Muna bergegas ke pejabat sekolah usai sesi persekolahannya. Langkah kakinya dipercepatkan agar segera dia sampai ke sana. Dia tertanya-tanya Kenapa dia dipanggil ke pejabat. Pesan dari Mujahid; Ketua Tingkatannya pagi tadi.
"
akak..." Muna bersuara ke arah seorang kerani di kaunter.
"Waalaikumussalam... ada apa hal dik...?" tanya kerani itu.
"Saya Muna..."
"Oh... sekejap ye..." Kerani itu bingkas bangun menuju ke arah satu kotak di sudut pejabat.
"Muna Farhah Wahidah? Betul kan?"
Muna mengangguk.
"Ada surat untuk Muna ini..." sambung kerani itu sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Muna.
"Muna..." Kerani itu memanggil Muna semula.
"Ye kak..."
"Bendahari sekolah nak berjumpa Muna..." Balasnya sambil menuding ibu jari ke arah pejabat Bendahari di sebelah pejabat Penolong Kanan HEM.
"Terima kasih kak... Saya pergi sekarang..." Muna mengukir sekuntum senyuman. Biar pun dia sudah pasti apakah masalahnya dengan Bendahari itu.
Tok..tok..tok..
"Masuk..." Suara Puan Hashimah dari dalam mempersilakan Muna. Pintu dikuak oleh Muna.
"
Puan..." Muna memandang ke arah wanita berumur 40-an yang sedang menghadap komputer sambil membelakangi Muna.
"Waalaikumussalam... oh.. Muna... sila masuk Muna... duduk kejap ye... saya nak siapkan benda ini kejap..." Ramah Puan Hashimah mempersilakan Muna.
Langkah diatur masuk ke dalam bilik. Seketika kemudian...
"Muna... apa khabar?" Senyum.
"Alhamdulillah Puan..." Senyum dibalas.
"Saya minta maaf sebab ganggu masa study Muna ye..." Matanya memerhati beberapa helaian kertas di dalam sebuah fail tertulis Muna Farhah Wahidah.
"Tak apa Puan... kebetulan saya datang ke pejabat tadi... Kak Asmah bagi tau Puan nak jumpa saya..." jawab Muna.
"Macam ni lah ya Muna... biar saya berterus terang saja... saya nak berjumpa Muna fasal..."
"Hutang saya kan Puan..." Belum sempat Puan Hashimah menghabiskan ayatnya, Muna sudah dapat meneka. Muna memandang hujung kasut sekolahnya tak beriak. Entah bila agaknya dia akan bebas dari belenggu ini.
"Erm... saya simpati dengan awak Muna... cuma perkara ini bukan dalam bidang kuasa saya... awak pun faham, untuk menduduki SPM awak mesti bayar yurannya... due date pun dah hampir dekat ini..." Suara Puan Hashimah sedikit risau.
"Saya faham Puan... InsyaAllah saya janji akan cuba bayar minggu depan..." Muna tidak tahu dari mana hendak dia dapatkan wang untuk membayar yuran itu. Wang biasiswanya dihabiskan semuanya untuk membeli buku dan keperluan sekolah PakCu dan Pak Ei. Selebihnya diberikan kepada ibunya untuk belanja dapur dan ubatan neneknya.
"Baiklah Muna... saya bagi awak masa sampai hujung minggu depan ye... saya harap awak dapat bayar secepat mungkin..."
"..." Angguk.
"Awak boleh balik sekarang..."
"
Puan..." Kaki melangkah longlai.
Posted at 10:04 am by
hafeiz suhaimi