia bekerja hanya pada hujung minggu sahaja. Dia faham bahawa gaji itu bukannya cukup untuk menampung hutang yurannya, hutang jam tangan Azhani, wang untuk membeli kelengkapan sekolah dan juga untuk ibu dan adik-adik di kampung.
Walau bagaimana pun, Muna tekad untuk teruskan usahanya bagi menanggung sendiri hutangnya itu. Baginya biarlah berikat perut, namun untuk meminta belas kasihan orang tidak sekali. Cukuplah dengan apa yang telah dilaluinya semasa arwah Ayah berada di dalam penjara. Sudah banyak termakan budi seseorang. Yang kini sudah hilang di matanya. Mungkin dia berpeluang untuk bertemu dengannya di akhirat kelak. Mudah-mudahan.
“Jauh berangan...”
Lamunan Muna bersama kerusi-meja-kain tutup mejanya terus terhenti. Nasib baik Muna sudah biasa dengan gaya kejutan tanpa bayang dari Lailina di asrama. Maka jantungnya tidaklah mengalami kejutan sangat. Tapi, paras adrenalin di dalam darahnya melonjak juga.
“Mmmm...” Muna menunjukkan sesuatu sambil mulutnya terlopong.
“Kalau ye pun terkejut, tutuplah mulut tu... masuk lalat karang...” Dia tersengih.
“....” Nak cari gaduh ke mamat ini? Tak kenal lagi Muna Farhah Wahidah. Ini Presiden Persatuan Seni Silat Lompat Makmal Se-Malaysia tau! Muna berbisik di dalam hatinya.
“....” Tangan dihulur sambil bibir mengukir senyum.
“....” apa ini? Muna bertanya di dalam hatinya. Macam pernah tengok.
“Awak punya kan...?” Eddie bersuara. Senyumannya masih tak lekang.
“Mungkin adik awak punya agaknya... saya tak ada jam tangan macam tu...” Muna cuba berdalih.
“....” Eddie gelak. Muna mencerun melihat gelagat pemuda nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam itu.
“....” Kenapa pulak gelakkan aku ini?
“Ini jam tangan perempuanlah... kalau ada adik pun dalam family saya, lelaki...” Jam tangan itu dihulurkan sekali lagi.
“Terima kasih...” Muna menyambutnya. Terus berpusing.
“Lain kali, janganlah buang jam tangan tu agaknya ye pun nak mengorat...”
Waduh... sinis sekali ucapan Eddie menusuk ke telinga Muna. Mamat nasi goreng ini perasan handsome sangat lah ni... Sorry beb... atuk aku lagi handsome... sepuluh kali lebih handsome dari kau...!! ingat aku tinggal kat meja semalam nak mengorat kau ke. Aku terlupa lah... Muna menggumam seorang diri di dalam hati. Sudah panas. Perlukah dia membalas?
“Terima kasih sebab bagi semula jam saya ini... tapi tak payahlah menghina saya sekeji tu... saya masih ada maruah diri... saya bukan gadis yang murah macam kera tepi jalan tu...” Muna menuding jari ke arah sekumpulan anak gadis berpakaian sendat meloncat-loncat seperti kera luku di seberang jalan.
“....” Eddie diam.
“Dan saya bukan anak merempat yang tak ada maruah diri sampai sanggup menjual harga diri dan keluarga saya untuk dapatkan perhatian manusia... awak anak orang kaya kan? Jangan hina kami yang miskin... kerana sebahagian dari harta kekayaan awak semua, ada hak kami...!” Muna menghumban jam tangannya ke dalam longkang di hadapan Eddie. Dia menghumban perasaan marahnya sendiri. Biarlah perasaan itu masuk ke dalam longkang jua seperti nasib yang menimpa jam tangannya itu.
“Awak....” Eddie tergamam melihat tindakan Muna. Dia menyesal.
Muna melangkah meninggalkan Eddie. Juraian airmata menitis di pipinya jatuh membasahi tudungnya. Pedih benar hinaan itu. Terasa seperti maruah diri diletakkan di hujung kaki.
***
“Eddie... Makcik dah katakan dari dulu lagi... kalau nak bercakap, biar berlapik.. kamu tu main redah saja.. padahnya tanggung lah sendiri...” Mak Limah bersuara mendekati Eddie. Dia diam sahaja.
“Eddie ingatkan nak bergurau saja tadi... kalau nak bergurau pun tak boleh, duduk surau lah...”
“Tengok tu... loyar buruk tu tak habis-habis... bergurau pun ada hadnya... kamu baru seminggu kenal dia... sesuai ke nak bergurau macam tu?” Mak Limah merasionalkan pemikiran Eddie.
“Ye lah.. ye lah.. Eddie salah... dah tu nak buat cemana ni?” Eddie mengerutkan keningnya.
“Tak reti-reti nak minta maaf?” balas Mak Limah.
“Sekarang??” Eddie buat-buat tak faham.
“habis tu? Tahun depan? 10 tahun lagi?” Sindir Mak Limah.
“Garang lah dia tu Mak Limah...” rungut Eddie.
“Tau pulak takut ye...”
“Eh... sorilah Mak Limah... ini Eddie lah... tak ada istilah takut dalam kamus hidupnya...” Jawab Eddie.
“Dah tu? Tunggu apa lagi Ahmad Zaidi Ahmad Kamal? Silalah berjumpa tuan puteri tu...” Mak Limah menuding ibu jarinya ke arah Muna yang sedang menghampar alas meja di suatu sudut kedai.
“Err... ... Eddie rasa angin dia tak elok lagi tu... esok saja lah... Eddie nak pergi tuisyen ini... tengahari nanti macam biasa ye Mak Limah...” balas Eddie sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Mak Limah.
“....” Mak Limah menggelengkan sahaja kepalanya melihat telatah anak muda itu. Bila agaknya kamu nak berubah Eddie... Bisik hatinya.