Thursday, March 08, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 24]

 

To: Zulfa Aiman

Wanita solehah umpama mawar berduri…

Tingkah lakunya dari hati yang murni…

Kata-katanya umpama puisi abadi…

Senyumnya semanis seharum kasturi…

Jaga diri, hiasi peribadi J

 

 

Usu membaca sekeping nota kecil terselit bersama sejambak mawar merah di atas mejanya. Dia membelek-belek kad itu. Mencari nama pengirim. Tapi tiada. Sape pulak buat lawak antarabangsa dengan aku pagi-pagi nih? Jiwang segala.. Usu bermonolog.

 

 

To: Zulfa Aiman

Pandangan seorang wanita adalah pisau

Kata-katanya adalah tombak

Jagalah pandangan, hiasi kata-kata

Moga menjadi hiasan terindah di dunia…

 

 

Sudah berkali-kali mendapat jambangan bunga. Usu bingung. Jambangan bunga tanpa nama pengirim. Biliknya sudah menjadi seperti kedai bunga. Segenap ceruk berhias mawar merah, lili dan bermacam-macam bentuk kad berisi kata-kata pujangga. Dia sendiri masih tercari-cari mungkin ada klu pada bait-bait puisi yang selalu diterimanya. Tapi, tak ada. Mungkinkah Laksamana Ashraff? Tak mungkin kot. Mamat sewel tu bahasa Melayu pun tak berapa betul… inikan nak menulis pujangga gurindam bagai…

 

 

Usu mengetuk-ngetuk hujung pen di atas meja. Matanya melirik setiap kuntum bunga yang ada di dalam biliknya. Hendak dibuang saja bunga-bunga tu, rasa sayang pula. Lebih baik dijadikan hiasan biliknya. Tapi sampai bila nak terima jambangan misteri seperti itu? Jangan-jangan Datuk Bendahara tak?? Isy… bior betoi… takkan Wan yang hantarkan bunga-bunga nih semua? Nampak gaya tak macam mat romeo pun… Pakcik jaga kat depan tu kot? Usu tersengih teringatkan pada Pakcik Usin. Jaga di pejabatnya itu. Selalu saja mengusik Usu sejak kali pertama dia bekerja di pejabat itu.

 

 

“Kalau cik Usu nih solo lagi… Pak Usin pun solo jugak.. Cuma terlajak sikit je…” Sengih Pakcik Usin. Giginya yang sudah berlopak sana sini itu kelihatan makin jelas.

 

“Mengarutlah Pakcik nih…” balas Usu serius.

 

“Siti pun kahwin dengan Datuk… cik Usu kahwin dengan Tokwan la…” balas Pakcik Usin lagi. Entah mengapa ketawa berderai. Mungkin terusik jugak hati dengan kata-kata jenaka Pakcik Usin.

 

 

“Ehem… jauh menung nampak?” Usu menoleh ke arah pintu. Dijegilkan matanya yang bundar itu. Takde keje lain la mamat nie..

 

“Sampai ke mana la gamaknya tu… ntah-ntah dah sampai Kedah kot…” sambung Ashraff sambil mengacau air Milo di dalam mug. Asap nipis berterbangan naik dari bibir mug merah itu.

 

“Awak ni takde keje ke? Pegi buat keje sendirilah…” balas Usu buat-buat sibuk dengan kertas-kertas di atas mejanya.

 

 

Semakin hari semakin dia tidak selesa dengan kehadiran Ashraff. Bukan membenci. Lain rasanya bila menatap wajah lelaki itu. Sesekali rasa muak, sesekali rasa suka. Hati berbunga bila bersua, tapi menguncup bila diusik. Tapi, lelaki itulah yang menjadi teman berbualnya semenjak di university dulu lagi. Walau pun pada mulanya dia tidak langsung kenal siapa k_@sh yang selalu berbual dengannya di YM! itu, tapi dia rasa serasi berbual apa sahaja topik. Dari kisah zaman kanak-kanak hinggalah masalah pelajaran melarat kepada hal-hal peribadi.

 

 

***

Usu menguis-nguis kentang goreng di hadapannya. Matanya tertunduk memandang aiskrim sundae berperisa coklat. Aina Natalia di sebelah memandangnya pelik. Ashraff menyedut air oren di dalam gelas kertas. Keadaan senyap sepi seketika. Usu kematian ayat. Ashraff kehilangan idea. Aina Natalia; adik bongsu Ashraff tidak mengerti bahasa dua insan di dalam pandangannya.

 

 

“Zulfa… saya nak berterus terang…” Ashraff memulakan bicara. Alia merenung wajah Angahnya.

 

“Hmmm…” Usu menjawab.

 

“Saya nak berkawan dengan awak… saya betul-betul nak berkawan dengan awak…” Satu per satu keluar dari mulut Ashraff. Dia mengunyah kentang goreng perlahan-lahan.

 

 

Usu pula menelan air liur. Serasa perit semacam. Tidak pernah di dalam sejarah hidup Zulfa Aiman Binti Hj Ahmad keluar bertemu dengan lelaki melainkan ditemani Alongnya atau pun saudaranya yang lain. Dulu semasa hangat bercinta dengan Hafizi, Usu keluar ‘dating’ ditemani Ateh. Kali ini dia tega melanggar prinsip yang kuat dipegang selama ini untuk bertemu dengan Khairul Ashraff Bin Kamarul Bahrin. Nasib baik Aina Natalia Binti Kamarul Bahrin ada di sisinya. Setidak-tidaknya ada juga mahram yang dikenalinya bersama. Tak sangka pula Alia yang rapat dengan teman baiknya Hana itu adik kepada si tukang masak Mee Goreng Vietnam.

 

 

“Saya tak biasa berkawan dengan lelaki… nak pulak saya tak kenal awak… tetiba aje muncul depan saya… nak berkawan…” balas Usu meluahkan rasa.

 

“Tapi… masa di wad dulu…” Ashraff merenung wajah Usu. Segera Usu mengalihkan pandangannya ke arah kaunter McDonald’s yang sedang sesak dengan pelanggan itu.

 

“Saya tak jangka yang awak nak berkawan seserius ni ketika tu…”balas Usu monotonus.

 

“Saya harap awak tak salah faham… saya bukan berniat tak elok… tapi ikhlas…” Ashraff meneruskan lagi perbualan. Alia memandang tak berkedip.

 

“Tapi saya tak kenal awak…. yang saya tahu awak just seorang lelaki yang pernah bekerja di cafeteria fakulti, pandai masak mee goreng Vietnam, dan kemudian menyambuung pelajaran… and one more pernah masuk wad sebab hypoglycemic attack… tu je..” jawab Usu. Dia juga sebenarnya bingung dengan gerak hati sendiri. Kenapa mesti dia turutkan kata-kata Kak Longnya yang menyuruh dia berjumpa Ashraff.

 

“Zulfa… saya nak awak tahu tentang satu perkara… sebenarnya Ashraff yang selalu berbual dengan awak tu adalah saya… Khairul Ashraff is equal to k_@sh and k_@sh is Khairul Ashraff in reality…” kata Ashraff berterus terang.

 

 

Usu terpinga. Masakan lelaki di hadapannya itu adalah k_@sh. Tapi mungkin juga benar. k_@sh pernah sambung belajar di Australia. Khairul Ashraff juga menyambung belajar. k_@ash dikenalinya sebelum Khairul Ashraff ‘hilang’ dari cafeteria fakulti. Bila k_@sh memberitahunya nak sambung belajar di Australia, Khairul Ashraff tiada di cafeteria lagi.

 

 

“Whatever pun… saya tak biasa dengan persahabatan macam nih…” tegas Usu.

 

“Saya nak bersahabat dengan awak di alam maya dan juga reality Zulfa…” Ashraff meneruskan katanya lagi. Usu sudah mati ayat nak melawan. Khairul Ashraff yang ada di hadapannya itu adalah teman maya yang sudah berkongsi pahit manis suka dukanya. Dan Usu juga sudah tahu kelat masamnya kehidupan k_@sh a.k.a Khairul Ashraff yang sudah lama dikenali tapi baru bertaaruf itu.

 

***

 

“Panjangnya melamun…” suara Ashraff mengejutkan sekali lagi. Usu diam mengetap bibir. Mamat nih memang nak kena bom lagi nih… Ashraff tersengih. Sumbing di mata Usu.

 

“Saya tau bunga-bunga nih semua awak yang hantar kan? Awak ingat dengan hantar semua nih boleh buat saya lupakan apa yang awak buat time interview tu ke? Ini Zulfa Aiman la… tak semudah tu nak lupakan apa yang awak buat tu..” Lancar sekali kata-kata yang keluar dari mulutnya. Usu sendiri hilang punca, dari mana kekuatan yang diperolehinya untuk berhujah sedemikian. Yang pasti, kata-katanya itu menjatuhkan rahang bawah Ashraff dan membuatkan jurutera muda kelulusan Bumi Kanggaru itu terpana seketika.

 

 

Ashraff berlalu meninggalkan Usu yang masih panas hatinya itu. Dia juga bingung. Salah ke apa yang aku dah buat?? Aku rasa takde la salah di sisi mana-mana undang-undang pun… Ashraff bermonolog sendirian. Datang bulan kot… mengalahkan orang PMS je…

 

 

Posted at 03:40 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: