Namaku Muna ~27~ (Episod Pendek)
“Muna?!” Nurlailina memanggil temannya yang sedang sibuk mengemas meja belajarnya. Bersepah-sepah buku latihan dan juga peralatan lain di atas meja kayu itu. Di situlah Muna Farhah Wahidah berjuang saban hari.
“Hmm” Tak memandang langsung ke arah Lailina. Masih dengan buku-buku di atas mejanya.
“Muna dengar lah Lina nak cakap ini...” Tegas suara Muna.
“apa?” Muna berpaling.
“Muna mesti berenti kerja...”
“Taknak...” balas Muna.
“Muna... few months lagi kita nak SPM... macam mana nak belajar kalau asyik sibuk kerja? Balik kerja dah penat... bila masa Muna nak study?” Bebel Lailina.
“Muna boleh study kat tempat kerja... lagi pun Muna kerja hujung minggu saja... weekdays Muna boleh belajarlah...” Muna mempertahankan keputusannya.
“Muna... Kenapa tiba-tiba nak kerja? Muna ada masalah duit?” Lailina menghampiri Muna.
“Lina... jangan risau ok... Muna tau apa yang Muna mampu dan tak mampu buat... insyaAllah semuanya akan ok...” balas Muna mententeramkan temannya itu.
“Itu bukan masalahnya Muna... bila masa nak ulangkaji? anda-kurikulum lagi... Muna tak payah kerja lah... kalau ada masalah wang, cakap dengan Lina... insyaAllah Lina cuba tolong...” Lailina memandang Muna yang duduk di sebelahnya.
“Lina... sampai bila Muna mesti bergantung pada orang lain untuk hidup? Lina tak rasa dan tak faham apa yang Muna lalui... Lina... kita berada di dua alam berbeza... macam langit dan bumi...” Muna melepaskan perasaannya. Kelopak matanya terasa panas. Namun ditahannya airmata itu dari berguguran.
“Muna....”
“Shhh... tolonglah Lina... kalau Lina nak tolong Muna, tolonglah faham keadaan Muna... insyaAllah... Muna yakin pada Allah yang memberi rezeki... tak ada usaha, manakan sampai rezeki... Lina jangan risau ye...” Airmata yang ditahan tumpah juga. Lailina memeluk erat temannya itu. Keduanya menitiskan airmata persahabatan.
Muna menghabiskan hari-harinya dengan belajar dan mengulangkaji. Pada hujung minggu pula dia di Cafe MakLimah untuk bekerja. Bermula dari jam 9 pagi hingga jam 5.30 petang. Dia bernasib baik mempunyai seorang majikan seperti Mak Limah. Dia diberikan kerja hanya ke pukul 5.30 petang kerana Mak Limah faham Muna tidak boleh pulang ke asrama sebelah malam. Malah Mak Limah sendiri sentiasa memastikan Muna selamat sampai ke asrama setiap kali pulang.