Saturday, March 17, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 29]

 

“Bolehlah Zulfa…. please…” Usu menatap wajah teman sepejabatnya itu dari atas ke bawah. Pelik. Memang pelik benar. Agaknya dah tak ada orang lain yang boleh.

“Saya seganlah…” balas Usu mengelak. Kalau boleh dia ingin jarakkan sedikit keintiman persahabatan mereka berdua. Tak manis dipandang orang.

 

“Bukan kita berdua je… Acu ikut sekali…” jawabnya dengan wajah yang amat mengharap. Acu ikut sekali. Aduh, apa lagi alasannya yang logik dek akal untuk diberikan kepada si Ashraff di hadapannya itu.

 

“Erm… lepas Asar…” Usu mengalah lagi. Ah, sudah banyak kali Usu kalah di tangan Ashraff. Dia selalu sahaja buat Usu rasa serba salah untuk menolak permintaannya.

 

“Thanks…” Senyumnya menjangkau telinga. Usu membalas sekadarnya sahaja.

 

 

Kaki melangkah dari satu gerai ke satu gerai. Dari satu pasaraya ke pasaraya yang lain. Sudah sejam lebih mereka merayau di kota metropolitan itu. Usu masih bingung. Apa yang dicari Ashraff? Susah benar nak jumpa barang yang dicarinya. Mahal sangatkah? Atau istimewa sangatkah? Mungkin juga satu dalam seribu? Uh… bosannya mencari benda yang tidak diketahuinya.

 

 

“Ashraff… awak nak cari apa sebenarnya nih?” Usu bersuara setelah melihat Ashraff yang masih termangu-mangu.

 

“Erm…? Ntah la…” Usu terpinga. Benarkah jawapan yang didengarnya dari mulut Ashraff itu. Alia di sebelah juga memandang tak puas hati. ‘Ntah’. Maknanya mereka merayap tak bertujuan rupanya selama sejam lebih.

 

“Abis tu awak ajak saya nih untuk ape?” Usu merenung jejaka berkaca mata di hadapannya itu. Ashraff tersengih.

 

“Saya nak beli hadiah… tapi tak tau ape yang sesuai…” Ashraff menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

 

“Angah nih pun… cakaplah nak beli hadiah… dah tu datang sini buat ape?” Alia memprotes Angahnya. Mana mungkin ditemui hadiah di kedai menjual surat khabar dan majalah. Huh.

 

“Untuk sape?”

 

“Kawan saya… baru balik dari Ireland… esok nak jumpa dalam re-union…” balas Ashraff.

 

“Lelaki?”

 

“Perempuan..”

 

“Re-union berapa ramai?” Usu bersoal jawab seperti seorang pakar hendak mendiagnosa penyakit sahaja.

 

“5 orang je…” balas Ashraff yang terkebil-kebil melihat Usu yang sedang mengetap-ngetap bibirnya. Berfikir mungkin.

 

“Beli perfume je la…” cadang Alia.

 

“Dah biasa orang buat la…” jawab Ashraff.

 

“Teddy bear?” sambung Alia.

 

“Macam budak-budak pulak…” balas Ashraff. Usu masih diam membisu.

 

“Coklat?” Alia separuh berteriak.

 

“Melambak kat Ireland nun…” kata Ashraff datar.

 

“Bunga…” Alia bersuara lagi.

 

“Hmmm…” Ashraff menggaru-garu dagunya seperti sedang mempertimbangkan cadangan Alia tadi.

 

“Yes….” jawab Ashraff.

 

“No!” Suara Usu mengejutkan kedua beradik itu. Mereka saling berpandangan. Usu sengih.

 

“Ikut saya…” Usu melangkah keluar dari kedai surat khabar itu melalui kaki lima. Ashraff dan Alia hanya menurut di belakang.

 

 

“Here we are…” Usu menoleh ke arah dua beradik itu.

 

“Kedai KEK??!!” serentak Ashraff dan Alia bersuara. Juruwang di kaunter memandang gelagat mereka bertiga. Pelik agaknya.

 

“Yes… korang tunggu kat sini…” Usu melangkah masuk ke dalam kedai. Dia menuju ke bahagian kek. Diperhatikannya satu per satu kek-kek yang ada di atas rak. Jurujual di depannya memandang sahaja tingkah Usu itu.

 

“Yang nih…” Usu menunjukkan jari telunjuk ke arah sebiji kek Blueberry di atas rak. Jurujual itu mengeluarkan kek tersebut dengan berhati-hati. Usu membelek-belek kek tersebut. Cantiknya… kalau makan pun sodap nih… Usu bermonolog sendirian.

 

“Nak tulis ape cik?” tanya jurujual di hadapannya. Ashraff dan Alia berdiri di sebelah Usu. Memandang pelik. Sejak bila pula orang belikan hadiah kek nih?

 

“Nama dia sape?” Usu memandang Ashraff yang diam membisu semenjak tadi.

 

“Ibtisam Humairah” jawab Ashraff pendek. “Err Dr Ibtisam Humairah” Ashraff membetulkan nama temannya. Hmmm Dr rupanya… sedap pulak tu namanya.. Getus Usu di dalam hati.

 

 

Nama Dr Ibtisam Humairah diabadikan ke atas kek Blueberry yang dipilih oleh Usu itu. Ashraff membayar harganya. Sementara itu, Usu membelek-belek kek-kek lain yang ada di atas rak. Pandangannya terhenti pada kek coklat berhias strawberry. Wah seperti kegemaran Siti Nurhaliza lah pula. Strawbery cecah coklat. Usu yang leka melihat kek-kek di situ tidak perasan gelagatnya di perhatikan Ashraff.

 

 

“Suka makan kek coklat ke?” tanya Ashraff.

 

“My favourite…” balas Usu tersenyum.

 

“Oh ye ke…”

 

“Kek coklat dengan strawberry nih sedap tau… pernah makan sekali dulu…” Usu menerangkan tanpa dipinta. Ashraff  mengangguk.

 

“Nak?” Usu seperti dengar tak dengar perkataan yang keluar dari mulut Ashraff. Wajah pemuda itu ditenungnya sekilas.

 

“Dik, Chocolate Strawberry tu ye..” Pantas Ashraff membaca fikiran Usu. Kalau aku tanya lagi pun, mulut cakap taknak, tapi hati kata nak.. Ashraff bermonolog sendirian sambil memandang ke arah jurujual yang sedang mengeluarkan kek tersebut. Usu terlopong melihat Ashraff.

 

“Awak…” Usu memandang Ashraff. Ashraff pula memandang Usu.

 

“Ye…” Usu memandang ke arah kek yang sedang dibungkus jurujual itu, kemudian memandang Ashraff semula. Untuk sape?

 

“Untuk awak...” Ashraff dapat membaca minda Usu.

 

“Tak payah la… saya bukan suruh belikan…” jawab Usu serba salah. Dia risau kalau-kalau kata-katanya tadi menyebabkan Ashraff menyangka Usu minta dibelikan kek itu.

 

“Tanda terima kasih…” balas Ashraff seraya menyerahkan bungkusan kek itu kepada Usu. Nak tak nak terpaksa diambil juga. Orang dah belikan, takkan nak tolak. Rezeki.

 

 

Posted at 01:30 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: