Thursday, March 08, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 18]

 

Pagi yang indah. Usu ceria pagi itu. Awal pagi tadi Ecah telefon. Seronok betul dia bercerita tentang percutiannya sekeluarga di Sabah. Macam-macam yang dibualkannya. Selepas itu dia membantu Toknya memasak sarapan. Paling unik kehidupan di kampung adalah dapur kayu. Tradisional dan penuh nilai budaya. Walau pun di rumah itu ada dapur gas, tetapi neneknya lebih memilih untuk menggunakan dapur kayu. Pedih matanya terkena asap sabut. Sampai meleleh-leleh air mata. Huhu.

 

Neneknya memasak nasi goreng dan cucur ubi. Fuh.. walau pun yang ada di rumah itu hanya bertiga, tapi hidangannya mengalahkan sepuluh orang makan. Berselera benar Usu menikmati sarapan pagi tadi. Sempat juga dia menghantar sedikit juadah ke rumah Makcik Asa di sebelah rumah. Makcik Asa juga membalas dengan sedikit juadah karipap sardine. Huhu… macam bulan puasa saja rasanya.

 

Usu menyapu halaman rumah neneknya. Daun-daun mempelam bertaburan. Sambil menyapu dia memasang MP3 Player. Earphone disumbatnya ke dalam telinga. Tudungnya dibetulkan sedikit. Seketika kemudian Mestica memulakan 'konsert' di telinganya dengan lagu pertama Layar Keinsafan. Usu menyanyi-nyanyi perlahan sambil tangannya rancak menyapu halaman.

 

"Usu… oh Usu…" suara Toknya memanggil dari dapur. Usu menanggalkan sebelah earphone sambil memandang ke belakang.

"Ye tok… Usu di depan nih…" balasnya. Neneknya muncul di hadapan pintu.

"La… toksah sapu la daun tu… sat ni dia turun lagi tak larat nak menyapu… Maeh sini tok nak sembang sikit…" Neneknya menghempas punggung di atas pelantar yang dibuat di bawah pohon cempedak di tepi rumah.

"Ade ape tok..?" tanya Usu penuh suspen.

"Mai la dok tang nie dulu…" Neneknya membetulkan duduknya.

"Usu mengaji habih dak lagi?" tanya neneknya.

"Belum lagi tok… ade satu sem lagi… awat tok?" Usu bertanya semula.

"Usu dok ada bekawan dengan sapa-sapa ka la nie?" tanya Hajjah Aishah semula. Dia melurut-lurut jari jemari cucunya.

"Ada… Ecah… Hana… Kak Mas.. ramai la tok…" jawab Usu selamba. Dia faham maksud neneknya bukan begitu. Dia tahu neneknya bertanya tentang teman istimewa, bukannya teman biasa.

"Eih… bukan kawan hat tu… kawan lain nih…" balas neneknya semula.

"Takdak lagi la tok.. sapa la nak berkenan kat Usu nie tok…" balas Usu berseloroh.

"Ni.. tok nak habaq kat Usu nih… hari tu ada oghang habaq kat tok dengan tokwan… dia berkenan dekat Usu… tapi dia segan nak habaq sendiri kat Usu… pasai dia ni bukannya mengaji tinggi macam Usu…" neneknya memandang ke arah Usu. Tenang.

"Sape tok?" tanya Usu semula. Dia dapat mengagak siapa. Tapi sengaja ditanya untuk kepastian.

"Tu la… sapa lagi… hat pi ngan tok masa amik Usu di stesen bas hari tu…" jawab neneknya.

 

------

 

"Wah… lama betoi tak jumpa oghang KL nih…" Humairah memeluk erat Usu. Sepupu paling rapat kepada Usu. Anak kepada Mak Su Aminah, adik ibunya. Mereka sebaya sahaja.

"Mai… kau ni makin berisi le… ade ape-ape ke nih?" Tingkah Usu sambil mengenyitkan sebelah mata.

"Mana ada…?! Sama saja la… dari dulu lagi lagu nih la… hang tu aku tengok makin berseghi-seghi… macam seghi pengantin pun ada… tak lambat lagi dah kot?" Humairah duduk di sebelah Usu di atas pelantar di rumah nenek mereka.

"Kau nih dari dulu tau… asyik-asyik mengusik aku…" balas Usu memuncungkan mulutnya.

"Weh… toksah la nak buat muka sekupang hang tu…" Humairah menepuk bahu Usu. Kedua-duanya tertawa.

"Erm… apa citer skang nie?" tanya Usu setelah tawa mereka sedikit reda.

"Ermm… kami ada menteri besaq baghu la nih… Datuk Mahdzir ganti Syed Razak… padi depa tak mengerat lagi… baghu dok menaboq… lepaih tu… adik aku baghu masuk tingkatan 3… ha… tu ceghita paling baghu la.. hang nak ceghita mana?" balas Humairah selamba dengan loghat Kedahnya.

"Amboi…. loyaq bughuk nampak?" balas Usu meniru loghat Humairah.

"Nih.. dengaq sini aku nak habaq kat hang… toksah la hang nak cakap Kedah… bughuk hang tau dak… geli lubang telinga aku dengaq…" balas Humairah.

 

Triitt… triit… (bunyi handset Usu)

 

Assalamualaikum…

Balik kampung tak bgtau sy pun…

slmt bcuti… enjoy ur holiday..

 

Usu terpinga menatap bait-bait mesej yang baru diterimanya itu. 012-789 1234. Usu merenung tajam nombor telefon yang tertera di dalam handphone nya. Entah siapa pula yang teringin nak menjadi pengacau kedamaian cutinya. Usu menekan-nekan butang di keypad telefonnya itu.

 

Waalaikumussalam…

Kot ye pun.. bgtau le sape nie?

Tak payah nak wat lawak antara benua kat sini..

 

"Eii hang nie bahasa kasaq la Usu… cuba la lembut sikit…" Suara Humairah mengejutkan Usu yang sedang leka menaip mesej.

"Oit… ko nie… tak malu betul… baca mesej aku…" Usu mencebikkan bibirnya tanda tidak puas hati.

"Ala… surat chenta aku pun hang belasah baca… takkan la nak baca mesej skit pun tak leh.. kedeq la hang nie…" Humairah tersengih sambil menampar peha Usu.

Keadaan diam seketika. Usu membaca mesej yang baru diterimanya.

 

Sori.. lupa pulak nak intro..

Sy chef mee goreng Vietnam.. J

 

Usu tersenyum sendirian. Dia kenal siapa chef mee goreng Vietnam. Makanan istimewa cafeteria fakultinya. Dia tersenyum lagi. Hati berbunga tanpa dipinta.

 

"Ehem… syok nampak? Dok layan angau la tu… dah la aku nak balik la macam nie… buang karan saja aku dok melangut tang ni.." Humairah merajuk.

"Ala.. Mai.. rileks la.. kau nie ntah hape-hape… dah tua pun nak merajuk… nie kawan aku la… kawan lama.." balas Usu sejujurnya. Tapi sebenarnya dia tidak pasti apa yang dikehendaki oleh hatinya.

"Dah tu… yang dok senyum sampai telinga tu awatnya? Hang toksah nak kelentong aku la Usu… sekilaih ikan dalam bendang tu… aku tau la ikan puyu ka ikan sepat benua…" Humairah mengomel lagi sambil menuding jarinya ke arah sawah padi yang luas terbentang.

"Ha.. teka la… ikan puyu ka sepat benua cik Mai oi…" Usu mengagah.

"Uh… nie ikan lain nie… ikan jaws nie… ikan nie istimewa nie.. pasai dia pandai mengacau anak dara oghang… lepaih tu dia pandai main-main tepon pulak.." Selamba Humairah menjawab.

"Huh.. dah la tu Mai.. kau nie kalau dibiarkan.. merapu sampai besok pagi… jomlah masuk… tengok Spongebob lagi best… jom.." Usu menarik tangan Humairah masuk ke dalam rumah. Humairah bangkit mengikut Usu dari belakang.

 

 

Posted at 01:50 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: