“PMS? Maksud kau Perimenopausal Syndrome?” Afifah bertanya mendapatkan kepastian dari Ashraff. Doktor muda itu tergelak. Ashraff memandang selamba.
“PMS tu kalau dah 40 plus la wei…” sambung Afifah.
“Mana aku tau… dulu dia lain… tak macam tu…” balas Ashraff. Afifah merenungnya.
“Kau nih macam kenal lama je dengan dia…?” tanya Afifah. Nasi goreng Pattaya disuap sesudu ke dalam mulut.
“Aku kenal dia dah lama… selalu chat…” jawab Ashraff.
“OIC…. so ape jadi?” tanya Afifah lagi.
“Ntahlah… salah aku kot… dia macam marah sebab aku buat joke melampau masa first time datang interview dulu…” Ashraff menarik nafas panjang. Kedinginan sikap Zulfa Aiman merunsingkan dia. Takkanlah marah sampai begitu sekali?
“Kau nih kena belajar ilmu perasaan perempuan lagi la Ashraff…” Afifah tertawa kecil.
“Maksud kau?” Ashraff bingung dengan kata-kata Afifah. Nak mintak nasihat, tapi makin diminta makin tak faham jadinya.
“Orang perempuan nih sensitive… kadang-kadang tu benda kecik pun boleh jadi besar di mata kitorang… lelaki tak bolehlah nak ambik mudah saja…” jelas Afifah.
“Tapi aku dah try mintak maaf banyak kali… even dia buat macam-macam nak sakitkan hati aku balik, aku terima je… dengan harapan dia boleh maafkan aku”
“Amik masa la Ash… insyaAllah… lama-lama tu okehlah..” Afifah menenangkan Ashraff.
“Hopefully…”
------
“Assalamualaikum… busy ke?” suara Safuan di tepi pintu bilik Usu.
“Waalaikumussalam… takde la busy sangat… ade ape-ape yang boleh saya tolong ke Wan?” balas Usu semula.
“Erm.. nak mintak tandatangan dalam borang nie…” Ashraff menghulurkan sekeping kertas kepada Usu.
“Mintak cuti? Kenapa?” Usu bertanya sambil meneliti isi kandungan borang di tangannya. Safuan mengangguk.
“Saya nak balik Kedah kejap… nak lawat mak… dah dekat 6 bulan tak tengok mak di kampung..” jawab Safuan. Baiknya mamat nih… aku dah berapa lama tak balik rumah… tanya khabar mama ngan ayah pun dalam telefon je…
“3 hari cukup ke?” tanya Usu. Safuan memohon cuti 3 hari sahaja untuk pulang ke Kedah. Biar betul.
“Cukuplah tu… lagi pun banyak lagi keje yang kena siapkan kat sini…” balas Safuan.
“Pegi rumah Tok ngan Tokwan tak?” tanya Usu tersenyum. Safuan mengangguk.
“InsyaAllah… nak kirim ape-ape ke?” Safuan menguntum senyum lagi.
“Takde ape-ape kot… sampaikan salam assalamualaikum saya pada mak Wan ye… Tok ngan Tokwan sekali…” jawab Usu.
“InsyaAllah… nanti saya bawakan pekasam ikan keli untuk Zulfa…” sambung Safuan. Usu teringatkan pekasam ikan keli kegemarannya. Selalu saja dia dapat makan juadah tu setiap kali balik ke Kedah. Tapi semenjak bekerja ini, dia jarang dapat peluang untuk bercuti apa lagi balik kampung. Kali terakhir pun semasa dia cuti semester dulu sahaja.
“Eh buat susah-susah je…” balas Usu. Bawak banyak-banyak pun takpe…
“Takpe…”
“Terima kasih in advance…”
“Bilik Zulfa nih dah jadi macam kedai bunga nampaknya…” tegur Safuan.
“A’ah tu la pasal… dah tiap-tiap minggu dapat bunga.. takde tempat dah nie nak letak… tu pun ade yang saya bagi dekat Lina…” jelas Usu sambil memerhatikan keadaan biliknya yang disimbah rona merah hati mawar-mawar.
“Masalah juga kalau ramai peminat ni ye…” Safuan tersengih sambil membetulkan kaca matanya.
“Mana ade peminatnya Wan… tu la engineer sebelah sana nun punya keje la tu…” balas Usu.
“Ermm…” angguk Safuan.
“Rase nak je bagi balik bunga-bunga nih…” getus Usu.
“Tak baik la… orang dah nak bagi.. ambik je… dah layu buang… nanti dapat lagi…” balas Safuan. Usu tergelak.
“Ade-ade je la Wan nih… harap-harap dia tak bagi lagi dah…” sambung Usu semula.