Saturday, March 17, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 27]

 

“Takde selera… takpelah.. nanti-nanti saya makan…” balas Usu. Mulut kata lain, sedang perut menjerit-jerit kelaparan. Namun Usu cuba menahan rasa laparnya. Sabar la perut… petang nanti Alang datang suapkan makanan… Usu memujuk dirinya.

 

“Nak makan?” Ashraff seraya bangun mengambil Tupperware berisi nasi putih dan juga kari ayam bersayurkan sayur kangkung goreng. Tudungnya dibuka. Wap panas nasi menyerbu ke muka. Isi ayam dilenyek-lenyek dan dicampur dengan kuah kari. Disudunya nasi dan isi ayam itu lalu dia mendekatkan hujung sudu ke arah Usu.

 

 

Usu tergamam. Biar betul nih… tak payah la susah-susah sampai macam nih… Darah merah terasa menyerbu ke muka. Malu ada. Segan pun ada. Lapar juga ada. Mana satu nak diikut? Dia menggelengkan kepala tanda menolak. Ashraff memejam matanya sambil menggelengkan kepala.

 

 

“Makan sikit… nanti lapar perut tu…” Ashraff menutur datar. Sudu berisi nasi masih tercegat di depan mata.

 

“Saya boleh makan sendiri…” sekuntum senyuman kelat cuba diukir. Perlukah dia menolak bantuan lelaki itu?

 

“Nah… cubalah…” Ashraff menghulurkan pangkal sudu kepada Usu. Bibir pucatnya diketap. Camner aku nak amik sudu nih… tangan berbalut camnie… Usu bermonolog sendirian. Ashraff tersenyum lagi.

 

“Awak ingat lagi cerita Ked’s Story? Citer Nawal dan KedFlop yang awak paksa saya baca dulu tu? Sekarang nih kite tengah praktis part finale tu…” satu per satu ayat keluar dari mulut Ashraff.

 

 

***

 

k_@sh: sy lelaki lah…

 

k_@sh: tak bc novel2 nih…

 

puteri_aiman: ape salahnya…

 

puteri_aiman: cute citer nih…

 

puteri_aiman: karya hlovate… mantap citer dia…

 

k_@sh: nak buat apa sy baca?

 

k_@sh: taknaklah…

 

puteri_aiman: sy dah send ke email awak URL dia…

 

puteri_aiman: sy nak awak bc jugak…

 

puteri_aiman: kalo x bc siap awak…

 

k_@sh: ye la… nnti sy bc

 

***

 

“Cuma bezanya sekarang ni bukan ‘KedFlop’ yang terlantar, tapi ‘Nawal’…” sambung Ashraff semula. Ketawa berderai. Usu menggelengkan kepalanya.

 

“Tak payah la susah-susah…” balas Usu semula.

 

“Zulfa Aiman! Say ‘aah’…” Ashraff mengulang semula bait-bait di dalam cerita Ked’s Story itu. Akhirnya Usu mengalah juga. Perlahan dia membuka mulut. Namun matanya tak mampu memandang ke arah Ashraff.  Merah padam wajahnya. Ashraff tersenyum sambil menyuapkan Usu.

 

 

Ashraff menyusun bekas makanan tadi ke tepi. Dalam kata tak nak, habis juga nasi dijamah Usu. Perut kata lapar, mulut kata kenyang. Mana yang menang? Dah tentu perut. Huhu. Usu memandang ke wajah lelaki itu yang sedang leka menyimpan bekas-bekas itu. Kenapalah kau nie baik sangat Ashraff? Apesal kau datang lawat aku hari-hari? Kenapa kau tak jemu-jemu temankan aku di sini? Bukankah aku yang koyakkan surat khabar kau dulu? Bukankah aku yang sengaja tumpahkan sos ke atas baju kau dulu semasa majlis keraian di rumah Datuk Hashim? Kau juga tahu akulah yang sebabkan tayar kereta kau kempis dan aku juga yang menghamun kau dalam meeting admin…

 

 

Dalam tak sedar, airmata jernih menitis ke pipinya. Usu menyesal dengan sikapnya selama ini terhadap lelaki itu. Usu seolah-olah sudah menjadi sebahagian plot kehidupan Ashraff.  Baik buruk, kelat masam, manis dan pahit semuanya ditelan tanpa banyak songeh.

 

 

“Awak….? Apesal nih? Awak sakit ker?” Ashraff tersedar dengan tangisan Usu. Usu menggelengkan kepalanya.

 

“Ashraff… kenapa awak datang sini? kenapa awak temankan saya tiap-tiap hari?” Usu bertanya. Kalau sekadar atas nama kawan, Safuan juga kawan Usu. Lina juga kawan Usu. Hana, Zulaikha, Aishah, Kak Huda dan ramai lagi juga kawan Usu. Tapi mereka hanya datang sesekali melawatnya. Sesekali sahaja.

 

“Awak tak suka saya datang sini?” Ashraff datar bertanya. Persoalan Usu tadi tidak terus dijawab. Dibiarkan saja soalan-soalan itu tidak berjawapan.

 

“Bukan macam tu… tapi…” belum sempat Usu menamatkan kata-katanya Ashraff mencelah.

 

“Dulu saya berjanji nak jadi sahabat awak… dan saya ikhlas nak jadi sahabat awak di alam maya dan reality… saya hanya tunaikan tanggungjawab seorang sahabat… bukankah sahabat tak akan pernah tinggalkan sahabatnya keseorangan…?” jelas satu per satu kata-kata Ashraff terpahat di dalam minda Usu. Aku pulak dah tunaikan tanggungjawab sahabat aku ke? Usu bertanya pada dirinya sendiri.

 


* Ked's Story adalah karya penulis yang saya amat kagumi Hlovate.

Posted at 01:10 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: