Friday, March 16, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 26]

 

Usu memberhentikan kenderaannya di tempat meletak kereta seperti biasa. Kawasan di situ sudah biasa baginya. Setiap pagi dia meletakkan kenderaan ketika ke pejabat. Kawasan itu dijaga oleh beberapa orang Jaga yang digaji oleh syarikat tempat Usu bekerja. Selalunya pagi-pagi begini kawasan itu agak sibuk dengan kenderaan. Triitt… telefon bimbit Usu menjerit memberitahu bahawa ada mesej yang sampai. Usu menyeluk beg tangannya untuk mengambil telefon tangan.

 

 

Assalamualaikum…

Aku dh dpt keje… huhu bestnye..

x sabar nak jumpa kau…

byk story nih…

 

 

Mesej dari Hana. Gadis itu baru sahaja mendapat kerja. Alhamdulillah. Berbulan lamanya Hana berusaha, kini usahanya telah terbalas. Bukan senang nak cari kerja di Bandar besar seperti Kuala Lumpur ini. Kalau tak betul kuat semangat, memang susah kehidupan di sini. Usu tersenyum membaca mesej daripada Hana sambil melangkah menuju ke arah pintu ke lobi lif. Krrreeeettt…… Usu terkejut. Bunyi tayar kenderaan itu rasanya terlalu dekat dengannya. Dia menoleh ke kiri.

 

 

“Zulfa!!!!!! Ke tepi!!” Itu sahaja suara yang sempat didengarnya. Dia pasti itu suara Ashraff. Tapi dari arah mana tidak dapat dipastikannya. Belum pun sampai beberapa saat, kakinya terasa dihentam suatu benda keras. Usu tercampak ke tepi.

 

 

Peristiwa itu berlaku terlalu cepat. Terlalu pantas. Apa yang dia sedar adalah dia sudah terdampar di atas jalan. Darah merah mengalir membasahi kawasan kakinya. Tangan kanannya terasa perit. Terasa bagai disiat-siat pisau tajam. Kepalanya berpinau. Penglihatannya kabur. Hanya suara Ashraff dan beberapa orang lain sahaja yang dapat didengarinya sayup-sayup.

 

 

“Zulfa…. Zulfa… are you okeh?” Dia mendengar suara Ashraff memanggilnya. Terasa bahu dan kepala diangkat ke atas ribaan. Dia tidak berdaya lagi walau untuk membuka matanya. Suaranya juga serasa serak. Antara keluar dan tidak digagahi juga menyahut.

 

“Saaa…kitt…” Usu menggagahi diri bersuara. Hanya nama Allah sahaja meniti difikirannya ketika itu. Hanya Dia yang Maha Menguasai segalanya. Usu kemudian tidak sedar lagi apa yang berlaku. Alamnya terasa gelap gelita. Tiada lagi suara Ashraff. Tiada lagi bahu hanyir darah. Segalanya gelap gelita dan kaku. Apakah dia bermimpi???

 

 

------

 

 

Mimpi gelap gelitanya semakin diterangi cahaya. Derianya mula bekerja semula. Terasa sejuk mencengkam kulit. Suara-suara dan bunyi mula menerjah gegendang telinganya. Hidungnya mula mengesan bau ubat-ubatan. Kelopak matanya cuba dibuka sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan alam sekelilingnya semakin jelas dipandangan mata. Usu menoleh ke kiri dan kanan. Tengkuknya terasa pedih. Dia cuba mengangkat tangannya. Terasa sakit menikam. Dicuba pula menggerakkan kakinya. Berat seperti menggerakkan batu. Terasa pedih dan tajam sekali. Dia mengaduh. Nafas ditarik dalam-dalam. Dilepasnya perlahan. Dia mengeluh. Di mana aku?

 

 

“Usu…? Usu di hospital sekarang nih…” suara Ateh di sebelahnya. Usu berpaling ke arah kakaknya itu. Senyum kelat dibungakan ke bibirnya yang masih pucat. Ateh mengusap-usap lembut kepala Usu. Manik-manik jernih menitik dipipinya. Usu cuba menyeka dengan tangan kirinya. Segera disambut oleh kedua tangan Ateh seraya diletakkan ke sisi.

 

“A..teh…” suara Usu serak. Ateh mengangguk sambil menunjukkan dengan jarinya ke arah ahli keluarga Usu yang berada di sisi ketika itu. Along, Kak Long, Angah, Alang, dan juga Ayah tersenyum memandang Usu. Mama duduk di kerusi di sebelah kanannya. Manik-manik jernih masih jelas kelihatan di kelopak mata Mama. Tapi tetap tabah menghadiahi sekuntum senyum kepadanya.

 

“A..pa dah jadi?” Usu berusaha mengeluarkan bait kata-kata walau pun nyatanya dia masih terlalu lemah. Dia terpaksa dimasukkan Normal Saline beberapa botol bagi mengekalkan tekanan darahnya yang jatuh akibat kehilangan banyak darah. Kaki kirinya patah. Dia menjalani pembedahan kecemasan bagi menyambung semula tulang pehanya yang patah semasa tiba di hospital. Sementara itu, tangan kanannya juga cedera akibat terjatuh semasa dilanggar tempoh hari.

 

----

Tengahari itu Usu terjaga dari lenanya. Pendingin hawa di bilik itu menyedapkan lagi tidurnya pagi tadi. Tiada siapa di sisinya ketika itu. Dia faham. Semua orang sibuk dengan tugas masing-masing. Kebiasaannya mereka datang menemani Usu di sebelah petang hingga malam. Itu pun sudah memadai bagi Usu. Dia tidak mahu menyusahkan adik beradiknya; juga Mama dan Ayah. Dia tidak berkecil hati sedikit pun.

 

 

Tok..tok..tok…

 

 

Pintu bilik diketuk. Usu berpaling memandang pintu. Daun pintu dikuak seseorang.

 

 

“Assalamualaikum…” Senyum terukir di bibirnya. Sejambak bunga dipegang di tangannya. Usu hanya membalas senyuman. Salam lelaki itu dijawab di dalam hati sahaja.

 

“Masuklah… jemput duduk…” kata Usu. Lelaki itu menghulurkan jambangan bunga itu kepada Usu.

 

“Saya tak boleh angkat tangan lagi… sori… anyway thanks…” balas Usu berterus terang. Ashraff meletakkan jambangan bunga itu di atas meja kecil di sebelah katil. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

 

“Macam mana hari nie? Okeh?” Ashraff memulakan perbualan. Senyuman manis sentiasa terukir di bibirnya.

 

“Alhamdulillah… macam nie lah…” balas Usu sambil memandang ke arah tangan dan kakinya yang berbalut.

 

“Sabarlah… insyaAllah… tak lama lagi awak akan sembuh..” Ashraff menala pandangannya ke arah bekas makanan di tepi.

 

“Belum makan lagi ke?” Ashraff  bertanya melihatkan bekas makanan Usu masih belum terusik.

 

 

Posted at 01:00 am by hafeiz suhaimi

wanie
February 14, 2008   05:27 PM PST
 
kenapa tak bukukan. kalau bukukan mesti saya beli
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: