Friday, January 06, 2006
KT5 Vol 1 [Part 6]

 

      "Tak ada maknanya cik Ani oi... saya nak pergi study.. bukan dating.." balasku selamba meninggalkan Rohani yang masih tersengih-sengih.

      Macam mana la boleh aku terlibat dalam arena gosip liar ini. Aku rasa dah low profile gila dah aku ini. Tak ada kerja lain dah ke diorang ni? Aku melangkah menuju ke perpustakaan yang terletak kira-kira sepemanggil dari tempat aku dan Rohani bertemu tadi. Beg sandang di bahu aku betulkan. Aku mencari-cari kad matrik ku. Isy.. mana pulak kad ini? Rasanya baru tadi aku masukkan dalam kocek seluar aku. Takkan jatuh pulak? Eeii memang hampeh betullah kad ini. Waktu penting macam ini lah nak hilang pun.

      "Assalamualaikum... cari apa tu Zainal?" sapa satu suara yang aku kira dah sangat familiar semenjak dua menjak ini.

      Especially selepas kem hari tu. Kira-kira sampai timbul cerita ceriti tahi itik dua kati la dekat fakulti aku ni tentang dia dan aku. Walau pun pada hakikatnya tak ada apa-apa pun yang terjadi antara kami.


      "Waalaikumussalam... kad matrik... nak masuk library ni... hilang pulak time-time macam ni..." balasku selamba tanpa memandang wajahnya. 

      Aku dah tak ambil pusing tentang dia yang tercongok melihat gelagat aku. Paling penting sekarang ini aku mesti masuk library jugak ni. Tak nak aku lewat pulangkan buku library ni. Denda selama ini pun masih aku hutang lagi. Hehe. Takkan nak buat koleksi hutang pulak lagi. Alamat kaya raya la library ni.

      "Awak nak buat apa ke library? Pinjam buku ke?" tanyanya lagi. Ai.. nasib baik aku segan dengan kau cik Izah. Kalau tak, mahu jugak aku loyar buruk dengan kau ni. Macam tak faham pulak orang buat apa kat library.

      "Nak pulangkan buku... esok due date... hissyyy..." aku menghempas beg sandangku ke lantai. Erk... tindakan ni aku namakan refleks bersyarat. Hehe. Dalam keadaan tertekan macam ini impuls refleks bersyarat aku tersangatlah aktif. Anytime aje boleh muncul tak kira bila and di mana. As well as depan siapa pun.....

      "Nah..." Izah menghulurkan sesuatu kepadaku. Mataku tertumpu pada sesuatu di tangannya yang ditawarkan padaku.

      ????
      Aku buat muka pelik.

      "Guna kejap saja.. lepas pulangkan buku-buku tu.. pulangkan balik.." balasnya. Mana pulak dia dapat idea gaban ini...

      "Awak ni biar betul... saya lelaki la... takkan lelaki pakai tudung pulak... kantoi karang buat malu saja... lagi pun tak pernah dibuat orang..." balasku.

      Ada ke patut nak suruh aku pakai kad matrik dia masuk library. Gila apa Izah ni. Kot ye pun nak tolong tu, patut-patut lah sikit. Ini kira dah over budi bahasa ni. Walaupun aku memang selalu guna kad matrik Najib untuk masuk library ni, tapi tak pernah lagi la dalam sejarah Malaya eh salah.. sejarah aku... guna kad matrik perempuan masuk library.

      "Ini bukan kad matrik saya... ini kad Najib.. dia tertinggal kat atas meja library tadi.. kebetulan saya lalu dekat meja yang dia duduk.. ternampak kad dia ni... saya ambik la, takut hilang pulak..." balas Izah panjang lebar.

      "Oh ye ke... time kasih ye... nanti saya pulangkan dekat Najib... jumpa lagi ye.. assalamualaikum..." aku cepat-cepat blah dari situ. Kantoi la pulak tengah-tengah hari macam ini. Ingatkan dia nak pinjamkan kad dia... rupanya kad Najib dah... Huhu.

            ------
            6 bulan kemudian.


      Aku bergegas menuju ke lif fakulti. Kata Izham, Prof. Hisham nak jumpa aku. Apa ke hal pulak dia nak jumpa aku ni. Selalunya student yang ada problem dalam study saja yang dipanggil. Takkan pasal result exam aku kot? Risau juga aku. Memang exam hari tu aku rasa tak yakin masa jawab. Ya Allah... kuatkan semangat hambaMu ini. 

      Aku berdiri sendirian di hadapan lobi lif. Menanti lif dari tingkat 8 turun ke tingkat 1 ni. 8... 7... 6... 5... 4... Hmm may be ada orang di tingkat 4 naik lif jugak ni. 3... 2... 1... Akhirnya lif tu sampai jugak ke tingkat 1. Pintu lif terbuka luas. Tercongok kat dalam lif tu junior-junior tahun 1. Aku senyum saja kat diorang. Dah diorang senyum kat aku, balas balik lah. Karang orang kata senior sombong pulak. Tapi senyuman aku ni tak dapat nak sembunyikan persoalan dalam kepala otak aku ni. Kenapa Prof Hisham panggil akui? Tolooonnggggg... 

      Sampai di tingkat 6. Aku melangkah keluar dari lif. Sunyi saja pejabat Prof Hisham ni. Aku menuju ke bilik Prof Hisham lantas aku ketuk pintu sambil bagi salam.

      "Assalamualaikum Prof..." pintu bilik Prof Hisham aku tolak. Kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 50an dengan cermin mata bingkai tebal ala-ala zaman Jepun tu sedang menulis sesuatu di dalam kertas di hadapannya. Prof. Hisham.. Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar fakulti aku.

      "Waalaikumussalam... Zainal Arif.." lantas beliau melemparkan sekuntum senyum padaku. Tapi still, aku boleh baca seolah-olah ada something bad yang dia nak bagi tahu aku. Ini yang buat aku suspen ni.

      "Prof nak jumpa saya?" tanyaku ringkas sambil melabuhkan punggung di atas kerusi empuk biru di hadapan meja Prof Hisham. Kesejukan air-cond membuatkan aku tambah berdebar-debar. Dub dab dub dab. Adrenaline rises. Jantung berdegup kencang, badan berpeluh, menggigil, rasa pening-pening.

      "Kenapa ni Zainal? Awak nervous sangat ni? Sampai berpeluh-peluh dalam air-cond ni.." Prof Hisham memulakan bicara. Alah Prof... straight to the check point aje la.. dah tak boleh kontrol dah ni..

      "Erk.. takdelah Prof... saya okeh je ni.. pasal result exam ke Prof?" Aku meneka. Dah lambat sangat orang tua ni nak bagi tahu. Biar aku jadi nujum pak belalang lah senang sikit.

      "Hmmm... bukan.." Fuh... dengan tiba-tiba saja jantung aku kembali normal, rasa berdebar-debar terus hilang, rasa pening-pening terus jadi excited. Kehkehkeh.

      "Bukan pasal exam?" tanyaku mencari kepastian.

      Alhamdulillah...

      "Zainal, fakulti kita akan mewakili universiti ni ke Pertandingan Syarahan Perdana Peringkat IPT seluruh negara yang akan diadakan di Universiti Utara Malaysia bulan November nanti... kami dah pilih awak sebagai salah seorang wakil kita..." Keberterus-terangan Prof Hisham tu membuatkan adrenaline aku melonjak semula. Ingatkan dah boleh rileks. Berita ni pulak yang aku dapat. Syarahan?! Gila ke aku nak masuk syarahan? Bahasa Melayu pun tak betul lagi, nak masuk syarahan? Hehe.. nampaknya kalah teruk la universiti aku.

      "Errr tapi saya tak tau Prof..." Apa punya respon ni... tak tau pulak. Erm.. sebenarnya saya nak cakap saya tak nak. Tapi entah bagaimana terkeluar ayat lain pulak.

      "Saya tahu awak boleh Zainal..." balas Prof Hisham selamba. Eh Prof aku ni. Orang tak nak tu tak nak la. Toksah nak pujuk-pujuk la. Dah tahu aku jenis gabra dengan public speaking; nak cari nahas ke? Nanti sejarah johan tiga tahun berturut-turut tu hancur berkecai di tangan Zainal Arif kang... siapa nak tanggung? Mereka dan keluarga mereka juga la.. Termasuk aku la tu..

      "Tapi saya tak nak Prof... saya tak rasa saya boleh buat semua tu.." balasku terus terang. Bukan main-main punya keputusan ni. Maruah universiti ni ada dalam tangan aku. Ecewah... Eh betul la ni. Kalau kalah macam mana? Kalau aku tergagap-gagap time syarahan tu macam mana? Kalau aku hilang idea macam mana? Bukan calang-calang universiti yang aku kena lawan. UM, UKM, UPSI, USM antara jaguh-jaguhnya. Lagi berat bebannya adalah harapan satu U ini pada aku. Ye la... mesti diorang harap aku dapat johan untuk tahun ke-4 berturut-turut pulak.. Eiii seram.. tak nak lah aku.

      "Awak balik fikir dulu... kita ada banyak masa lagi... ambik surat tawaran dari TNC ni... balik fikir masak-masak... peluang yang datang hanya sekali saja.." Prof Hisham mematikan ayatku. Ini aku lemah ni. Fikir sampai hangit pun tak nak punya.

      "Saya balik dulu Prof... assalamualaikum.."

      Aku melangkah keluar dari bilik Prof Hisham. Perasaan berbelah bagi, terkejut, berdebar, takut dan lain-lainnya bercampur aduk jadi rojak dah dalam diri aku. Sekali fikir macam best jugak pergi sana. Dua tiga empat kali fikir seram la pulak aku. Memang betul dulu masa sekolah menengah aku pernah masuk debat semua ini, tapi itu dulu. Dulu Kiran.... ehehe. Sekarang ini aku dah lama tak berlatih public speaking ni. Kalau ada pun time present case aje kat hospital. 

            ------

      "Aku bukan tak nak, tapi tak yakin la... benda besar kau tau ni..."

      "Ala Nal... cuba dulu.. kau dulu pun bukan tak pernah join benda macam tu..." Suhaimi meyakinkan aku.

      Nasi lemak cafe yang sedap gila tu disuapkan ke mulut. Aku mengacau teh ais di dalam gelas kaca sambil berfikir-fikir. Nak pergi ke tak nak pergi. pergi... tak pergi... pergi... tak pergi... pergi... tak pergi... Hmmmm... entah.

      "Dulu... masa sekolah menengah.. Sekarang ni dah berapa kurun dah... kalau kalah malu saja tau tak?" aku membalas.

      "Kalau kalah saja kau fikir? Kalau menang? Ha? Kalau menang macam mana? Cuba saja la. Bukan kau pergi kosong gitu aje, kau akan dilatih dulu kan?" Suhaimi ni dah jadi macam pakar motivasi la pulak.

      "Memang la. Tapi...." belum sempat aku nak habiskan ayat....

      "Kau balik, solat hajat, solat istikharah... minta pada Allah swt... lebih elok..." Suhaimi memotong cakapku.

      "A'ah kan... betul jugak tu.." Tak teringat pulak dengan solat Istikharah. Tu la pasal. Orang zaman sekarang ni kalau bab nak kahwin aje pandai buat istikharah. Sedangkan istikharah bukannya disyariatkan untuk nak kahwin aje, semua keputusan dalam hidup elok diistikharahkan dulu. Hmmm... ala biasa la tu.. orang zaman moden konon.. nak kahwin banyak ikut sunnah... solat jemaah tak nak ikut sunnah pulak.. Ehe dah melalok pulak aku.

      "Dah bagitau Prof Hisham ke?" Suhaimi mematikan lamunan aku.

      "Bagitau apa? Aku belum buat keputusan lagi.." balasku.

      "Bagitau yang kau nak fikirkan dulu tentang ni.." sambung Suhaimi.

      "Ah Prof Hisham yang beriya-iya suruh aku fikirkan dulu... peluang datang sekali sajalah apa lah... pandai saja Prof tu nak pujuk aku pegi.." Wah... luahan rasa la pulak. Ehehe.

      "Ye la... kau ada experience... sebab tu fakulti pilih kau.. kalau pilih aku dah gerenti kalah sebelum sampai Sintok nun..." Pandai pulak Suhaimi ni buat lawak antara benua. Walau pun taklah selawak mana pun. Demi kawan. Aku gelakkan lah jugak. Hehe.

 

Posted at 03:33 pm by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: