Matanya menala ke arah wajah lelaki di hadapannya itu. Dia buat hal lagi.
“Taknaklah… nanti jatuh…” Usu memejamkan matanya di birai katil. Pengalaman dilanggar kereta tempoh hari menjadi trauma kepada mindanya. Dia takut sekali kepada jatuh. Takut teramat sangat jika kakinya patah sekali lagi.
“Cuba dulu… try sikit-sikit… bukannya terus berlari… awak ni mengalahkan budak kecik la” Ashraff tersengih sambil memegang tongkat.
“Awak tak rasa sakitnya… cakap senanglah…” protes Usu lagi. Ashraff mendekati Usu. Tongkat besi itu dihulurkan kepada gadis itu. Ashraff menganggukkan kepala tanda ‘pasti boleh’.
“Taknak…” kata Usu lembut.
“Nak..” tegas Ashraff mendatar.
“Tak… nak!!”
“Nak!!”
“Tak naaaaaakkkk…”
“Naaakkk” balas Ashraff berdegil memaksa Usu untuk cuba berjalan dengan bantuan tongkat besi itu.
“Sampai bila nak duduk atas kerusi roda je? Awak mesti berjalan semula…” tegas Ashraff lagi. Sekali lagi tongkat besi dihulurkan kepada gadis itu. Usu memandang sekilas. Degil! Engineer sewel yang degil tahap Gaban! Bentak hati Usu.
“Saya taknak berjalan… saya takut… kalau kena duduk atas kerusi roda seumur hidup pun takpelah.. saya rela..” Usu memalingkan wajahnya tepat ke arah Ashraff.
“Astaghfirullah… Zulfa Aiman… Awak bukannya cacat… patah kaki je… lagi pun doktor dah cakap tulang tu dah bersambung semula… Along pun cakap macam tu.. KakLong awak pun cakap macam tu…” Suara Ashraff naik senada. Dia tak faham dengan gadis di hadapannya itu. Takutnya melampau-lampau.
“Saya takut jatuh…”
“Saya ada…” balas Ashraff. “Cuba dulu… tak payah jalan jauh-jauh… dari sini pegi ke sofa tu… guna benda alah nih…” Ashraff memujuk. Tongkat besi bertukar tangan. Sekali lagi Usu menurut kata Ashraff.
Bismillahirrahmanirrahim… Usu membaca Basmalah di dalam hati. Dalam mahunya, masih terselit rasa ragu-ragu. Manalah tahu tiba-tiba terjatuh. Patah semula. Hah. Siapa yang salah? Paling ngeri kalau… Ah… cuba dulu Zulfa… Usu menenangkan fikirannya. Kaki kanannya dirapatkan ke lantai. Kemudian diikuti pula kaki kiri. Ashraff memerhati setiap gerak geri Usu. Tongkat besi itu diletakkan ke bawah dua ketiaknya. Dia cuba menopang. Terasa sengal-sengal pada peha kirinya. Mungkin masih baru parut luka.
“Ha… kan dah boleh berdiri tu…” Ashraff tersenyum melihat Usu berjaya berdiri dengan bantuan dua tongkat. Walau pun masih senget-senget. Usu turut senyum.
“Thanks a lot…”
“Untuk ape?” Ashraff bertanya.
“Being here for me…” Usu sebak. Di kala beginilah manusia kenal siapa lawan siapa kawan. Di saat susahlah ujian persahabatan yang paling besar. Manusia memang ramai di masa senang, tapi bila susah, sakit, miskin, papa kedana; berapa kerat sangat yang tetap teguh bersama mengharungi ujian itu? Dan Ashraff telah lulus ujian itu dengan cemerlang.
“Its okeh… hmm… ujian belum abis lagi… awak kena jalan ke sofa tu..” sambung Ashraff sambil menuding jari ke arah sofa berwarna coklat di tepi dinding.
Usu melangkah setapak demi setapak perlahan-lahan. Dia semakin yakin untuk mengatur langkah kembali. Zulfa Aiman akan kembali ‘berlari’ semula. Yey. Hatinya berbunga mekar. Gembira tak terkira. Bukan senang nak dapatkan semula keyakinan itu. Dia perlukan semangat yang kuat. Semangat yang telah diberikan oleh Ashraff kepadanya.
“For you… buat melayan boring kat ward…” Ashraff menghulurkan senaskhah buku kepada Usu yang masih berdiri di tepi sofa. Nyanyian Tanjung Sepi karya NoorSuraya. Novel idaman Usu, dari penulis yang dikaguminya. Usu tersenyum.
“Terima kasih Ashraff… awak dah banyak berbudi pada saya… tak tau macam mana nak balas lagi dah…”
“Hari nie hari awak… mana tau esok lusa hari saya pulak…” Ashraff mengukir senyum manis.
Credit:
Nyanyian Tanjung Sepi by NoorSuraya