Thursday, March 08, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 20]

 

 

Perjalanan ke Alor Star tidaklah mengambil masa terlalu lama. Tapi cukup membosankan bagi Usu. Nak pulak duduk di dalam kereta encik Safuan nih. Huhu.

 

 

“Hmm.. Usu.. abang Safuan nih mengaji tinggi gak hang tau… kat mana abang? apakenama ntah universiti tu?” tanya Humairah kepada Safuan.

 

“University of Newcastle Upon Tyne” balas Safuan tersenyum sambil memandu. Usu hanya memandang selamba kepada Humairah yang nampaknya ramah tamah melampau tahap gaban tu.

 

“Abang Safuan nih arkitek… keja kat KL nun… tapi la nih ‘cuti panjang’… hehe kan abang kan?” Humairah tersengih.

 

“Cuti panjang?” Usu bersuara selepas beberapa ketika, tapi perlahan.

 

“Ofis saya nak reduce bilangan worker… so, pekerja yang baru grad semuanya diberhentikan kerja… so saya pun termasuk skali dalam senarai tu…” jawab Safuan dengan nada seperti mengeluh. Baru setahun bekerja dah jadi macam itu. Sampai sekarang usahanya mendapatkan pekerjaan tetap masih tidak berjaya.

 

“Oic… kesiannya… then takde usaha cari keje kat tempat lain?” tanya Usu. Humairah di sebelahnya sudah leka dengan MP3 player Usu. Agaknya nak bagi peluang Usu dan Safuan berbual tu.

 

“Ade… dah merata tempat dah… interview saja dah berapa puluh kali… tapi still senyap macam tu je…” balas Safuan sambil membelok ke kiri memasuki Lebuhraya Sultan Abdul Halim menuju ke bandaraya Alor Star.

 

“InsyaAllah nanti ada le tu… jadi sekarang encik Safuan buat ape?” Usu kekok menyebut encik Safuan. huhu.

 

“Tak payah encik-encik… panggil je Safuan atau Wan…” balas Safuan semula.

 

“Er.. okeh…” balas Usu ringkas.

 

“Sekarang nih saya kerja admin di pejabat sekolah agama Darul Aman… ermm kat depan tu je sekolahnya… kejap lagi saya tunjukkan sekolahnya…” balas Safuan.

Kesiannye… belajar sampai negri omputih, keje kat sekolah jek… tapi bagus le mamat nih.. tak memilih keje.. Getus hati Usu semula.

 

“Wan takde kawan-kawan kat KL yang boleh tolong ke?” tanya Usu sambil melihat ke arah jam tangannya.

 

“Ade jugak diorang tolong… tapi belum ada rezeki lagi la rasanya… sekarang nih saya tengah tunggu keputusan interview dari KL le…” jawab Safuan.

 

“Oic… company mana tu?” tanya Usu berminat.

 

“Teguh-Bina Development Corporation… kawan saya ade keje kat situ… dengar kata diorang kekurangan arkitek… so, saya cuba apply.. kot-kot ada rezeki kat situ plak ke..” kata Safuan.

 

“Teguh-Bina? Ofis kat kawasan Damansara sana tu ke?” Tanya Usu hendakkan kepastian. Teguh-Bina Development Corporation.. familiar sangat nama itu pada telinganya.

 

“Aah.. Ofis Damansara tu cawangan je.. Wan interview di headquarters… eh Zulfa tau ke syarikat tu?” Tanya Safuan kembali.

 

 

------

 

Usu membetulkan tudungnya yang sedikit senget itu. Ada tetamu di luar. Terpaksa bertudung walau pun di dalam rumah nenek sendiri. Dapur kayu di hadapannya galak membakar puntung-puntung kayu kering yang dijadikan kayu api. Sesekali Usu meniup api yang semakin terpadam. Dibukanya tudung cerek untuk melihat air di dalamnya sudah mendidih atau belum.

 

“Cerek tu kan berbunyi kalau dah mendidih air dalam tu… tak payah la tengok lagi…” Satu suara yang rasanya dikenali telinganya memeranjatkan Usu. Hampir sahaja dia terlepas tudung cerek di tangan. Usu menoleh ke belakang. Gulp. Dia menelan air liur. Dia nie lagi…

 

“Masuk rumah orang mulakan dengan salam…” balas Usu membelakangi Safuan.

 

“Assalamualaikum…” Safuan memberikan salam. Terukir senyum di bibirnya.

 

“Hmmm…” Usu menjawab salam di dalam hati sahaja. Suasana diam seketika. Masing-masing leka dengan alam sendiri.

 

“Berapa lama lagi cuti?” Safuan memulakan semula perbualan setelah melihat Usu seolah-olah diam membatu.

 

“2 minggu…” balas Usu. Kayu api di bawah para diambil satu per satu.

 

“Lepas nih… ade berapa sem lagi?” tanya Safuan seperti Inspektor Polis bertanya pada suspek jenayah. Huhu.

 

“Final sem…” balas Usu ringkas. Dia menjeling ke arah pintu dapur. Kelihatan Humairah sedang berbuai di atas buaian kain berhampiran pokok Cempedak tidak jauh dari situ. Humairah tersengih memandang Usu. Kureng punya Mai… Sengihkan aku..

 

“Lepas tu.. nak sambung belajar lagi ke? atau nak kerja?” Safuan menyusun cawan ke dalam talam.

 

“Belum fikir lagi…” balas Usu.

 

------

Usu bingkas bangun. Segera dicapainya jam tangan di atas meja solek di tepi katilnya. Dalam samar-samar pagi dia membuka matanya untuk melihat jam. 6.30 pagi

 

“Ya Allah… dah 6.30 pagi… aku dah lewat nih…” Usu menjerit sendirian di dalam biliknya. Segera dia berlari mendapatkan tuala di atas meja. Dia berlari ke bilik mandi. 15 minit kemudian dia sudah sedia di atas sejadah. Solat Subuh.

 

 

Usai solat dia menadah tangan memohon doa kepada Yang Maha Esa. Mudah-mudahan dia mendapat rahmat dan barakahNya selalu. Tidak lupa juga memohon ampun atas kelalaiannya sebagai hamba.

 

 

Ayam itik sudah berbunyi. Burung-burung berkicauan riang menikmati keindahan pagi. Sesekali kedengaran bunyi katak di dalam bendang memanggil hujan. Selalunya kalau sebelah malamnya hujan, pasti katak-katak bendang akan galak memanggil hujan di sebelah pagi. Usu membuka daun tingkap biliknya. Pagi yang hening. Kelihatan anak-anak jirannya bergandingan berbasikal ke sekolah. Ada juga yang membonceng motosikal dengan ibu atau ayah mereka. Usu tersenyum sendirian melihat gelagat mereka. Teringat juga pada waktu dia bersekolah dulu. Hanya berjalan kaki sahaja. Bukan tak mampu memiliki basikal, tetapi sekolahnya terlalu dekat. Ayahn menyuruhnya ke sekolah sambil ‘bersenam’. Hehe.

 

 

Cuti Usu tinggal seminggu lagi. Selepas ini dia akan pulang semula ke rumah abangnya Jenal untuk menyambung lagi pengajiannya. Rasa tak sabar mahu menghabiskan pengajian. Mudah mudahan dia lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan akhir nanti. Ameen. Usu melangkah menghampiri almari pakaiannya. Di sebelahnya terdapat bakul pakaian kotor. Dia mengangkat bakul tersebut dan melangkah keluar menuju ke mesin cuci di dapur.

 

“Assalamualaikum tok… selamat pagi…” Usu memberikan salam sambil tersenyum menyapa neneknya yang sedang menyalakan api di dapur kayu. Nenek Aishah menoleh ke arah Usu sambil di tangannya sepuntung mancis yang sedang menyala.

 

“Waalaikumussalam… Usu nak makan apa pagi nie?” tanya neneknya.

 

“Ape-ape je la tok… Usu tak kisah…” balas Usu sambil memasukkan pakaian ke dalam mesin cuci.

 

“Hari ni tokwan hang dia bawak balik ikan puyu… kita masak pedaih sedap tu…” nenek Aishah meletakkan cerek ke atas dapur yang sudah menyala.

 

“Isy… lama jugak Usu tak makan ikan darat nie tok… sedapnye..” balas Usu tersengih.

 

“Macam mana Usu denga Safuan?” tiba-tiba suara neneknya bertukar serius. Nenek Aishah melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Usu tergamam seketika.

 

“Macam mana ape tok?” tanya Usu seolah-olah tak faham persoalan di benak neneknya.

 

“Tok tengok hangpa dua nie serasi saja… Safuan takdak kata apa-apa ka?”

 

“Tok ni pandailah buat cerita.. Usu dengan dia takdak ape-ape la Tok…” balas Usu semula. Memang kalau dari segi fizikalnya, rupa parasnya, budi pekertinya; Safuan amat menarik di pandangan mata Usu. Tetapi, hatinya tidak langsung terusik untuk menyintai arkitek muda itu. Hatinya seolah-olah merindui seseorang yang lain. Seseorang yang lebih istimewa dari Safuan. Seseorang yang lebih dikenalinya melalui hati. Seseorang yang fizikalnya, rupa parasnya dan budi pekertinya hanya dapat dilihat oleh mata hatinya.

 

“Takpa la Usu… Tok ni bukan nak tentu hala tuju hidup anak cucu Tok… dah oghang tu mai habaq kata berkenan kat cucu Tok nih, Tok habaq la kat Usu… Ikut suka Usu la… pilih yang berkenan di hati…”

Usu mengangguk.

 

“Tok sebagai oghang tua-tua nih… teghima saja… yang penting pilihla yang jaga agama… ibadat tak lupa… tanggungjawab… tu yang penting…” sambung neneknya lagi.

 

“Usu faham Tok…” balas Usu semula.

 

“Erm.. Tok… Usu nak tanya sikit boleh tak?” Usu tersenyum manja.

 

“Apa dia?” Neneknya memicit hidung Usu yang mancung itu.

 

“Tok bercinta dengan Tokwan macam mana ek?” Usu tersengih.

 

“Isy… kami oghang dulu-dulu mana gheti nak bercinta nih… bukan macam oghang la nih… bercinta ke hulu ke hiliaq..” balas neneknya semula.

 

“Abis tu… Tok takkan tak kenal Tokwan langsung?” tanya Usu beriya-iya.

 

“Kenai nama sajalah… rupa tu bukannya kenai sangat…” neneknya bangun mengangkat cerek yang dijerangnya tadi.

 

“Laa… abis tu camner Tok kahwin kalau tak kenal orangnye?” Usu mengambil jug plastic untuk membancuh air kopi.

 

“Nak kawin ni kerja Tuhan… kenai ka tak kenai ka… kalau dah berjodoh sampai ke mana pun tetap menikah dengan oghang tu jugak… bercinta la sepuluh kali pun… menikah dengan jodoh kita jugak Usu oi…” balas neneknya panjang lebar.

 

“Jadi… masa tu Tok tak kisahla kawin dengan sape pun? “ tanya Usu semula.

 

“Nak kisah apa… Tok anggap Tokwan hang tu suami Tok yang dipilih oleh Allah Ta’ala mai bagi kat Tok… jadi Tok redha saja… taat pada Tokwan hang…” balas neneknya semula.

 

 

Kedengaran bunyi motosikal Tokwannya di halaman rumah. Lewat pulak Tokwannya pulang dari masjid hari ini. Takkan solat Subuh begitu lama. Hj Ibrahim adalah Imam Besar Masjid al-Irshad. Dia dilantik sebagai Imam Muda masjid semenjak berumur 27 tahun lagi. Sekembalinya dari Mesir. 10 tahun kemudian setelah Allahyarham Lebai Sulaiman; Imam Besar masjid ketika itu meninggal dunia, Hj Ibrahim dilantik mengambil alih jawatan Imam Besar. Dua bulan lagi genaplah 20 tahun Hj Ibrahim menjadi Imam Besar masjid itu.

 

 

Posted at 02:05 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: