Ibtisam Humairah. Dr Ibtisam Humairah. Manis betul namanya. Senyuman Si Pipi Merah. Sedap sekali maksud nama itu. Usu merenung beberapa potong kek yang berada di dalam pinggan. Sejak pulang dari kedai kek, nama Ibtisam Humairah tak henti-henti mengganggu fikirannya. Istimewa sungguh gadis itu. Pulangnya mendapat hadiah dari Ashraff. Sudah pasti seseorang yang istimewa. Kalau tak, tidak mungkin Ashraff beriya-iya mengajaknya menjadi penasihat untuk membeli hadiah siang tadi.
Ah, kenapa dengan aku nih? Takkan cemburu pulak. Aku sekadar kawan saja dengan dia. Kenapa mesti cemburu dengan kebahagiaan seorang kawan? Huh, kalau benar gadis itu teman istimewa Ashraff, kenapa mesti aku merasa cemburu? Sepatutnya aku tumpang gembira. Doktor dan Jurutera. Sepadan sekali. Sama-sama professional.
Allahuakbar. Usu kembali ke alam nyata. Lama benar dia meniti alam khayalan tadi. Kek di hadapannya masih belum dijamah lagi. Seleranya tiba-tiba pudar. Entah kenapa kek di hadapannya itu tidak membangkitkan selera. Sedangkan kek coklat nyata kegemaran Usu sejak kecil lagi. Ada sesuatu yang merunsingkannya. Sesuatu yang membuatkan hatinya rasa hambar, kosong, sunyi, sepi, suram.
Kek dimasukkan ke dalam peti sejuk semula. Sebotol jus oren dikeluarkan dari peti sejuk. Gelas yang tersusun di atas peti sejuk diambil satu. Usu membawa jus oren ke meja makan. Gelas jernih itu dipenuhkan separuh dengan jus. Bismillahirrahanirrahim.. Hatinya membaca basmalah. Seteguk jus sejuk itu membasahi tekaknya. Selesai menghabiskan jus itu, lafaz syukur diucapkan. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki oleh Allah swt.
Usu melangkah naik ke bilik.
------
Mentari pagi Sabtu memencar cerah. Bunyi katak memanggil hujan tidak kedengaran lagi seperti semalam. Mungkin katak-katak telah tidur setelah semalaman penat membuat ‘konsert’ memanggil hujan. Usu bermalas-malasan di atas tempat tidurnya. Usai solat Subuh berjemaah bersama Along dan KakLong awal pagi tadi, dia baring-baring di atas katil.
Telinga dialunkan dengan bacaan surah an-Naba’ oleh Sheikh Meshary Ibn Rashid al-Affasy. Imam muda dari Negara Kuwait itu telah lama menambat hatinya dengan kelunakan serta kesyahduan bacaannya. Usu mengikut baca dengan perlahan. Satu persatu ayat Allah swt itu meniti dibibirnya.
Along dan KakLong dah lama ke hospital. Dengar kata KakLong sekarang sibuk sangat. Maklumlah dah masuk ke Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan. Setiap hari melihat ibu-ibu bertarung nyawa melahirkan zuriat. Semoga bertambah ramai umat Muhammad saw. Semoga ramai ummat Muhammad yang berkualiti.
k^@sh: Assalamualaikum…
puteri_aiman: Waalaikumussalam…
puteri_aiman: awalnye pagi nih…
k^@sh: hehe.. cik Zulfa oi..
k^@sh: dah 8.35 pagi.. awal ape nye..
puteri_aiman: iyolah tu..
k^@sh: sy nak jumpa awak..
k^@sh: hari nih…
Mulut Usu ternganga. Dia buat hal lagi Engineer sewel nih… Nak jumpa aku pulak dah… Usu menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Ape aku nak cakap nih…?
k^@sh: Zulfa…?
BUZZ!
BUZZ!
puteri_aiman: yer… sy sini..
k^@sh: boleh tak?
puteri_aiman: sy taknaklah…
k^@sh: bertiga la…
k^@sh: sy tau awak takkan jumpa sy kalo berdua.. J
puteri_aiman: tapi…
k^@sh: sy dtg amik awak…
k^@sh: pukul 1130 nnti..
k^@sh: fullstop… :-D
Gila. Betul-betul gila mamat nih. Aku belum bagi kata putus dah memandai buat keputusan sendiri.
puteri_aiman: sape lagi sorang?
k^@sh: Ibtisam…
k^@sh: dia nak jumpa awak.. J
puteri_aiman: mmm…
Huahuahua… Kelakarnya. Ibtisam Humairah nak jumpa Zulfa Aiman. Apalah yang istimewa sangat aku nih. Sampai buat request nak jumpa aku…
k^@sh: jgn lupa pulak..
puteri_aiman: insyaAllah..
k^@sh: jangan buat-buat lupa pulak…
puteri_aiman: yer.. ingat..
***
“Dah lama kenal Khairul?” Ibtisam tersenyum memandang Usu. Amboi… istimewa sungguh mamat tu yer… Orang lain sume panggil dia Ashraff or Ash saja…
“Lama jugak… dah lebih tiga tahun rasanya… sejak di kampus..” Usu meletakkan dulang makanannya di atas meja. Ashraff sudah lama menghilang entah ke mana.
“Ooo… dah kenal la hati budi dia yer…” sambung Ibtisam semula. Usu memandang tak beriak. Ibtisam mengacau jus oren di dalam gelas di atas meja.
“Takdelah kenal sangat… kenal biasa-biasa je..” Usu kematian ayat nak berbual. Kekok.
“Khairul tu suka memaksa kan? Ape-ape yang dia nak, mesti dia paksa sampai dapat…” kata Ibtisam. Usu cuba mengukir senyum. Macam mana sekali pun, memang betul apa yang dikatakan Ibtisam itu. Teringat Usu semasa di hospital dulu, Ashraff lah yang memaksa dia berlatih untuk berjalan semula. Walau pun puas dia menolak, Ashraff tetap berkeras memaksa Usu berjalan.
“Hmmm kadang-kadang tu macam budak-budak perangai dia…” balas Usu semula.
“Memang pun…” Ibtisam menyedut jus oren.
“Ibtisam dah lama kenal Ashraff?” Usu pula buat temuramah.
“Dah lama… sejak sekolah menengah lagi… Azlan arkitek dekat tempat Zulfa keje tu pun saya kenal…” jelas Ibtisam. Zulfa mengangguk.