Thursday, March 08, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 22]

 

 

6 bulan kemudian…

 

 

Zulfa Aiman kelihatan sungguh manis. Kacamata tanpa bingkai, tudung ungu muda dan jubah labuh berbunga ungu. Dia kelihatan matang dalam usianya yang masih muda. Bunga sejambak di dalam dakapan di peluk erat sambil bibir mengukir senyuman manis. Gembira. Bahagia. Bersyukur. Sayu. Rindu. Segala macam jenis perasaan membanjiri pantai hatinya ketika itu. Namun dia yakin, hari-hari mendatang bakal lebih mencabar kewibawaannya dan keteguhan dirinya.

 

 

“Erm… dah grad nih kena fikir pasal keje la pulak…” Nurul Izzah memeluk adik iparnya penuh erat. Usu tersengih sendirian. Matanya meliar melihat teman-temannya yang lain sedang bergembira dengan keluarga masing-masing.

 

“Lepas tu kene tunggu encik Australia tu meminang le pulak, ye tak?” Jenal mengusik. Usu tersenyum tanpa berkata apa-apa. Nak kata suka, biasa saja rasanya, nak kata benci… entahlah.

 

“Along nih merepek je tau…” balas Usu membela diri.

 

“Along cakap betul ape? Takkan sampai tua nak tinggal dengan Along kot?” Jenal mengenyit matanya. “Takkan tak teringin nak ada suami pulak…” Sambung Jenal.

 

“Orang muda lagi la… lain la macam sorang tu, belum abis belajar lagi dah nikah…” Usu mencebik bibirnya.

 

“Epp… ni macam perli Kak Long je la pulak…” Izzah menyampuk. Mereka saling berpandangan. Ketawa berderai di tengah padang konvokesyen.

 

 

Cinta itu cahaya sanubari

Kurniaan Tuhan fitrah insani

Dan di mana terciptanya cinta

Di situ rindu bermula…

 

 

Fitrah insan kurniaan Tuhan yang amat istimewa. Terjalin rasa dua hati yang tidak pernah mengenal antara satu sama lain. Rindu dan cinta bak kuku dan isi. Di mana adanya cinta, di situ rindu berbunga. Di mana rindu memekar, di situ cinta berdahan.

 

 

Cinta itu tidak pernah meminta

Tetapi memberi sepenuh rela

Rasa bahagia biar pun sengsara

Berkorban segala-gala

 

 

Bahagia di dalam sengsara. Cinta itu bahagia dan rindu itu sengsara. Cinta itu nikmat dan rindu itu kelat. Tapi bila cinta dan rindu bersatu, bahagia menjelma. Tidak pernah meminta tetapi memberi. Tidak menerima tetapi menyua. Itulah tandanya cinta sejati. Tidak semestinya cinta yang dihulurkan perlu berbalas. Cukup sekadar keikhlasan memberi cinta.

 

 

Usu melangkah penuh yakin menuju ke arah bilik temuduga. Berbekalkan kelulusannya dan juga doa kepadaNya. Hatinya berdebar-debar. Kali pertama menghadiri temuduga. Inilah yang bakal menentukan masa depannya kelak. Bukan seperti temuduga sebagai Pengawas semasa di sekolah dulu; atau seperti temuduga sebagai calon Ketua HELWI fakultinya dahulu. Apa yang bakal dihadapinya nanti bakal menentukan samada dia akan berkerjaya atau menjadi penganggur.

 

 

Usu mengetuk pintu bilik temuduga. Dia berdiri terpacak di depan pintu. Jantungnya sudah berdegup kencang semenjak masuk ke kawasan pejabat itu lagi. Usu membacakan sedikit doa penenang hati. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan baik… kalau kau ada rezeki Usu… insyaAllah tak ke mana… rileks.. rileks… Getus hatinya.

 

 

Seketika kemudian seorang wanita membuka pintu. Dari riak wajahnya, seperti sebaya sahaja dengan Usu. Erm mungkin tua setahun dua sahaja. Dia tersenyum manis. Hati Usu lega sedikit.

 

 

“Assalamualaikum…” sapanya penuh sopan. Tangan dihulurkan. Senyum terukir di bibir.

 

“Waalaikumussalam…” balas Usu.

 

“Cik…. Zulfa Aiman?” tanya wanita itu lagi.

 

“Ye.. saya Zulfa Aiman…” Usu mengangguk sambil menyedekahkan lagi senyumnya.

 

“Sila masuk dulu ye Cik Zulfa… pegawai temuduga masih meeting lagi… sekejap lagi abis la tu…” pelawanya.

 

“Terima kasih…” balas Usu sambil melangkah ke bilik temuduga.

 

“Cik Zulfa isikan borang ini dulu ye…” Kata wanita itu sambil menghulurkan sekeping kertas.

 

 

Seketika kemudian, kedengaran suara lelaki bercakap-cakap dengan seorang wanita di luar pintu. Usu semakin berdebar. Agaknya penemuduganya sudah sedia. Dia membetulkan duduknya. Tudungnya dibetulkan. Bismillah dan doa dibaca tenang di dalam hatinya. Ya Allah, permudahkanlah segalanya untuk hambaMu ini. Ameen.

 

 

“Assalamualaikum…” Darah menyerbu ke muka Usu. Serentak dengan itu jantungnya meningkatkan degupan. Kalah jantung kuda yang berlari. MasyaAllah. Suara itu pernah didengarnya. Usu berpaling.

 

“Waalaikumussalam…” Mata Usu terlekat pada seiras wajah yang berada di hadapanya. Dia berjalan dengan tenang mengambil tempat di hadapan Usu. Seorang gadis berdiri di sebelahnya memegang sebuah fail. Di dada tudungnya terlekat tag nama Nur Halina. Usu menelan air liur perlahan. Tangannya mula seram sejuk. Air liur dah seperti pasir. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menarik nafas dalam-dalam sambil membaca surah al-Insyirah perlahan-lahan di dalam hati.

 

“Cik Zulfa Aiman… baru lepas grad saja kan?” tanya pemuda berkaca mata di hadapannya itu. Aik.. buat-buat tak tau pulak dia nih… dalam borang tu dah tulis semua le… Gerutu Usu di dalam hatinya.

 

“Ye…” balas Usu sambil menganggukkan kepalanya. Dia tak kenal aku ke buat-buat tak kenal? Getusnya lagi.

 

 

“Err.. encik Ashraff… tapi Datuk pesan….” Lina, Setiausaha Ashraff bersuara. Tapi belum sempat dihabiskan sudah dipotong Ashraff.

 

“Awak duduk je di situ… Ini kerja saya…” balas Ashraff serius. Lina mendiamkan diri di sebelah. Isy.. apehal nih, macam berlakon drama plak diorang nih… ni interview betul2 ke main-main.. takkan aku nak kena tipah tertipu kot? Usu bermonolog sendirian sambil memandang ke arah dua pelakon drama swasta di hadapannya.

 

 

“Erm.. maafkan saya Cik Zulfa… err kita teruskan interview…” Ashraff  merenung ke arah Usu. Gulp. Usu menelan air liur lagi. “Kenapa cik Zulfa berminat nak bekerja di syarikat ni?” sambung Ashraff lagi.

 

Belum sempat Zulfa hendak membuka mulut, pintu bilik temuduga dibuka. Seorang lelaki separuh abad dengan seorang wanita dalam lingkungan 40-an masuk diikuti pula oleh seorang gadis sebaya Lina.

 

 

“Ashraff… ?? Apa awak buat di sini?” suara lelaki itu bertanya. Usu semakin bingung.

 

 

------

 

 

“Hehehe… Angah nih jahat tau… tak baik buat Kak Zulfa tu macam tu…” Acu menghempaskan bantal peluk ke riba Ashraff.

 

“Ala… rileks la… Angah just nak mengusik je la…” balas Ashraff semula. Tersengih.

 

“Kak Zulfa macam mana time tu?” Acu tersengih berminat.

 

“Gabra le jugak… Angah cool je..” balas Ashraf tersenyum.

 

“Mesti dia marah… abis le Angah kalau dia keja kat situ…” Acu menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

“Ntah… tak marah kot… dia kan suka Angah…” balas Ashraff tersengih lagi.

 

“Eiii… menyampah btol.. perasan le Angah nih…” Acu bangun melangkah keluar dari bilik Ashraff sambil menjelirkan lidahnya.

 

 

------

 

 

Eiii Ya Allah… panasnya hatiku… kureng assam punye Ashraff… dia main-mainkan aku rupenye. Aku dah sejuk membeku menggeletar kat situ, sesia je. Sia-sia je aku kuatkan degup jantung aku. Padan le si Lina tu pelik semacam je tengok mamat tu. Eii…

 

 

Usu menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Kepalanya dipicit-picit. Hati masih panas. Rasa mahu saja dilanyak si Ashraff tu. Geram betul.

 

 

k_@sh: assalamualaikum…

 

puteri_aiman: waalaikumussalam…

 

k_@sh: awak marah sy ke?

 

puteri_aiman: taklah.. suke sangat..

 

puteri_aiman: buat la selalu…

 

k_@sh: okeh… nanti sy buat lg… J

 

 

Ya Allah… apesal la dengan mamat sekor nih… bengong tahap cipan betol..

 

puteri_aiman: awak dah xde keje lain ke?

 

k_@sh: hmmm?? tak fhm

 

puteri_aiman: dah xde keje ke dari mengaco sy?

 

k_@sh: er.. takde la…

 

k_@sh: hehe

 

k_@sh: sy nak mintak maaf…

 

k_@sh: I was just joking this morning..

 

puteri_aiman: interview perkara serius le

 

puteri_aiman: perkara masa depan sy…

 

puteri_aiman: senang cmtu je buat lawak murahan???

 

k_@sh: sy faham..

 

puteri_aiman: ape yg awak faham??

 

puteri_aiman: awak tak faham ape2 pun

 

k_@sh: I’m very sorry…

 

puteri_aiman: senangnye

 

puteri_aiman: sesikit minta maaf…

 

k_@sh: awak nak sy buat ape

 

k_@sh: sy betul2 mintak maaf nih

 

...

Posted at 03:10 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: