Namaku Muna ~25~ (Episod Pendek)
“Muna...?” Panggilan dari Lailina mematikan lamunan Muna. Dia kembali ke alam nyata semula. Berteleku di atas sejadah, di tengah-tengah ruang solat Masjid Seri Negeri.
“Erm... Lina... awalnya datang...” Muna mengesat airmata yang membasahi telekungnya.
“Muna... Kenapa ini?” Lailina bingung melihat temannya berendam airmata.
“Tak ada apa Lina... kan ke baik kalau kita menangis sambil berdoa...” Cuba mengukir senyum.
“Dah solat ke?”
“Dah tahajud... kata nak tadarus sama-sama semalam?” Muna membuka lembaran al-Quran di atas rehal.
“Lina nak solat Tahajud dulu ye... Muna tadarus dulu ye...” Lailina memberikan sekuntum senyum. Semenjak berkenalan rapat dengan Muna, menjadi rutin mereka berdua untuk qiyamullail di masjid setiap pagi minggu bersama. Kadangkala Muna datang lebih awal, dan adakalanya Lailina pula yang lebih dulu.
Usai solat, Lailina menyertai Muna untuk bertadarus bersama-sama. Sementara menantikan waktu Subuh, mereka berdua berbual di anjung masjid.
“Lina nampak Muna lain macam sekarang ni... Muna ada masalah ke?” Lailina bersuara selepas lama diam menghirup udara pagi.
“Tak lah... Muna ok saja... Lina ni fikir bukan-bukan saja...” Raut wajah yang sejuk itu tidak mampu menyembunyikan resah di dalam hati.
“Muna....” Lina memandang ke arah Muna.
“Lina.... betullah.. Muna ok...” balasnya.
“Mulut pandai berbohong Muna, tapi mata tak pandai menipu...” Lina menduga lagi.
“Selagi mampu ditanggung, biarlah Muna saja yang memikul...” Muna bersuara.
“Tak salah untuk berkongsi masalah Muna... itu tandanya sahabat..”
“Tak apalah Lina... Muna masih boleh handle... insyaAllah...” jawab Muna.
Posted at 10:12 am by
hafeiz suhaimi