Jam di dinding berdetik tak pernah berhenti. Masa yang telah lalu, datang dan pergi seperti aliran air sungai. Datang tidak pernah kembali lagi. Sudah hampir sebulan dia tidak dapat melelapkan matanya. Walau pun hari-harinya dipenuhi dengan mesyuarat, melawat tapak projek, bertemu pelanggan dan bermacam-macam lagi tugasan, di sebelah malamnya dia masih tak mampu melelapkan mata. Kalau pun terlena, mungkin dalam beberapa minit sahaja. Seperti pada malam ini. Kemudian dia akan terjaga. Setiap malam hanya beberapa jam sahaja dia tidur.
T-shirt Adidas putih yang dipakainya dilurut-lurut. Malam sunyi sepi. Hanya bunyi alat pendingin hawa sahaja yang kedengaran. Selain itu, bunyi dentingan jarum jam. Ashraff membetulkan baringnya. Dari melentang kemudian mengiring ke kanan dan akhirnya ke kiri. Kemudian melentang semula. Ashraff meraba-raba di dalam kesamaran cahaya lampu tidur mencari MP3 Player. Earphone dilekatkan ke telinga. Seketika kemudian Unintended berlagu di telinga. Ashraff menyanyi perlahan sambil memicit hidungnya, kemudian melurut kelopak mata.
Triiitt (macam biasa.. ini bunyi handphone)
Aku tau ko xtido lg time nih…
dah buat yg aku cdgkn tu?
Ashraff termenung sendirian. Mesej dari Azlan direnung dalam-dalam. Teringat dia pada cadangan Azlan tempoh hari semasa makan tengahari di warung Mak Esah. ‘Ko cuba solat istikharah… minta petunjuk dari Allah… kan ke ada jalan selesainya…’. Solat istikharah.
Aku belum buat lg…
Nantilah…
Kau buat apa tengah malam mcm ni xtido lg?
Ashraff membalas mesej Azlan. Dia bangun dari baring. Melangkah terus ke arah bilik mandi. Berus gigi di atas meja dicapainya. Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi handphonenya. Ashraff terus menggosok gigi dan mencuci muka. Dia kemudian mengambil wudhu. Keluar sahaja dari bilik mandi, handphone di atas katil diambil lantas kotak mesejnya dibuka.
Aku tgh chat dgn Ilham…
Diorg kan tgh siang time nie…
Bawak2 le tido wei..
Ashraff tersengih melihat mesej tersebut. Bertuah Azlan. Ilham adalah teman baik mereka semenjak di bangku sekolah lagi. Cantik orangnya, secantik budi pekertinya. Kalau semasa sekolah dulu, Ilham selalu digosipkan dengan Ashraff; bukannya Azlan. Pernah satu ketika mereka dipasangkan bersama sebagai pengantin dalam malam budaya sempena program pertukaran pelajar Malaysia-Korea. Merah padam muka mereka berdua ketika berada di atas pelamin.
Ilham melanjutkan pengajiannya dalam bidang Psikologi di United Kingdom. Sudah di tahun akhir. Semasa cuti semester tahun lepas, Ilham dan Azlan ditunangkan. Terkejut juga Ashraff mendengar berita itu. Mana tidaknya, dalam diam-diam rupanya kedua-dua temannya itu menjalin hubungan yang lebih dari seorang kawan.
Ashraff membentangkan sejadahnya. Surah an-Nas dibaca perlahan-lahan. Hatinya diselubung rasa syahdu dan tenteram. Takbir dilafazkan bagi memulakan ‘perbualannya’ dengan Allah Yang Maha Agung. Titisan airmata mengalir di pipi ketika di dalam sujud yang akhir. Banyak sekali dosa yang telah dia lakukan selama ini. Rasa seperti terlalu berat bebanan yang ditanggungnya.
Usai solat tahajud, dia meneruskan pula dengan solat sunat taubat dan hajat. Akhirnya dia melakukan solat sunat Istikharah. Dia inginkan kepastian. Apakah pilihannya bertepatan dengan pilihan Allah swt. Inilah kali pertama di dalam hidupnya, dia melakukan istikharah. Untuk membuat keputusan yang bakal merubah hidupnya nanti di masa depan.
------
Pintu bilik diketuk perlahan. Kelihatan dari cermin sebatang tubuh lelaki berdiri di hadapan pintu. Ditangannya beberapa gulung kertas. Ashraff mengangguk tanda membenarkan lelaki tersebut masuk ke dalam.
“Assalamualaikum Ash…” Azlan menyapa teman sepejabatnya.
“Waalaikumussalam… ada problem ke nie? Sampai kau bawak sebakul pelan-pelan nih…” Ashraff menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
“Ye la… aku nii arkitek je… kalau aku tak tunjuk kang melampau-lampau pulak ko fire aku dalam discussion..” Azlan meletakkan gulungan pelan yang selesai dilukisnya di hadapan Ashraff.
“Ala.. kita kan professional… takkan kau amik hati kot.. hehe..” Ashraff buat muka seposen.
“Dah takde hati dah aku…” balas Azlan selamba. Sementara itu, Ashraff meneliti pelan-pelan yang dibawakan temannya itu.
“So far aku rasa takde masalah nii… tak tau lah pulak kalau Datuk tak puas hati…” Ashraff bersuara sambil menggulung semula helaian-helaian pelan.
“Eh.. kalau Datuk tak puas hati… kau pujuklah orang tua tu amik assistant untuk aku… naik kejung mata aku hari-hari menatap pelan-pelan nii… Abis projek nii, aku kena buat untuk Plaza Saujana pulak kau tau… menimbun keje tak abis-abis…” Azlan mengomel.
“Dah tu sapa suruh kau amik jurusan arkitek dulu… ngadap lah pelan.. takkan nak buat pembedahan pulak…” Ashraff selamba membalas keluhan temannya.
“Ewah… ewah… sedap mulut aje kau nii… Kalau kau kat tempat aku baru kau tau…” Getus Azlan semula.
“Ala… sabarlah sikit Lan… Datuk dah inform aku pasal arkitek baru la… ada tiga orang…” balas Ashraff mengukir senyuman.
“Ye ke?.. Alhamdulillah… ringan la sikit kerja aku… hehe… budak oversea ke?” tanya Azlan semula.
“Dua orang dari UTM, sorang lagi tu oversea.. Newcastle Upon Tyne… kampus Ajai tu…” balas Ashraff. Azlan mengangguk.
“Aha.. Ajai ape cerita ek? Lama gile dah tak jumpa..” Azlan bersemangat mendengar nama teman lama mereka Ajai.
“Aku dengar dah pindah J.B. dua bulan lepas… wife dia keje kat sana… tu yang dia pindah ke sana tu…” Ashraff mengetik tetikus di atas meja. Senyum terukir dibibirnya.
“Woi… senyum sorang-sorang…” Azlan mengejutkan Ashraff.
“Eh kau dah takde ape-ape lagi kan..? Ape lagi.. blah la.. aku ade hal nih…” Ashraff beriya menyuruh Azlan kembali ke biliknya. Gulungan pelan di atas meja dikumpul dan diserahkan kepada Azlan.
“Ooo nii la kawan… kalau puteri hang tu hantar ape-ape… aku nii kau buang ke tepi.. huh..” rungut Azlan.
“Eiii cepatlah balik bilik kau.. Pelan Saujana tak siap lagi kan? Pegi buat skang nih…” Arah Ashraff. Azlan berlalu meninggalkan Ashraff.
From: puteri_aiman@yahoo.com.my
To: k^@sh@yahoo.com.my
Subject: Salam Ramadhan al-Mubarak…
Assalamualaikum…
Sibuk ke tu? Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.. Semoga Allah memberkati Ramadhan awak tahun nii..
Regards,
puteri_aiman…
Ashraff tersenyum sendirian memandang ke arah email yang diterimanya itu. Tiba-tiba sahaja Zulfa menghantar ucapan kepadanya. Ashraff menaip semula jawapan kepada email tersebut.
From: k^@sh@yahoo.com.my
To: puteri_aiman@yahoo.com.my
Subject: Re: Salam Ramadhan al-Mubarak…
Waalaikumussalam warahmatullah…
Sy tak sibuk mana pun… erm.. salam Ramadhan juga dari saya… semoga Allah berkati kita… J Dah habis cuti ke nih? Best balik kampung? Jumpa sapelah kat sana tu ye.. hehe..
ash…
Ashraff menekan butang Send. Dia termenung sambil melihat email itu dihantar. Tiba-tiba…
puteri_aiman: assalamualaikum…
puteri_aiman: ape kabar?
k^@sh: waalaikumussalam..
k^@sh: eh awak..? kat mana nih?
puteri_aiman: kat rumah la..
puteri_aiman: nape? tekejut tgk hantu ke?
k^@sh: eh kan awak di kampg?
puteri_aiman: ingat kpg ni tak maju ke?
puteri_aiman: sy mgganggu awak keje ke nih?
k^@sh: tak..
k^@sh: sy dah abis keje dah ni…
k^@sh: tgh bkemas nak balik jap lg..
puteri_aiman: oic…
k^@sh: bile balik KL?
puteri_aiman: hujung minggu nii..
puteri_aiman: nape?
k^@sh: tarappapa.. J
Hati Ashraff berbunga mekar. Senyum terukir dibibirnya tanpa diminta.
k^@sh: awak…
puteri_aiman: ye.. ade ape?
k^@sh: erm… takde ape la..
k^@sh: nanti2 la sy citerkan..
puteri_aiman: suspen jek bunyinye..
puteri_aiman: awak nak kawin ke? hihi..
k^@sh: biarlah rahsia.. hehehe..
puteri_aiman: iyolah tu jang oi…
puteri_aiman: eh ckp nak balik tadi?
k^@sh: mcm mana nak baliknye.. tuan puteri dok mengacau..
puteri_aiman: ooo okehlah…
puteri_aiman: tuan puteri berundur dulu lah ye..
puteri_aiman: ayam itik tak minum petang lagi nii..