Friday, March 23, 2007
Namaku Muna ~20~

 

    Abrisam berjalan di hadapan pintu pagar sekolah. Cadangnya hendak ke bandar. Cuti hujung minggu beginilah ramai pelajar keluar untuk menyelesaikan keperluan mereka di bandar. Hendak beli buku, peralatan sekolah, baju dan ada juga yang hendak membeli tiket bas untuk pulang bercuti. Abrisam memandang ke sebelah kanannya. Di hujung jalan sana, Muna dan rakan-rakan barunya Puteri Azhani, Shidah dan Ekin berdiri tersengih-sengih. Muna masih kelihatan kekok di dalam kumpulan gadis “terlebih gedik” itu. Abrisam melepas nafas kecewa. Bukan kecewa kerana Muna sudah berubah saja, tapi kecewa kerana Muna tersalah pilih jalan untuk berubah. 


    Tiba-tiba Abrisam terpana. Bukan kerana keayuan Muna tapi langkah kaki Muna yang hendak melintas jalan itu. Matanya memandang ke arah sebuh kereta Proton Wira yang sedang menuju ke arah Muna. Takkan tawadu’ sebegitu sekali hingga melintas jalan tak pandang kiri dan kanan. Abrisam berlari dengan segera untuk mendapatkan Muna. Dia menjerit.

    “Muna!!! Muna!!!” Tapi Abrisam terlewat, tubuh Muna seperti patung mainan terlambung ke udara. Panas mata Abrisam melihatnya.

---


    Abrisam terasa pedih di pipinya. Ah, Kenapa pula ni? Dia rasakan seperti berada di dalam peti sejuk. Dingin. Pipinya masih terasa pedih. Dia mendengar satu suara...

    “Woi... Am!! Bangunlah... woi...” Kamarul menampar pipi Abrisam di sebelahnya. Abrisam membuka mata. Masih terpinga-pinga.

    “Kenapa?” Tanya Abrisam. Baru dia sedar, rupanya dia berada di dalam gerabak keretapi bersama Kamarul untuk pulang ke S3N.

    “Kau lah... buat malu saja... terjerit-jerit macam orang sawan...”

    “apa yang aku cakap?” Abrisam tersengih.

    “Muna... Muna... entah apa-apa... ngalahkan orang bercinta... sampai tidur pun sebut Muna... gila betul...” balas Kamarul menyiku bahu Abrisam.

    “....” Tersengih tanpa ayat. Alhamdulillah... mimpi rupanya.. Getus hatinya.

    “Yang kau tersengih tu Kenapa? pergi cuci muka lah... dah nak sampai ini...”

    Abrisam bangun meninggalkan Kamarul. Sengih masih tak lekang di wajahnya. Fuh, nasib baik aku tak sebut yang pelik-pelik depan Kamarul.. kalau tak malu siot... Hatinya berbisik sendirian.


    Suasana dingin mencengkam hingga ke tulang sum-sum. Walau pun sudah berbalut dengan jaket, masih terasa lagi. Ditambah pula lagi keadaan bergoyang-goyang di dalam gerabak keretapi itu membuatkan keadaan tidak selesa. Abrisam yang baru kembali ke tempat duduknya memandang ke luar tingkap gerabak. Mimpinya tadi masih terbayang di depan mata. Muna berubah. Apakah Muna benar-benar berubah di alam realiti? Abrisam masih belum punya jawapannya.

    “Termenung jauh nampak?” Kamarul datang dengan dua cawan Nescafe panas. Satu dihulurkan kepada Abrisam.

    “Mana ada...” Abrisam menyambut huluran dari Kamarul.

    “Kenapa kau tiba-tiba sebut nama awek kau tu tadi?” Kamarul tersengih. Abrisam memandang temannya itu.

    “tak ada apelah...” balas Abrisam.

    “Kau ini dah kronik aku rasa... sampai mimpi kau pun Muna boleh masuk...” Kamarul menghirup Nescafe yang masih berasap itu.

    “Aku mimpi dia berubah...” jawab Abrisam.

    “Berubah? Huhu.. kau buat lawak ke ini?”

    “Dia jadi freehair kau tau... hehe... cumil...” jawab Abrisam.

    “Tak baik menggambarkan macam tu...” tegur Kamarul.

    “Mmmm” Abrisam angguk.

    “Kau dah ready ke nak SPM ini?” Kamarul menukar topik.

    “Huh... soalan yang dah ada jawapan... sure lah aku tak ready lagi... balik cuti pun bukannya study... homework Fizik aku baru separuh siap...” balas Abrisam.

    “Gila... Bila kau nak siapkan?”

    “Aku cadang nak pinjam kau punya.. hehe..” Abrisam tersengih.

    “Banyak lawa... kau ni bukannya tak reti, pemalas saja... buang sikit sifat M kau tu...” gumam Kamarul.

    “Aku dah nak siap lah... few questions saja lagi...” balas Abrisam.

    “Apa kata kita buat study group?”

    “Study group?” Abrisam mengerutkan keningnya.

    “A’ah... study group lah bagus... kita boleh cover topics yang tak sempat nak study...” sambung Kamarul.

    “Takkan kita berdua saja...?”

    “Ajak lah Qushairy dengan Humaidi...” balas Kamarul

    “Erm... berkat sikit agaknya ada dua tok imam tu... hehe...”

    “Tu lah pasal... harapkan kau.. huh apa pun tarak...” balas Kamarul.

    “Ngata aku... kau pun sama lah...”

 

Posted at 09:56 am by hafeiz suhaimi

homosapiens
April 7, 2009   07:27 AM PDT
 
ades, nasib baik mimpi. suspen betol
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: