Ashraff berjalan mundar mandir di dalam biliknya. Serba serbi tak kena. Apa sahaja yang dilakukannya selama seminggu itu dirasakan ada sahaja yang kurangnya. Ke mana sahaja dia pergi atau apa sahaja yang dilakukannya, nama itu sentiasa meniti di mindanya. Ashraff sedar dia sudah jatuh hati. Bukan semata-mata kerana dia bertemu dengan insan seistimewa ‘dia’, tetapi pilihan yang dibuatnya itu adalah dari hatinya. Pilihan hatinya sendiri.
Ashraff merenungkan ke arah komputernya. Rindu rasanya seminggu tidak berbual dengan ‘dia’. Ashraff seolah-olah mati kutu. Tapi, dia sedar bahawa dia bertepuk sebelah tangan. Kerana dia belum pernah menyatakan perasaannya yang sebenar terhadap ‘dia’. Ashraff menantikan saat dan ketika yang paling sesuai untuk meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya.
Salam…
Kau ada hal tak ptg nih? Jom.. main futsal..
SMS dari teman sepejabatnya Azlan. Ashraff membalas yang dia tidak ada mood untuk main futsal. Azlan faham. Ashraff membuka diarinya. Dia meandang ke muka surat pertama.
“U better pray to Allah… Only He has the power to bring me to u”
Kata-kata dari Usu disimpan kemas di muka surat pertama diarinya. Kadangkala Ashraff bingung. Berapa lamakah perlu ditunggu untuk Allah swt membawakan Zulfa Aiman kepadanya? Apakah dia bukan berjodoh dengan gadis manis itu? Atau mungkinkah perjalanan jodoh mereka masih jauh lagi..? Pelbagai persoalan menimpa pemikirannya. Apa pun dia redha dengan segala ketentuan Allah swt. Dia akan terima siapa sahaja yang dipilih oleh Allah swt untuknya.
Triiit… triit..
“Assalamualaikum…” Ashraff memasang hand-free device ke telefon bimbitnya. Sambil itu dia membetulkan duduknya di atas kerusi.
“Waalaikumussalam… Ashraff… kau okeh ke ni?” Suara Azlan menerjah ke telinga.
“Ermm okeh rasanya.. mm aku okeh..” balas Ashraff teragak-agak. Mampukah dia menipu sahabatnya itu? Azlan sudah masak benar dengan perangai Ashraff. A-Z segalanya diceritakan Ashraff pada Azlan.
“Dah la tu… aku on the way pegi rumah kau nie… aku tau kau ade masalah… tak payah temberang dengan aku lah..” Azlan memberitahu.
“Aku okeh jer… kau tak payah susah-susah…” balas Ashraff.
Perbualan dua sahabat itu tamat seminit kemudian. Ashraff masih enggan memberitahu masalahnya kepada Azlan. Dia banyak berdiam sahaja. Azlan bertegas untuk berjumpanya.
“Kau tak payah tipu aku la Ashraff… aku tau kau ada masalah…” Azlan melabuhkan punggungnya ke atas katil Ashraff. Kunci keretanya di letakkan di atas tilam. Dia merenung wajah teman baiknya yang tak ubah seperti kucing kematian anak.
“Hmm… ntahlah… aku tak tau nak cakap macam mana… kusut fikiran aku..” Ashraff meramas rambutnya beberapa kali.
“Aku rasa sebab Zulfa Aiman tu kan? Awek yang berjaya buat kau berubah 180 degree, turn upside down tu kan?” Azlan cuba meneka walau pun dia 99.9% yakin itulah jawapannya.
“Okeh… aku mengaku… memang sebab dia…” Ashraff bersuara semula.
“So, apa masalahnya?” Azlan bertanya semula.
“Aku sayangkan dia… tapi aku rasa diri aku nie macam langit dengan bumi dengan dia…” Ashraff mendiamkan dirinya seketika.
“Langit dan bumi la pasangan yang ideal… macam bulan dan bintang, air dan api… saling lengkap-melengkapi… tak ada istilah berbeza dalam cinta la wei… manusia mana yang 100% sempurna? Aku yakin dia juga faham semua ni…” Azlan meyakinkan Ashraff.
“Ntah la… aku mengaku aku rindu dengan dia sekarang nie… tapi aku tak berani nak cakap pada dia… aku rasa rendah diri sangat… kau pun tahu aku macam mana sebelum nie kan? Bayangkanlah dia dengan usrah dia, tamrin dia, dakwah la semuanya… dia sangat istimewa depan mata aku…” Ashraff meluahkan segala yang berbuku di dalam hatinya.
“Yang lepas tu biarlah lepas… kau pun berubah ke arah yang baik, bukannya kau jadi semakin teruk.. fikirlah untuk masa depan kau… sampai bila kau nak pendam rasa hati kau tu? Sekurang-kurangnya dia tahu perasaan kau terhadap dia… kalau kau diamkan saja macam nie, kau juga yang merana…” Azlan menyinsing lengan kemejanya.
------
Usu memakai baju kurung yang dihadiahkan oleh neneknya raya tahun lepas. Baru beberapa kali dia pakai baju itu. Hari ini dia akan berjalan-jalan di bandaraya Alor Star. Dah lama dia tak berjalan-jalan di Pekan Rabu dan juga Pacific Hypermarket. Teringin nak makan mee goreng di Pekan Rabu dan juga bersiar-siar di Menara Alor Star. Usu membetulkan tudungnya di hadapan cermin sambil tersenyum seorang diri.
“Ehem… yang dok sengih sorang-sorang tu awat? angau?” Suara Humairah mengejutkan Usu. Dia menoleh sambil mencebikkan bibirnya.
“Masuk bukan nak bagi salam…” Usu memperli Humairah. Langkah Humairah terhenti pada jam tangan yang terletak di atas meja solek Usu.
“Wah… lawanya jam… sapa bagi nie…?” Humairah mengangkat keningnya dua kali.
“Mana ada sapa nak bagi kat cek cik Mai ooooiiii…” Usu mengacuh bahasa Kedah. Dia tersenyum semula memandang jam itu. Hadiah dari Ashraff sempena ulangtahun kelahirannya. Hadiah itu diberikan Ashraff beberapa hari sebelum dia pulang ke kampung neneknya. Kata orang ‘tanda harga pun belum dibuang lagi’. Huhu.
Seketika kemudian Humairah melangkah keluar dari bilik diikuti pula oleh Usu. Sebaik sahaja Usu melangkah masuk ke ruang tamu, langkahnya terhenti seketika. Begitu juga dengan renung matanya terpaku pada sebatang tubuh yang tercegat di tepi tingkap ruang tamu itu. Serentak dengan itu, jantungnya berdegup kencang. Mukanya rasa seperti berpeluh. Aduh… buat apa pulak mamat nie kat sini..? Usu berkata di dalam hatinya. Humairah yang faham kekusutan di dalam hati Usu seraya menjelaskan.
“Usu… kenalkan.. yang ni abang Safuan… abang Safuan akan jadik pemandu pelancong hang… hehe” Humairah mengenyitkan sebelah matanya. Usu tergamam. Pemandu pelancong aku? Hilang akal ke hape minah nie? Usu mengomel di dalam hatinya. Kala itu mahu sahaja dia kata tak nak pergi. Tapi, nampak macam kurang ajar pulak. Dah lah mamat itu sanggup datang ambil di rumah, dah tu sanggup jadi ‘pemandu pelancong’ pulak. Nak tak nak terpaksa la ukir senyum dan cakap terima kasih. Huhu.
“Terima kasih encik Safuan…” Gulp… Usu menelan air liurnya yang terasa macam ketul batu. Huhu… skemanye kau Zulfa Aiman.. terima kasih ENCIK Safuan.. haha lantak le…
“Sama-sama” Safuan membalas dengan sekuntum senyum yang rasanya mampu mencairkan anak-anak dara. Ya Allah… tabahkanlah iman aku Ya Rabbi…
Masa rasanya macam terhenti seketika. Senyap sepi tanpa kata. Sama-sama diam. Hanya bunyi kipas angin di siling rumah sahaja yang kedengaran. Tak termasuk bunyi anak-anak ayam nenek Usu yang sedang menikmati juadah beras. Huhu. Humairah pula hilang di dalam rumah berjumpa dengan nenek Aishah. Usu rasa macam nak lari sahaja masuk ke dalam bilik.
“Zulfa cuti berapa lama?” Kesunyian itu akhirnya pecah juga dengan suara Safuan bertanya pada Usu. Seperti biasa Usu tunduk diam sambil memerhatikan kakinya yang dibalut stoking hitam.
“Ermm arr.. tiga minggu kot… tak pasti lagi… mungkin lebih..” jawab Usu ringkas. Wajahnya diangkat sedikit ke atas untuk menjeling ke wajah Safuan.
“Zulfa tak selesa ke saya di sini? Ermm takpe.. saya turun ke bawah je la ye..” sambung Safuan semula selepas menyedari keadaan Usu yang sedikit gelisah.
“Eh.. takpelah.. biar Usu jek… eh.. er.. saya je yang turun bawah… saya jumpa nenek kejap…” balas Usu sambil berpusing ke arah dapur. Merah padam mukanya ketika itu. Biar Usu jek… huhu hilang akal betul… tersebut nama glamer aku plak… Usu bermonolog sendiri di dalam hatinya.