Sunday, January 08, 2006
KT5 Vol 1 [Part 8]

 

 

      Ketibaan rombongan kami disambut dengan ramah oleh para pegawai UUM. Semuanya nampak letih saja. Termasuklah dengan aku sekali. Kalau ada Dreamland punya tilam ni mahu koma dua tiga jam ni. Aku disambut oleh kawan ayah Dr. Ahmad. Dahlah kawan lama ayah... nama pun sama jugak pulak tu... Hmmm...

      Aku menelefon Ateh yang kini sedang melanjutkan pengajiannya di UUM ni. Kot-kot la dia tak busy. Bolehlah bawak aku dengan kawan-kawan aku pegi pusing-pusing UUM ni. Hehe..

      "Hello... assalamualaikum..."

      "Waalaikumussalam... eh Along... apa hal tiba-tiba call Ateh ni..."

      "Ateh tengah buat apa tu? Busy ke buat-buat busy?" tanyaku.

      "Ewah ewah Alongku ini.... buat-buat tanya pulak... Ateh tengah cakap dalam telefon ni... Kenapa?" Amboi... dah pandai buat lawak antarabangsa dah adik aku sorang ni.

      "Saja-saja call... rindu..." balasku.

      "Ha apelagi.. datanglah lawat Ateh kat sini... eh aritu cakap nak datang kan... Along join Syarahan inter-campus tu kan...?"

      "Ha'ah... tapi Along kat Kuching lagi ni... may be kejap lagi sampai kot..." balasku selamba. Lakonan yang mantap. Huhu.

      "Eh? Along apehal? Nak buat lawak Kluangman lah tu.. Kuching dengan Sintok ni bukannya boleh naik basikal Along oi..." balasnya.

      "Nak Along buat magic tak?" tanyaku

      "Magic apa? Jangan nak mengada-ngada..."

      "Betul ni... Ateh pejam mata sekarang ni... sebut nama Along 3 kali..."

      "Dah... dah buat dah.... lepas tu??"

      "Jeng..jeng..jeng.. guess what?! Along's here..."

      "Ha!?! Biar betul ni Along? Jangan nak mentipahkan Ateh pula..."

      "Takde maknanya... eh betul ni.. Along baru saja sampai sini... baru jejak kaki... tapak kasut pun tak panas lagi ni..."

      "Along kat mana ni? Cepat la cakap... meh Ateh pegi jemput..." Wah...wah.. beriye-iye la pula adik aku ni.

      "Susah-susah je... ni ha dekat depan Kolej Proton... tak nampak pulak Kolej Volkswagen Ateh tu..." sambungku.

      "Mana ada Kolej Volkswagen... jangan nak kutuk-kutuk UUM pulak eh.."

      "Gurau je la... jange maroh deh..." huhu.. kecek kelate la pulok dah...

      "Tunggu situ ok... Ateh turun kejap lagi... bye... assalamualaikum.."

      Erk... budak ni... belum habis aku cakap lagi dah letak dah... Triit...triit..triit.. Belum sempat aku simpan telefon dalam kocek dah bunyi lagi. SMS pula..

                  Along, 
                  ktorg flight kul 8.30 p.m..
                  tunggu Usu kat sana tau.. 
                  bgtau Ateh sekali.. 
                  kwn ayah jemput kat a-port...

      Macam tulah ayat-ayat SMS yang aku terima dari adik bongsu aku si Usu. Agaknya Dr. Ahmad tu yang pegi jemput kat airport sana. Mungkin mama, ayah dan Usu tinggal kat rumah Dr. Ahmad kot. Kalau nak duduk rumah Tok dan Tokwan aku jauh pulak jaraknya dengan UUM nih. Siapa agaknya Dr. Ahmad ni? Nampak macam rapat benar dengan ayah. Dari cara dia layan aku tadi pun macam kami dah kenal terlalu lama. Sedangkan aku baru saja kenal yang ayah ada seorang kawan lama kat UUM ni. Tapi, dapat aku rasakan seolah-olah macam ada chemistry antara aku dan Dr Ahmad ni.. rasa macam ada satu hubungan yang sangat rapat dengan dia. Walau pun tak jelas di mata, tapi hati dan perasaan aku dapat detect. Ecewah... poyo.

      "Along!!!!" ... Pap! Satu penampar lekat di bahu aku. Tergezut beruk juga aku, tengah-tengah melayan perasaan ni kena bom atom macam ni. Aku menoleh ke belakang...

      "Ateh!!! Nak Along mati cepat agaknya?! Amalkanlah buat macam tu selalu... Salam pun dah tak bagi..." aku pula ganti mama berleter.

      "Sorry...Sorry... orang excited sangat ni.. Along datang... assalamualaikum doctor.. kabare?" balas Ateh sambil tersengih.

      "Waalaikumussalam... waras lagi la... Ateh datang sorang saja ke?" Erk.. apa jenis soalan la yang aku tanya adik aku ni... Huhu

      "La... nak datang dengan sape lagi? Sorang saja la..." balasnya.

      "Hmmm ingatkan bawak kawan-kawan Ateh yang cun-cun tu..." balasku men'cover'...

      "Uiiii gatai dah Along aku ni.." Ateh memukul lengan aku dengan buku yang ada di tangannya.

      "Mana ada gatai... chek melawak saja no.." balasku.

      "Eh Long.. jom... orang bawak Along jalan-jalan..." Hmm ayat ni la yang aku tunggu-tunggu...

      "Ajak kawan Along sekali boleh?" tanyaku.

      "Boleh... ermm lelaki ke perempuan kawan tu?" tanya Ateh.

      "Lelaki... 2 orang... Kenapa?"

      "Ala... tak ada perempuan ke? Tak ada geng la.. lagi pun seganlah.." Pulak dah adik aku ni. Tadi beriya-iya nak bawak aku pusing-pusing UUM.

      "Ada sorang... junior Along... Along pun tak berapa rapat sangat dengan dia... nak ajak dia ke?"

      "Ha... kalau boleh... ada geng lagi best... taklah kekok sangat Ateh nak jalan nanti.. nama dia sape?"

      "Fatihah... kejap ye Along pegi panggil diorang"

   

      Untuk memendekkan cerita yang dah sedia panjang berjela-jela ni aku simpulkan saja la sesi jalan-jalan aku tu. Ateh dah jadi rapat dengan Fatihah. Maklumlah. perempuan dengan perempuan la katakan. Letih juga la kami jalan-jalan dalam kampus gedabak besar ni. Aku terasa nak tanya tentang Dr. Ahmad tapi tak ada peluang la. Takkan nak tanya Ateh depan-depan kawan aku pula. Yang Ateh cakap pun, Dr. Ahmad tu salah seorang pensyarah kat sini. Tu saja.

      Lepas jalan-jalan. Aku balik ke hostel dengan Zaim dan Akmal. Malam ni pulak, mama, ayah dan Usu sampai. Diorang akan datang hostel aku dulu. Then, baru pegi ke rumah Dr. Ahmad. Esok pagi, perjuangan aku untuk universiti akan bermula. Pertandingan syarahan inter-campus pusingan pertama. Zaim dengan Akmal pun akan memulakan sesi pertama debat Piala Menteri Pelajaran Tinggi besok petang. Fatihah pulak akan mula pusingan pertama syarahan petang lusa. Padat jugakla jadual kami. Tapi semuanya depend kepada keputusan pusingan pertama besok. Kalau berjaya, insyaAllah kami akan teruskan perjuangan. Kalau kalah nampak gayanya angkut beg la. Hehe. Harap-harap kami berjaya. Amin..

            ------

      Hari ni hari kedua pertandingan. Alhamdulillah, kami semua berjaya melepasi halangan pertama. Semua ke-empat-empat kami berjaya melayakkan diri. Dahsyat jugalah kami nak mencabar pasukan lain. Dari UM pun bukan main ganas lagi hujah mereka. Strategi kena tukar ni. Pakai plan B pulak kot. Hehe.

      Aku tak ada sesi hari ini. Tapi aku still pegi tengok pertandingan tu. Nak jugak aku tengok strategi yang lawan aku guna semasa berhujah. Mana lah tahu boleh try. Hehe. Ateh pun join jugak sekali. Mama, ayah dan Usu sekali. Mama gembira sesangat tengok aku layak ke pusingan kedua. Aku pulak berdebar-debar dan semakin gabra bila fikir-fikir balik. 

      Dr. Ahmad ajak aku pegi rumah dia malam ni. Aku dah cakap dengan Prof Hamidah. Dia okeh saja. Relax minda katanya dekat aku. Takkan nak tensionkan otak aku pula. Ye la. Pegi rumah Dr. Ahmad tu dapat jugaklah tenangkan debaran hati aku ni. Sebab besok aku akan teruskan dengan pusingan kedua pulak. Lagi pun mama, ayah dengan Usu ada kat sana. Ateh pun nak pergi jugak. Nak tak nak kena jugakla aku pegi. Walau pun aku bukannya kenal sangat dengan lelaki separuh abad bernama Dr. Ahmad ni.

      Langkah aku memasuki banglo dua tingkat berwarna putih di tepi jalan raya utama milik Dr. Ahmad tu terhenti apabila aku terpandang sesuatu yang terpampang di dinding ruang tamu. Nak kata mimpi, takkan lah aku boleh rasa sakit bila dicubit. Tapi terasa terkejut pun ada, tak sangka pun ada. Macam-macam ada la. Nak kata silap pandang, tak mungkin. Aku familiar sangat dengan wajah tu. Tak mungkin la. Aku tenyeh-tenyehkan mataku. Mana la tahu tetiba wajah tu bertukar jadi wajah orang lain ke.

      Izah. Terpampang di dinding rumah tu. Bergambar sama-sama dengan Dr. Ahmad dan isteri dia Puan Khuzaimah. Biar betul ni. Ke mana aku pegi, bayang Izah mesti ada. Aku masuk hutan dulu pun si Izah tu ada. Aku pegi library dia ada jugak. Aku datang Kedah ni pun dia ada jugak??? Tapi aku diamkan saja perasaan aku. Tak naklah nampak obvious sangat aku tergezut.

      Aku gunakan sepenuhnya skill lakonan aku. Menyembunyikan perasaan curious aku yang tengah membuak-buak macam sup ayam yang terhidang atas meja makan depan aku ni. Mama dengan Pn. Khuzaimah nampak macam rapat benar. Ayah dengan Dr. Ahmad pun. Mama dengan Pn. Khuzaimah aku tengok kat dapur tu kejap-kejap borak, kejap-kejap senyum, kejap-kejap pulak pandang kat aku. Isy... ada yang tak kena ke? Hidung aku senget ke? Macam ada perancangan mega saja..

      "Zainal... jemput ayah dan.... un..cle.. Ahmad makan" Tiba-tiba saja dalam dok berangan-angan kat meja makan ni Pn. Khuzaimah menyuruh aku. Adik aku si Usu dengan Ateh baru saja turun dari tingkat atas bersama-sama dengan anak bongsu Pn. Khuzaimah; Azreen. Perwatakan Azreen ni nampaknya sejibik macam kakak dia kat dalam gambar tu; si Izah. Sopan santun, bersih wajahnya dan terlalu pemalu. Erk... aku rasa bab terlalu pemalu tu Azreen lebih agaknya dari Izah. Sebab dia ni memang tak bercakap sepatah pun dengan aku masa first time jumpa kat UUM kelmarin. Atau mungkin aku ni agaknya yang nampak macam sombong sikit. Hehehe...

      Aku bingkas bangun menuju ke ruang tamu. Kulihat ayah dengan Dr. Ahmad rancak berbual.

      "Ayah... uncle... dinner dah siap..." tuturku.

      Ayah memandang ke arah aku dengan satu pandangan yang bagi aku rasanya aneh dari biasa bila mana mendengar aku memanggil Dr. Ahmad sebagai Uncle. Kenapa pulak... takkan salah kot. Takkan nak aku panggil Doktor Ahmad? Kayu sangat la pulak macam tu.

      "Biarlah Mad... dia masih tak tau lagi..." Dr. Ahmad memberitahu ayah. Seraya dengan itu wajah ayah kembali biasa. Fuh.. lega.. Tapi, timbul lagi satu persoalan dalam benak hati ini. Apa yang aku tak tau tu? Dahlah setakat ini pun soalan siapa Izah kepada keluarga ini masih belum terjawab, datang lagi soalan yang pelik. Apa yang aku tak tau tu, macam yang Dr. Ahmad cakap kat ayah. Macam ada rahsia saja antara Mama dengan Pn. Khuzaimah, ayah dengan Dr. Ahmad.

      Aku mengambil tempat di kerusi paling hujung berdekatan dengan sinki. Di sebelah aku ayah dan di sebelah lagi satu Dr. Ahmad. Mama dan Pn. Khuzaimah makan di meja lain di dapur.

      "Ha... Zainal.. makan ni... kegemaran Zainal kan? Ni masak khas untuk Zainal ni..." Dr. Ahmad menyendukkan ayam masak merah dengan kacang peas kegemaran aku semenjak kecil lagi. Pantang ayah aku belikan ayam, mesti resipi ni terhidang atas meja. Aku tersenyum kelat. Tak tau nak kata apa. Erk... terima kasih paling sesuai kan?

      "Terima kasih uncle..." balasku ringkas. Peha ayam di hujung pinggan aku cubit perlahan-lahan. Nanti tiba-tiba melanting pulak mampos aku. Mana nak sumbat muka ni. Lagi pun aku memanglah tersangat hebat bab-bab membuat aksi-aksi memalukan macam tu. Termasuklah aksi stunt aku dalam longkang depan Izah dulu tu. Takkan aku nak ulang depan Dr. Ahmad pulak.

      "Hai... Jenal... janganlah malu-malu... Uncle Ahmad ini bukannya orang lain dengan kita..." ayahku bersuara. Kalau bukan orang lain, siapa? Sedara ke? Tak pernah pulak aku tau ada sedara nama Dr. Ahmad selama ini.

      "Ha'ah Zainal... Uncle anggap Zainal macam anak Uncle sendiri... mmm by the way, macam mana dengan pertandingan syarahan tu? Ok?" Dr. Ahmad pulak bersuara. Kenapa semua orang macam tertumpu dekat aku saja ni? Bosannya.

      "Errr ok la Uncle... team UUM pun bukan calang-calang jugakkan?" balasku sedikit ramah. Senyum terukir walau kelat.

      "Tapi rasanya tak sehebat bekas johan syarahan antara sekolah menengah ni kan?" Dr. Ahmad menepuk bahuku dengan tangan kirinya. Erk.. mana dia tau semua ni? Mesti ayah yang bagi tau ni. Alahai cepatlah jam berputar. Aku rasa semakin lama semakin kekok duduk di rumah Dr. Ahmad ni. Nak saja aku balik ke hostel UUM cepat-cepat. Aku merenung jam di dinding. 8.30 malam. Aduh... lamanya...

      "Biasa-biasa saja uncle..." balasku merendah diri. Kali ini tak masuk lif tekan butang naik sendiri dah. Hehe.

      "Besok macam mana?" ayahku bertanya.

      "Erm... besok pusingan kedua... UUM, USM dan UiTM sekali..." balasku. Ayam aku dah tinggal tulang dah. Segan la pulak nak tambah lagi. Huhu.. Kesopanan la kononnya. Kalau kat rumah, mahunya aku bedal semua ayam dalam mangkuk tu. Hehe. Tapi kat sini control macho la sikit. Gelojoh sangat la pulak kalau macam tu.

      "Eh... tambah lagi Zainal... makanlah banyak sikit... tak gemuk punyalah..." Dr. Ahmad menyedari nasiku dah hampir habis. Er... nak tambah ke tak nak ni... kalau tak tambah... isy.. rugi pulak aku tengok ayam-ayam kat dalam mangkuk tu menantikan aku memakannya. Hehe. Segan pun ada ni.

      "Ermmm cukuplah uncle... dah kenyangla.. petang tadi saya dah makan dengan kawan-kawan kat kafeteria..." balasku berhelah. Sedangkan aku makan roti saja kat situ. Kenyang apa bendanya.

      Selesai dinner, kami berehat-rehat dekat ruang tamu sambil menonton tv. Ayah dan Dr. Ahmad nampaknya rancak berbual berkenaan kenangan lama mereka dulu. Aku pulak dok tercongok kat depan tv macam patung saja. Boring betullah. Tak ada kawan berborak. Azreen dah naik atas dengan Usu. Tinggal Ateh saja kat bawah. Hmmm Ateh.....

      "Ateh... jom dok luar..." aku menepuk bahu adik perempuanku yang sedang khusyuk membaca majalah al-Islam tu.

      "Hissy... kalau tak buat orang terkejut tak boleh ke?" Ateh mencebik bibirnya. Aku tersengih melihat gelagatnya.

      "Jomla... mama mana?" tanyaku. Tak nampak pulak mama dengan Aunty Zai.

      "Mama kat dapur tu ha... borak dengan Aunty Zai..." Ateh bingkas bangun mengikuti aku.

      "Ateh... nampak macam Ateh dengan Usu rapat saja dengan Azreen tu..." Aku memulakan bicara sambil melabuhkan punggung di atas buaian besi di hadapan kolam ikan. Kelihatan anak-anak ikan berwarna keemasan berenang-renang girang di dalamnya. Err.. aku agak saja ikan-ikan tu girang... Hehe.

      "Oooo Along dah ehem-ehem dekat Kak Reen ke?" balas Ateh tersengih-sengih.

      "Isy... tapi kak Reen tu baik kan?" balasku.

      "Hmmm sah!! Along dah jatuh cintan ni..." balas Ateh. Ek elleh budak ini. Aku tunjal kepala tu baru tau.

      "Bukan la.. Along saja tanya aja.." balasku.

      "Kak Reen memang baik hati... sopan santun... kuat agama pulak tu.. dan... peramah..." Ateh mengambil handsetku di tangan. Sambil bermain-main picit-picit butangnya.

      "Peramah??!! Peramah apenye.. tak pernah tegur Along pun.. sepatah ditanya.. setengah patah dia jawab.. Along senyum dia tunduk buat tak tau saja..." Aku memprotes pendapat adik aku.

      "Along.... dia tu perempuan la... ajnabiyyah... faham? Takkan nak ramah-tamah dengan Along pulak..." balas Ateh. Ehehe ye tak ye jugak kan.

      "Tapi kakak dia ok saja dengan Along..." balasku cuba memasukkan cerita baru pulak.

      "Kakak? Along kenal? Sape?" Ateh bertanya.

      "Nurul Izzah... budak bertudung labuh warna hijau muda dalam gambar kat dinding tu..."

      "La... tu memangla kakak Kak Reen tapi bukan kakak dia..." Ateh menekan ringtone 'Dari Tuhan' nyanyian Raihan.

      "Ateh ni apelah... kakak Kak Reen tapi bukan kakak Kak Reen.. tak paham Along..." balasku mencungkil rahsia Izzah di dalam keluarga ini.

      "Ntah... Ateh pun tak paham... tapi tu la yang Kak Reen bagitahu Ateh..." Ateh menukar ke ringtone 'Untitled' dari Simple Plan pulak.

      "Along... nak ringtone ni... Ateh ambil ek..." Kata Ateh tersenyum. Nak kenen aku la tu. Tau la aku ni Along budiman.. semuanya dia nak ambil. Usu lagi la dahsyat.

      "Boringla Ateh ni..." bentakku..

      "La... tadi cakap nak dok luar... orang ikut dia boring pulak... Along nak borak pasal apa ni? Pelik la Along ni semenjak dua tiga empat menjak ni..." gerutu Ateh. Aku tersengih.

      "Along cakap Ateh jangan bagitau sesiapa ye.." pintaku.

      "Ok.. janji.. apa dia.. cakaplah.."

      "Along rasa kan... errr... hmmm... mmm... Along suka tengok peribadi Kak Reen tu..." kataku.

      "Maksud Along?" tanya Ateh. Alahai adik aku ni. Tak paham ke buat-buat tak paham.

      "Suka la... tu saja.. suka.." balasku ringkas.

      "Along jatuh hati ke?" tanya Ateh macam teruja pulak.

      "Eh Kenapa ni... excited pula dia.."

      "Ye la kan... Ateh memang suka kalau Kak Reen jadi isteri Along.. lepas tu jadi kakak ipar Ateh... dia baik... ada ciri-ciri wanita dan isteri solehah tau..." balas Ateh. Aik.. dia pulak lebih-lebih ni.. Menambah belacan dalam sambal la tu.

      "Aik macam menambah-nambah cerita saja Ateh ni.." balasku.

      "Eh mana ada... original story mah.."

      "Agak-agak sesuai ke?"

      "Ala Along... doktor dengan akauntan... kira ngam la tu.. ideal kata orang.. hehe" balas Ateh.

      "Dahla tu... merepek la Ateh ni.."

      "Betullah Along..." balasnya.

      "Oooo dua beradik ni kat sini rupanya... Zainal... jom ayah hantar balik hostel... dah pukul 9.30 dah ni... besok lewat bangun pula..." suara ayah mengganggu ketenteraman. Huhu..

      "Ok... meh balik handset Along..." aku mengambil handsetku kembali.

      Aku melangkah merapati mama dan bersalaman sambil mencium tangannya. Kemudian aku bersalaman dengan Dr. Ahmad.

      "Saya balik dulu Aunty... sedaplah ayam masak merah tu... hehe" balasku berseloroh. Aunty Zai tersenyum.

      "Kalau nak rasa selalu kena la jadi menantu aunty... sebab chefnya kat sebelah ni ha..." Erk... ambik Jenal. Mahu merah padam muka aku. Nak sangat bergurau. Gurauan Aunty Zai ni nampaknya gurauan ganas ni. Kesian Azreen. Tertunduk dia. Mesti malu dengan kata-kata Aunty Zai tadi. Aku melangkah menuju ke kereta BMW milik Dr. Ahmad tu. Ayah dah menghidupkan enjin dah.

      "Along..." aku menoleh ke belakangku..

      "Apa Ateh?" balasku perlahan.

      "Ada chance nampaknya tu... jadi menantu Cik Khuzaimah... hihihi..." balas Ateh berbisik.

      "Diam!!" balasku selamba melangkah masuk ke dalam kereta.

 

 

Posted at 03:33 pm by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: