Thursday, March 08, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 23]

 

 

Usu melangkah masuk ke dalam bilik pantri. Lina sedang membuat secawan Milo. Berasap-asap kecil mug di atas meja sambil isinya dikacau olehnya. Usu senyum. Terdetik di hatinya. Ada chance nak start World War nih… Usu merapati Lina.

 

 

“Assalamualaikum Lina…” senyum segaris diukir. Usu melabuhkan dirinya ke atas kerusi di sebelah Lina.

 

“Waalaikumussalam… Kak Zul… nak buat air jugak ke?” lembut suara Nur Halina melayan Usu. Dia membalas senyuman Usu semula.

 

“A’ah… dahaga jugak duduk dalam air-cond nih kan?” Usu tersenyum lagi. Otaknya ligat memikirkan idea ‘bernas’. “Eh… Lina suka minum Milo ke? Sama la macam akak…” Usu menyambung ayatnya.

 

“Lina tak minum Milo akak… Lina suka Teh ke.. Nescafe ke camtu…” balasnya. Usu terfikir sejenak. Kalau bukan untuk dia, untuk sape? Si mamat cermin mata tu kot… Usu tersenyum lagi.

 

“Abis tu Milo tu untuk sape?” tanya Usu.

 

“Ohh… ni untuk encik Ashraff… kegemaran dia nih… hari-hari mintak saya sediakan Milo…” balas Lina semula. Tiba-tiba wajah Lina sedikit berkerut. Dia seperti menahan sesuatu.

 

“Eh.. kenapa nih Lina? Lina sakit ke nih?” Usu kaget. Lina menekan-nekan perutnya.

 

“Akak tolong masukkan gula sikit ye dalam Milo nih…. Lina sakit perut la akak… kejap lagi Lina datang balik…” jawab Lina segera bergegas menuju ke arah tandas di sebelah belakang bilik pantri itu.

 

Huh… tenkiu la Lina oi… inilah masanya untuk aku mulakan serangan pertama… Ashraff… ini bukan sebarang Usu.. nih Usu keturunan Tun Teja tau…

 

Seketika kemudian…

 

“Dah okeh ke Lina?” Usu menghirup air Milo yang dibancuh untuk dirinya. Lina berjalan menuju ke arah Usu.

 

“Ntah la akak… macam ade skit lagi je nih… belum stabil lagi nih…” balas Lina tergelak kecil. Usu turut sama tergelak. Lina memandang ke arah mug Milo untuk Ashraff.

 

“Takpe Lina… air tu biar akak hantarkan kejap lagi… Lina take a rest dulu okeh… akak tolong…” balas Usu semula.

 

“Eh tak menyusahkan ke ni akak? Takpe la… biar Lina je hantarkan…” katanya.

 

“Takde hal la Lina… akak boleh handle la…” kata Usu berkeras nak hantarkan Milo itu kepada Ashraff.

 

“Thanks ye kak…” Lina tersenyum memandang Usu.

 

“No problem…” Usu bangun untuk pergi menghantarkan Milo tersebut.

 

 

Usu melangkah berhati-hati menatang mug berisi air Milo itu untuk Ashraff. Dia tersengih sendirian. Rasakan bom atom pertama buatan Tun Usu cicit Tun Teja wahai Laksamana Ashraff… Dia mengetuk pintu bilik Ashraff.

 

“Masuk…” suara Ashraff menjawab dari dalam. Usu memulas tombol pintu seraya dikuaknya. Ashraff ada tetamu. Usu memandang ke arah tetamu itu. Alamak… dia keje sini jugak ke? Adoi… Datuk Bendahara Hang Safuan ade kat sini le pulak… Usu memberikan sekuntum senyum pada Safuan yang duduk berdepan dengan Ashraff.

 

“Ehem…” Ashraff berdehem memandang Usu. “Air tu… tumpah pulak nanti…” sambungnya.

 

Kau nih memang nak cari nahas le Laksamana Ashraff…

 

“Err.. nih air Milo nye… Lina tak sihat… saya tolong buatkan…” Usu senyum tawar. Safuan memandang sahaja gelagat mereka berdua.

 

“Terima kasih…. er.. Wan… kau minum Milo kan? Kau amik air nih…” Ashraff menolak mug di hadapannya mendekati Safuan.

 

Ya Allah… astaga… apesal plan aku gagal nih… serangan pertama aku tersasar… adus… mampos aku… hadoi la…

 

“Erm.. kenalkan… nie Safuan… arkitek baru di sini… hah Safuan.. nie Zulfa Aiman… Ketua Pegawai Pemasaran kat sini…” Ashraff memperkenalkan.

 

“Usu keje sini jugak?” Safuan tersenyum. Adoi… air liur aku dah jadik pasir gurun Sahara dah nih… kantoi la aku kejap lagi.. Nak buat apa nih… Tolloooongg..

 

“Ah… ermm aeh yer.. yer.. saya keje sini jugak…” balas Usu tergagap.

 

“Eh, korang dah kenal ke?” Ashraff kehairanan.

 

“Kitorang sekampung…” balas Safuan. Ashraff ternganga. Safuan sengih. Mug diangkat menuju ke mulut.

 

Oh Bendahara Hang Safuan… maafkanlah diri Tun Usu… bukan Bendahara yang jadik sasaran utama… tapi Laksamana sewel kat depan nih… Ya Allah… selamatkanlah hambaMu ini… Usu bediri tegak tak bergerak. Matanya tertancap pada gerak geri Safuan yang mula menghirup Milo berperisa garam itu.

 

Gulp! Usu menelan air liurnya melihat perubahan riak wajah Safuan. Perit rasanya minum Milo berperisa masin nih. Berkerut wajah Safuan menelan. Ashraff terperasan dengan perubahan Safuan. Dia diamkan saja. Nak kenakan aku ye Puteri Aiman? Hehehe… Ini Putera Ashraff le… bukan senang nak kenakan aku… I win.. 1-0.. Getus hati Ashraff. Dia tersenyum sinis memandang Usu. Usu masih terpacak macam tiang lampu lagi.

 

“Sedap airnye Safuan? Apesal semacam jek aku tengok kau nih…?” Ashraff mengagah sambil menjeling ke arah Usu. Kureng hassam… dia kenakan aku balik…

 

“Erm… aku okeh.. huk huk…” Safuan terbatuk sedikit. “Sedap jugak air Milo cik Zulfa Aiman kita nih…” balas Safuan sambil tersenyum manis memandang Usu. Aduh… pedihnya ayatmu Bendahara… ampunkanlah diri patik ini… Usu masih tercegat.

 

“Erm… ye ke… kalau macam tu aku pun nak order jugaklah… boleh?” Ashraff mengenyitkan sebelah matanya pada Usu. Terbeliak Usu melihat Ashraff. Dia mengetap bibirnya. Tapi tidak dijawabnya persoalan Ashraff tadi.

 

Posted at 03:20 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: