Friday, March 23, 2007
Namaku Muna ~16~

 

Kipas di siling berputar perlahan-lahan. Bayunya menyejukkan ruang tamu. Televisyen di sudut dinding sedang menayangkan berita. Tidak menarik perhatian. Komik di tangan diselak-selak berulang-ulang kali. Habis sekali, diulang semula ke muka depan. rasa sunyi sahaja rumah itu. Huh.


    “Mak Esah...” Pandangan Mak Esah yang sedang asyik menikmati berita di kaca tv berpaling ke arah Sharifah Asma Adilah.

    “Awat? Lapaq ka?” Tanya Mak Esah.

    “Abang pergi mana?”

    “Hantaq Kak Muna balik rumah dia...”

    “Berdua??” Terbeliak mata Asma mendengar jawapan dari Mak Esah.

    “Pak Majid pergi sekali agaknya...”

    “lah... Pak Majid baru keluar dengan Walid tadi...” Asma membalas.

    “Semalam Walid suruh Abang hantaq Muna dengan Pak Majid... tak tau pulak jadi lagu lain...” Mak Esah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

    “Ni dah dekat nak petang tak balik lagi... buat apa tak tau di sana?” Gerutu Asma.

    “Sat lagi balik lah tu...” Mak Esah menenangkan Asma.

Triit.. Handset Asma berbunyi di atas meja. Dia segera mendapatkannya. Mukanya berkerut. Apa sudah jadi agaknya ni? Jari jemarinya pantas menekan butang telefon. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Tenangkan hatimu Asma.

    “Assalamualaikum, abang?” Suaranya bergetar.

    “Waalaikumussalam Adik... Kenapa call pulak ni? Kan Abang dah SMS tadi?

    “Abang kena apa?” Asma gusar.

    “Rileks... Abang just terseliuh sikit saja...” Abrisam cuba menenangkan adiknya yang gelabah tidak menentu itu. Memang dia sudah biasa dengan perangai adiknya itu.

    “habis.. awat tak boleh balik? Abang luka ke?”

    “Ankle ini membengkak, Makcik Asiah kata kalau banyak bergerak nanti makin teruk... so macam mana Abang nak drive balik? Terpaksa stay sini dulu lah...” jelas Abrisam pada Asma.

    “Makcik Asiah tu sapa?”

    “Mak kak Muna lah... Adik jangan risau lah ye.. Abang ok kat sini... tolong bagi tahu Ummi dan Walid ek...” pesan Abrisam.

    “InsyaAllah...” jawab Asma.

    “ok... syukran...” balas Abrisam.

    “Er.. Abang... kejap..” Asma bersuara semula.

    “Ada apa?” Kening Abrisam berkerut.

    “Abang berdua ke dalam kereta tadi? Masa hantar Kak Muna...” Teragak-agak Asma bertanya.

    “Ye... Kenapa? Salah ke? Kak Muna duduk belakang lah...” balas Abrisam.

    “tak ada apalah... Nanti Adik cakap dengan Ummi dan Walid keadaan Abang...”

    “ok...”

    “Assalamualaikum...”

Telefon dimatikan.

Usai solat fardhu Asar. Abrisam duduk di tepi anak tangga rumah kayu itu. Baru selesai solat Asar keadaan sudah hampir gelap seperti senja. Nyamuk-nyamuk pun sudah mula berpesta. Habis gatal-gatal lengan dan kakinya digigit. Kalau tak difikirkan keadaan kakinya itu, memang tak sanggup dia duduk di situ. Sunyi satu hal. Gelap satu hal lagi. rasa tak selesa mula menyesakkan. Huh, dia mengeluh.

    “Tak selesa ke?” Muna bersuara dari arah belakangnya.

    “tak ada lah...” balas Abrisam. Dia ini boleh baca minda aku ke?

    “Saya faham... rumah ni tak semewah rumah awak... dari muka awak tu, saya dah boleh baca fikiran awak...” sambung Muna.

    “Saya tak bermaksud macam tu...” balas Abrisam. Serba salah hendak dikata.

    “tak apa..”

    “Pak Ei pergi sekolah jalan kaki saja.. betul ke?” tanya Abrisam.

    “Mmm..” Angguk Muna.

    “tak ada basikal ke?” Abrisam memandang ke arah Pak Ei dan Pakcu yang sedang bermain di laman rumah. Tak berkasut pula tu.

    “Mana nak cekau duit beli basikal... tambah pulak sekarang ini Tok pun sakit... lainlah awak... anak orang berada... beli basikal macam beli gula-gula...” Muna tunduk memandang lantai.

    “Saya tak bermaksud nak kecikkan family awak, Muna” balas Abrisam.

    “Hidup kami memang macam ni.. hina caci manusia dah jadi hidangan kami.. dah tak ada rasa dah..” sambung Muna.

    “Dah lah tu... tak payah fikir sangat pasal manusia.. mereka takkan senang tengok orang lain senang..” Abrisam juga merasa tidak selesa berbual tentang hal begitu. Biarlah manusia menilai dengan akal fikiran manusia. Sebaiknya kita meneruskan usaha untuk memajukan diri sendiri dari sibuk memikirkan kata orang. Kenapa perlu dihiraukan, kerana jika kita menang bukan mereka menyanjung, jika jatuh bukan mereka yang menolong.

Allahuakbar.. Allahuakbar..
Perbualan mereka dirasakan seperti sekejap rupanya sampai menginjak malam. Sayup-sayup kedengaran laungan azan. Abrisam mungkin tidak berasa apa-apa. Tapi bagi Muna, itulah pertama kali dia berbual panjang dengan rakan lelakinya. Selama ini dia berada di alamnya sendiri. Alam ciptaannya untuk mengubati hati. Siapa yang tidak berasa pedih di hati bila sentiasa dipandang keji? Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui rasa hati seorang insan bernama Muna Farhah Wahidah.

 

Posted at 09:40 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: