“Muna... Muna...” Suara Lailina menggamatkan. Berlari-lari dia masuk ke dalam dorm asrama Muna.
“apa?” Sahut Muna yang sedang sibuk berkemas.
“Betul ke?” Lailina termengah-mengah mencuri nafas.
“Betul apa? Cuba tenang sikit bila bercakap...” Gumam Muna tak beriak.
“Betul ke Muna join Persatuan Debat?” Lailina menggenggam tangan Muna.
“Hmm..” Muna terus menyambung kerjanya.
“Eiii bestnya... dapat jugak Lina berteman pergi latihan... huhu..” Ujar Lailina girang.
“Lina datang sebab tu saja?” Muna terkebil-kebil memandang Lailina yang tersengih macam kerang.
“Erm...” Angguk.
“Hish...” Geleng.
“Apasal tiba-tiba saja Muna join Debat?”
“Saya nak berubah, nak jadi somebody...” jawab Muna perlahan.
“Nak berubah? Jadi somebody?” Lailina dapat merasakan kata-kata Muna itu ada yang tidak kena. Niat sudah pelik bunyinya. ‘Nak jadi somebody’. Bukankah Muna seseorang di S3N ini?
“Hmm...” balas Muna.
“Kenapa? Selama ini Muna bukan somebody ke kat sini? Nak berubah jadi apa?” Lailina bertanya. Wajah cerianya berubah serius.
“Banyak benda yang dipandang manusia, tak ada pada Muna... Muna akan dapatkan semua tu, kalau itu yang manusia mahu untuk menjadi seseorang di dunia ini...” Muna bangun menyusun pakaiannya di dalam locker.
“Muna... Lina masih tak faham...”
“Dari dulu lagi Lina memang tak faham... dunia kita berbeza Lina...” balas Muna.
“Tapi tak bermakna Lina pandang rendah pada Muna...” jawab Lailina bangun mendepani Muna.
“Mungkin tidak pada Lina, tapi orang lain? Macam mana dengan yang lain?” Muna menaikkan senada suaranya. Sebak di dalam dadanya cuba ditahan.
“Astaghfirullah... Kenapa Muna jadi macam ini? Mana perginya Muna yang Lina kenal dulu? Muna yang semangatnya kuat tu?” Airmata mula memenuhi kelopak mata. Sebak melihat perubahan pada teman baiknya itu.
“Manusia berubah mengikut masa Lina...” Selamba jawapan dari Muna menambah pedih pada Lina.
------
Kelas 5 Ibnu Sina gamat. Seperti biasa, banyak kisah yang nak dikhabarkan setelah hampir sebulan bercuti penggal. Banyak kisah lucu dan pahit manis masing-masing semasa bercuti di kampung. Sambil menanti Cikgu Roslinah sampai. Waktu masih awal lagi. Loceng pertama juga belum berbunyi.
Kaki melangkah masuk. Seluruh kelas menjadi diam. Kaku. Malaikatkah yang lalu? Mata memandang tidak berkedip. Tidak percaya pada yang dilihat mata.
“Apa yang kau tengok?” Muna berhenti tepat di hadapan Amar yang terlopong melihat keadaan Muna yang baru. Amar menundukkan kepalanya tak membalas. Muna melangkah ke arah tempat duduknya. Lina memandang tak beriak dari tepi dinding. Sebak.
“Lina, Kenapa tu?” Che Ah berbisik perlahan. Takut-takut didengari Muna.
“Aku tak tau...” balas Lina.
“Kau kan kawan rapat dia... takkan tak tau apa-apa...” sambung Che Ah.
“Betul Che Ah... aku tak tau Kenapa...” tegas Lailina.
“Berubah 180 degree... Muna dah jadi Meena...” sambung Che Ah.
“...” Lailina memandang ke arah Muna yang sedang mengambil tempat duduknya. Banyak perkara yang tidak punya jawapan. Kenapa Muna jadi begini?
Selesai persekolahan...
“Muna.... nanti dulu Muna...” Lina berlari-lari anak mengejar Muna di depan.
“apa Lina?” jawab Muna datar.
“Kenapa Muna tak bertudung hari ini?” Terpacul dari mulut Lailina. Persoalan yang membusung di dalam fikirannya sejak pagi tadi terhambur keluar.
“tak ada apa...” balas Muna acuh tak acuh.
“Muna, Kenapa tiba-tiba jadi macam ini? Kenapa tiba-tiba Lina hilang Muna yang manis bertudung dulu?” Kelopak matanya kembali digenangi air jernih. Sayu melihat juraian rambut Muna yang dilepas bebas beralun itu.
“Lina, sudahlah... Muna dah bosan hidup dalam kepompong sendiri.. Muna nak bebas, Muna nak jadi somebody...” bentak Muna seraya melangkah meninggalkan Lailina terkebil-kebil.
Perlahan-lahan matanya bergenangan dengan manik jernih. Bukan sahaja dia kehilangan Muna, bahkan dia merasakan seolah-olah kehilangan teman yang selalu mendampinginya. Ke mana pergi semangat Muna Farhah Wahidah yang kental dulu? Kenapa tiba-tiba sahaja begini kesudahan episod hidup seorang gadis bernama Muna Farhah Wahidah? Di sebalik kekecewaan itu, Lailina tetap teguh dengan pendiriannya.
Aku kenal siapa Muna Farhah Wahidah. Dia bukan yang berada di depanku ini. Aku berjanji pada diriku, selagi aku bernama Nurlailina. Aku akan tetap berusaha untuk mengembalikan Muna Farhah Wahidah yang kukenal dulu.. Ya Allah.. bantulah aku... Lailina melangkah pergi.