Saturday, March 17, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 31]

 

Selalu manusia berfikir betapa mudahnya jatuh cinta bila mata sudah berkenan. Selalu juga manusia berkata-kata cinta dan sayang bila hati sudah dipenuhi dengan rasa kasih. Tapi ada juga manusia yang buta dengan cinta yang sedang berkembang di dalam hati. Atau tidak dapat mengenal pasti mana satu cinta, kasih dan sayang. Mana satu kawan, sahabat dan kekasih. Hati meronta-ronta, tapi diri menafikannya. Mana satu hendak diturutkan?

 

 

            “Kenapa kau tak kahwin lagi Zulfa? Kerja dah ada, gaji besar, nak apa lagi?” Soalan yang terpacul dari mulut Hana umpama petir yang membingitkan telinga. Bergegar rasanya gegendang telinga. Teh ais di dalam gelas di hadapannya terasa membeku di anak tekak.

 

            “Takde jodoh lagi kot…” Selamba mendatar jawabnya. Bukan tak hendak, tapi sebagai seorang wanita takkanlah dia hendak terhegeh-hegeh mengorat lelaki pula. Hish.. pantang keturunan melihat anak dara terhegeh-hegeh dengan lelaki.

 

            “Tak ada jodoh ke atau kau tu yang memilih sangat?” Hana memotong sebiji epal hijau di atas papan pemotong. Kedatangan Usu ke rumahnya secara tiba-tiba menyebabkannya tidak sempat membuat sebarang persiapan.

 

            “Huh… nak memilih siapa Puan Hana wei? Calon pun tak ada…” balas Usu berseloroh.

 

            “Ashraff?”

 

            “Dia dah ada teman la..”

 

            “Siapa?”

 

            “Doktor muda dari UK nun..”

 

            “Are sure?”

 

            “Quite sure”

 

            “Quite sure…” Hana menekankan sedikit nadanya ketika menyebut perkataan ‘quite’.

 

            “Ala jangan risaulah Hana… jodoh pertemuan di tangan Allah… sampai masanya adalah tu..” Usu cuba mengelak dari soalan-soalan yang lebih menyesakkan kepala. Dia sebolehnya tidak mahu berfikir lagi hal itu. Biarlah Tuhan sahaja yang menentukan segalanya.

 

            “Aku bukan nak buat spekulasi… tapi aku rasa Ashraff tu sukakan kau..”

 

            “Mimpi betullah kau nih Hana…”

 

            “Macam nih la kau Zulfa… sejak dulu lagi selalu sangat mengelak bila bercakap pasal ni… kalau dulu mungkin logik, tapi sekarang nih kau dah sesuai sangat jadi isteri orang…” bebel Hana.

 

            “Abis kau nak aku buat apa? Pegi meminang si Ashraff tu? Gila!” balas Usu mencerun.

 

            “Bukak hati kau tu Zulfa Aiman… aku tahu kau masih tutup pintu hati kau tu sejak…...”

 

            “Stop it Hana… aku datang nih bukan nak bincang pasal nih.. kalau kau rasa tak selesa dengan kedatangan aku, fine, aku balik sekarang…” Usu bingkas bangun dari kerusi tapi segera ditahan oleh Hana.

 

            “Aku minta maaf Zulfa… aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau…” Hana menggenggam tangan Usu.

 

            “Selagi luka di dalam hati aku nih masih berparut, selagi itulah takkan ada lelaki di dalam hidup aku..” Mata Usu mula terasa panas. Kelopak matanya terasa menggenang manik-manik jernih.

 

            “Keras benar hati kau Zulfa… takkan semua lelaki macam Hafizi dulu… sekurang-kurang bagilah peluang… kalau bukan untuk orang lain pun, untuk diri kau sendiri…”

 

            “Bagi peluang untuk lukakan lagi hati aku nih? Macam tu?”

 

            “Takkan Allah tu kejam sampai nak buat kau kecewa macam tu lagi… believe me Zulfa Aiman… u need it… we all need it…. we all need love…” Hana cuba meyakinkan Usu.

 

 

------

 

 

            “Kau perlukan dia Ash…” Azlan mengusap pelipisnya. Anak matanya melirik ke tengah tasik yang airnya beriak ganas kerana usikan bot-bot mainan di tengahnya.

 

            “Entahlah… buntu bila fikirkan balik masalah perasaan nih… kadang-kadang aku rasa macam nak lari dari kenyataan dan duduk diam-diam dalam gua… lagi senang… tak ada manusia dan tak ada masalah cinta… jadi macam tarzan je kot…” Ashraff tersenyum sinis. Jagung madu di dalam cawan kertas disuapkan ke dalam mulut. Peluh menitik di pipinya. Penat juga bila sekali sekala berjogging.

 

            “Kau nih tak tengok TV ker?” Azlan menjungkitkan kedua belah keningnya sambil memandang Ashraff.

 

Bahu dijungkit. “Ape?” Ashraff menyoal semula dengan mulut masih bersisa dengan jagung manis.

 

            “Tarzan kan bercinta dengan Jane… kau lupa ke? Duduk dalam gua takkan selesaikan masalah la Ash… face it and solve it…” Ashraff tersengih memandang Azlan. Memang betul juga kata-kata temannya itu. Hadapi kenyataan dan selesaikan semua masalah secara matang. Lebih baik dari mengelak ke sana ke mari dan berselindung dari balik tabir persahabatan.

 

            “Ntah la…”

 

            “Nak ntah ape lagi? Kau engineer, dia admin… kau belajar tinggi, dia pun belajar tinggi, rupa paras pun aku rasa bukan jadi masalah korang berdua kan…? Unless…” Azlan diam sejenak.

 

            “Unless…?” soal Ashraff meminta penjelasan kepada ayat tak lengkap Azlan itu.

 

            “Kau masih sayangkan Ibtisam…” Gulp. Azlan menelan air liur yang terasa panas. Dia terpaksa berkonfrontasi dengan Ashraff untuk kali ini. Bukan kerana hendak memanaskna darah anak muda itu, tetapi dengan cara itu sahajalah Ashraff akan sedar.

 

            “Huh… nonsense la ayat kau nih… She’s getting married la…” Ashraff memalingkan wajahnya dari Azlan.

 

            “Aku just buat andaian… kau tak perlu nak hangin kalau benda tu tak betul…” Azlan bersuara semula.

 

            “I’m okeh…” balas Ashraff tersenyum.

 

            “That smile doesn’t answer my question satisfactorily, man…” Azlan menepuk bahu Ashraff.

 

            “Aku dah putus dengan Ibtisam few years ago… in fact kami dah jadi kawan… aku takde perasaan lagi dengan dia except just a friend… end of story..” Tenang dan jelas satu persatu jawapan itu keluar dari mulut Ashraff.

 

            “Dan Zulfa Aiman…?”

 

            “Friend…” jawab Ashraff jelas tapi nadanya kurang tegas.

 

 

------

 


 

Assalamualaikum buat Zulfa Aiman…

 

Pertamanya saya minta maaf sebab kirimkan surat ini pada awak secara tiba-tiba. Saya rasa lebih selesa untuk bercakap dengan awak macam nih. Harap awak tak ambil hati.

 

Ketika awak baca surat ini, saya sudah berada jauh dari Kuala Lumpur. Terlalu jauh untuk saya jelaskan. Saya minta maaf sekali lagi kerana keputusan ini saya ambil tanpa memberitahu awak sebagai sahabat saya. Bukan bermakna awak bukan lagi sahabat saya, tapi kerana saya mahu mencari diri saya sendiri dan jawapan kepada persoalan hati saya selama ini.

 

Puteri_aiman,

 

Nama itu akan kekal bersemadi di dalam hati saya selagi mana hayat saya masih ada. Saya mohon maaf sekiranya sepanjang persahabatan ini, saya banyak melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap awak… halalkan makan dan minum saya selama kita bersahabat… doakan ketenangan untuk saya dan mudah-mudahan Allah temukan kita semula pada suatu masa nanti…

 

Regards,

k^@sh...

 


 

Posted at 01:50 am by hafeiz suhaimi

Hafeiz
March 17, 2007   11:31 PM PDT
 
rileks la akak... hehe..
Kak Hannah
March 17, 2007   07:58 PM PDT
 
Laa...berpisah pulak, bila nak game ni, Hafiez?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: