Friday, March 23, 2007
Namaku Muna ~15~

 

Ikan tamban kering terhidang di dalam pinggan. Masih panas lagi. Baru diangkat dari atas dapur. Pucuk ubi kayu yang masih segar ditemani sambal belacan. Pucuk ubi juga dimasak gulai lemak. Nasi putih. Air kosong. Juadah makan tengahari. Selesai solat Zuhur mereka berkumpul untuk makan. Abrisam menjadi imam solat. Kata Pakcu, selalunya Pak Ei yang jadi imam. Kalau tidak terpaksalah Pakcu menjadi imam. Darjah 6 sekolah rendah sudah boleh jadi imam kepada keluarga? Biar betul Pakcu ini.


Doa makan dibaca lancar oleh Pak Ei. Tidak ada pelat-pelat atau pun tersangkut-sangkut langsung. Lancar. Mengalahkan tok Imam masjid sahaja. Abrisam kagum dengan keluarga sederhana itu. Didikan Puan Asiah sangat teliti.


    “Abang Syed, jom main wau...” Pak Ei mengajak Abrisam yang menjengah keluar dari pintu. Dia menoleh ke arah Pak Ei di belakang.

    “Nak main kat mana Pak Ei?”

    “Pak Ei... biarlah Abang Syed duduk berehat sat...” Puan Asiah bersuara di dapur.

    “Takpa makcik... teringin juga nak main wau ini...” jawab Abrisam.

    “Jangan layan sangat Pak Ei tu Syed...” Puan Asiah menyambung.

    “Jom...” Abrisam senyum.

    “Jom...”

    “Main kat mana?”Abrisam bertanya lagi.

    “Tu padang belakang tu...” Jari menunjuk ke arah belakang rumah. Kaki melangkah turun anak tangga rumah.

    “kejap ek Abang Syed...” Pak Ei berkata. Dia berlari ke arah pintu belakang rumah.

Seketika kemudian dia datang dengan sepasang selipar jepun di tangan.

    “Abang.... pakai ini... kotor kasut abang kalau pergi sana...” Pak Ei memberitahu. Abrisam mengangguk.

Berjalan menyusuri kawasan padang berumput di kawasan belakang rumah itu bukanlah semudah ABC. Bagi Pak Ei mungkin mudah saja kerana sudah biasa, tapi pada Abrisam tanah liat di situ memang menyusahkan langkahnya. Sesekali dia berhenti untuk merehatkan kaki. Angin petang bertiup sedap rasanya menerjah muka. Memang sesuai untuk bermain layang-layang.

    “Abang Syed pegang tali ini ok... Pak Ei lambung wau...” Kata Pak Ei sambil menghulurkan gulungan tali tangsi yang mengikat teraju layang-layang.

    “Hati-hati Pak Ei...”

    “Orang dah biasa lah Abang Syed.. padang ini tempat Pak Ei selalu main...” Sengih di wajahnya.

    ‘Iyolah...” Abrisam memuncungkan mulutnya. Ketawa pecah berderai.

    “Cepat Abang Syed... tarik tali tu... angin tengah banyak ini...” jerit Pak Ei selepas melambung layang-layang itu naik ke langit. Dia terlompat-lompat girang.

    “ye... abang tengah tarik lah ini...” Abrisam mengundur laju ke belakang untuk memastikan layang-layang itu naik menentang angin.

    “Undur Abang Syed... undur... nanti wau tu jatuh ke tanah... cepat Abang...” Pak Ei berlari-lari mengikut arah layang-layang. Matanya tidak berpisah dari layang-layang di tengah langit.

    “Pak Ei!!!” Layang-layang menjunam ke tanah. Buk! Terpacak di atas tanah liat. Tali tangsi berhamburan di atas tanah. Abrisam kaku di situ. Pak Ei gamam.

    “Kenapa Abang Syed?” Kakinya berlari laju menuju ke arah Abrisam yang terduduk di atas tanah. Jantungnya berdegup kencang. Apa jadi kalau Ibu tahu? Huh..

    “Adoi Pak Ei... sakitnya...” Abrisam mengurut pergelangan kakinya. Pak Ei duduk di sebelah Abrisam. Dia melilhat-lihat ke arah kaki Abrisam.

    “Oh... Abang tergeliat ini... mesti salah pijak tadi... awatnya Abang Syed pergi pijak tanah lembut tu?” Pak Ei menuding jari ke arah tanah liat lembut berbekas pijakan Abrisam tidak jauh dari situ.

    “Mana Abang nak tau... syok-syok tarik wau tadi... mana nak tengok lagi dah kaki pijak tang mana..” Gerutu Abrisam. Muka berkerut menahan sakit.

    “Abang boleh bangun tak? Kita baliklah...” Pak Ei menarik tali layang-layangnya.

    “Boleh agaknya...” jawab Abrisam cuba untuk bangun berdiri.


Seberkas daun-daun kelapa hijau dilonggok di atas pangkin di bawah pohon Cempedak. Pisau lipat sudah sedia di tangan. Sudah diasah tajam-tajam. Puan Asiah duduk bersila di atas pangkin sambil bersandar ke batang pohon Cempedak. Satu helai daun kelapa diambil dan diraut. Nak dibuat penyapu lidi. Leka dia di situ.

Sayup-sayup kedengaran suara Abrisam dan Pak Ei. Puan Asiah memandang ke arah Abrisam dan Pak Ei. Abrisam terhenjot-henjot sambil Pak Ei memegang tangannya. Astaghfirullah. Apa jadi pulak ini?

    “Pak Ei!! Awat tu?” Puan Asiah meninggikan suaranya. Kaki melangkah turun dari pangkin.

    “Abang Syed tergeliat Ibu... dia pijak tanah lembut masa main wau...” jawab Pak Ei. Puan Asiah menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja.

    “Maih nak tengok Syed...” Puan Asiah mengarahkan Abrisam supaya duduk di atas pangkin itu.

    “lah... bengkak dah ini...” Ngomel Puan Asiah. Dia memerhatikan lagi pergelangan kaki Abrisam.

    “Muna....” Puan Asiah memanggil anak sulungnya.

    “Ya Ibu... awatnya..?” Muna terjengul di muka pintu.

    “Ambik maih minyak gamat atas setbut tu...” Arah Puan Asiah.

Muna hilang ke dalam rumah. Seketika kemudian

    “lah... bengkak besaq jugak ini Syed...” kata Puan Asiah.

    “Urut pelan-pelan sikit...” arah Puan Asiah kepada Pak Ei selepas mengambil minyak urut dari Muna.

 

 


Glosari:

setbut = almari kecil (bahasa Kedah)

 

Posted at 09:32 am by hafeiz suhaimi

diya
April 15, 2007   10:11 PM PDT
 
setbut? almari kecil? dialek kedah ke tu? Apasal diya xtau...

Uhu... peliknya.. x pernah dgr. Ni 1st time dengar dialek kedah n perkataan setbut tu.

Really? Betul ke? Mcm mana org kedah pun x tau dialek kedah ni. Uhu..teruknye diya.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: