Friday, March 23, 2007
Namaku Muna ~26~

 

Suasana hening di dalam rumah agam itu. Penghuninya cuma berempat. Tiada pembantu rumah mahu pun tukang kebun atau pun pemandu. Semuanya dilakukan sendiri oleh tuan rumahnya. Mencuci, berkebun, menyapu, memasak dan pendek kata semualah. 


    “Mama... Eddie keluar kejap...” Helmet di atas meja dicapai sementara jari kirinya memutar-mutar kunci. Ligat.

    “Zaidi... kamu nak ke mana pulak tu ha?!” Suara Puan Fairuz kedengaran dari arah dapur. Wajah Eddie berubah. Bosan betul dengan Mamanya. Terlalu mengawal anak-anak.

    “pergi bandar saja...” Meleret jawapan darinya.

    “Eddie...!!” jerit abangnya Zaqwan dari tingkat atas.

    “Ye... apa?”

    “Along nak pakai motor... kau bawa kereta saja...” Terjengul Zaqwan dari arah tangga.

    “lah... orang malas lah nak bawa kereta...” balas Eddie mendengus.

    “Kalau malas, dok rumah... tak payah pergi mana-mana...” balas Zaqwan selamba.

    “Huh...!” bentaknya.

    “Eddie! Abang kamu tu... cuba beradab sikit...” Puan Fairuz bingung dengan anak terunanya itu. Memberontak sahaja tahunya.

    “Mama... Eddie minta izin nak keluar kejaaap saja... boleh ye..” Pandai juga Eddie memujuk ibunya.

    “Kamu jangan nak melarat pergi tempat pelik-pelik... tahu dek Papa, nahas...” Tegas Puan Fairuz.

    “Astaga... Mama ini tak percaya anak sendiri ke?” Eddie menduga.

    “Anak sendiri pun bukannya boleh percaya sangat... nak-nak lagi yang macam kau ni... Huh... bak sini kunci tu...” Zaqwan menghulurkan tangannya. Keningnya diangkat memperli adiknya. Kunci bertukar tangan. Helmet juga.

    “Yang kamu tu nak ke mana pulak Along?” Puan Fairuz bertanya.

    “pergi rumah kawan kejap...” balasnya. Senyum.

    “Abang dengan adik sama saja... asyik keluar saja memanjang... cuba jadi macam Papa kamu tu... berkebun ke... apa ke..” Ngomel Puan Fairuz.
    

    Deruan enjin motorsikal kedengaran seketika kemudian hilang dari telinga. Beberapa minit kemudian, bunyi enjin kereta pula hilang. Sunyi kembali ke rumah agam itu. Penghuninya hanya berempat. Puan Fairuz, Encik Kamal, anak sulung mereka Ahmad Zaqwan a.k.a Along @ Wan dan anak bongsu pasangan itu Ahmad Zaidi a.k.a Eddie.

    

---

    “Nak minum apa?” Gadis berbaju kurung dengan tudung biru, lengkap dengan sehelai apron tertulis Cafe’ MakLimah itu berdiri tercegat sambil memegang sebuah buku kecil.

    “Milo ais...” ringkas jawabnya.

    “Makan...?” Menulis sesuatu di dalam buku kecil itu.

    “Nasi goreng kampung extra-pedas taknak ikan bilis tapi letak ayam...” Senafas.
    Terlopong gadis itu mendengar.

    “ok...” jawabnya.
    

Beberapa ketika kemudian...

    “....” Segelas Milo ais dan sepinggan nasi goreng diletakkan di atas meja.

    “Terima ka.....sih...” Eddie memandang tak beriak. ‘Sejak bila pulak Mak Limah ambik pekerja baru ini?’

    “Sama-sama...” Mengatur langkah. Eddie memandang ke arah nasi goreng di hadapannya.

    “Awak.....!” Dia memanggil semula gadis tadi.

    “...” Menoleh.

    “Sini kejap...” Eddie memanggil. Teragak-agak gadis itu datang ke meja.

    “Awak salah menu ini...”

    “Hmm?”

    “Saya pesan nasi goreng kampung extra-pedas taknak ikan bilis tapi letak ayam... ini nasi goreng kampung yang biasa...” Kata Eddie merenung ke arah gadis itu.

    “Maaf... saya tukar...” Gadis itu mengangkat semula pinggan nasi dari atas meja.

    “Oh! Nasi Gopeng!!!” Dia tersasul. Segera ditarik tangannya ke dada. Terasa macam ada arus elektrik mengalir. Kedua-dua mereka terpempan dengan kejadian tadi. Jantung berdegup kencang sederas degupan jantung kuda belang dikejar harimau belang.

    Gulp!... Eddie menelan air liur. Gadis itu melangkah segera ke dalam. Tangannya sedikit menggeletar menatang dulang berisi nasi goreng kampung biasa itu. Hatinya berdebar. Kenapalah dia tak mengguna mata dengan betul? Kenapa lain yang nak diambil, lain pula yang dipegang. Nasib baik reseptor elektriknya masih mantap. Sistem deria rasanya masih normal. Nasib. Huh. Nasib baik telapak tangannya masih kenal antara pinggan dan tangan lelaki. Reflek tak bersyarat dengan menarik tangan ke dadanya itu menyelamatkan diri dari serangan jantung. Agaknya.

    “Eh... Kenapa ini Muna?” Mak Limah melihat pekerja barunya itu menatang dulang seperti ternampak hantu.

    “Err... sa.. salah order Mak Limah...” Tergagap menjawab. Mak Limah menggeleng kepala.

    “Hmm... Eddie ke?” Mak Limah menggeleng-gelengkan kepalanya. Eddie adalah pelanggan tetap gerainya sejak mula berniaga lagi. Malah Mak Limah sendiri sudah kenal benar dengan anak muda itu. Makanan kegemarannya adalah nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam.

    “Eddie?” Muna bertanya. ‘Nama dia Eddie ke? Muka macam anak Cina. Ingatkan Ah Long ke, Ah Chai ke, Ah Pek ke... Eddie...’ Muna bermonolog sendirian.

    “Ye lah... budak muda macam Cina, order nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam tu kan...” balas Mak Limah tersenyum.

    “....” Muna mengangguk.

    “Hantar ini...” Pinggan di atas dulang ditukar dengan order Eddie tadi. Muna melangkah semula ke arah ‘pemuda nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam’ itu.

    “Nasi goreng awak...” Muna meletakkan sepinggan nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam di depan Eddie.

    “Terima kasih...” Tersenyum melihat pinggan nasi.

    “...” Mengangguk.

    “Er... saya minta maaf, pasal tadi tu...”

    ‘Erk.. dia ke yang patut minta maaf? Ke aku yang bengong tak minta maaf dulu pada dia?’ Muna bertanya pada dirinya sendiri.

    “Salah saya...” balas Muna. “Saya minta maaf...” Sambungnya lagi.

    “tak mengapa...” balas Eddie. ‘Alahai Nasi Gopeng...’ Eddie tertawa dalam hati.

 

Posted at 10:14 am by hafeiz suhaimi

homosapiens
April 7, 2009   07:35 AM PDT
 
hahaha
nasi goreng jd nasi gopeng
melatah jgk si muna ni ek
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: