Saturday, March 03, 2007
Namaku Muna ~12~

 

 

    “Awak.... awak... bangun....”

Muna mendengar satu suara memanggilnya. Matanya segera ditenyeh-tenyah. Allahuakbar. Mengantuknya.

    Muna memandang Abrisam di depannya. Matanya tak berkedip. ‘apa?’

    “Bas dah sampai... taknak turun ke?” Abrisam senyum. Dia menarik turun beg sandangnya di atas tempat menyimpan barang di atas.

    ‘Oh.. bas dah sampai...’ Suara hati Muna berkata-kata.

    “Dah sampai?! Sampai ke mana?!” Muna bingkas bangun. Dia memandang ke luar tingkap. Wajahnya cemas. ‘Allah... aku dah terlajak...’ Getus hatinya. Sugul.

    “Alor Star...” Selamba datar jawab Abrisam. Wajahnya berubah pelik melihat keadaan Muna yang macam nampak hantu.

    “A...Alor Star...?” Muna menghela nafas. ‘I’m dead... macam mana nak patah balik?’ Monolog hatinya.

    “A’ah...” Abrisam menuruni anak tangga bas.

Keadaan di Terminal Bas masih tidak banyak berubah. Peniaga-peniaga masih ramai menjual. Abrisam melangkah ke arah satu tempat duduk di situ.

    ‘Nak buat macam mana ini...? Ya Allah... inilah seumur hidup aku sampai ke sini...’ Hati Muna semakin gundah. Matanya mula terasa panas. Apalah yang terdaya nak dia lakukan di tempat serba asing baginya itu. Wang sakunya juga tidak seberapa. Ke mana nak dituju? Hari semakin menginjak gelap.

Seketika hati menghamun diri sendiri. Kenapa mesti tidur? Kenapa tidak termangu-mangu sahaja di dalam bas tadi. Kalau tak tidur, sudah tentu dia tidak terlajak. Tapi, apa boleh buat. Nasi sudah jadi nasi basi. Bukan jadi bubur lagi dah. Unsalvagable.

    “Tunggu siapa?” Dalam lamunannya, masih ada insan yang prihatin.

    “Aaa err emm...” Tiada jawapan konkrit. Nak tunggu siapa? Tiada sesiapa yang ada di bandaraya ibu negeri ini.

    “Tunggu ayah awak datang ambik ke?” Tanya Abrisam lagi. Muna diam. ‘Ayah saya dah tak ada...’

    “....” Menggeleng kepalanya.

    “Ibu datang?” Juga geleng.

    “Abang?” Geleng.

    “Kakak?” Geleng juga.

    “Sedara?” Masih sama menggeleng. Abrisam pelik. ‘Dah tu tunggu siapa?’

    “Saya terlajak...” Pendek sahaja jawapan dari Muna. Abrisam terkesima. ‘Terlajak? Awak nak pergi mana?’ Hatinya bersuara.

    “Sepatutnya saya turun Sungai Petani...” Wajahnya ditundukkan. Wajarkah di dalam keadaan sebegitu dia menitiskan airmatanya? Bukankah nampak seperti dia menagih simpati? Tapi kalau bukan Abrisam, kepada siapa lagi di Alor Star ini untuk dia minta bantuan?

    “Jauhnya... tak ada sedara kat sini?”

Muna menggelengkan kepalanya. Sepatu dikuis-kuis ke atas tanah. ‘Kalau saya ada sedara, takkan nak tunggu sini sampai sekarang...’ Suara hatinya menjawab. Abrisam berlalu seketika. Dia hilang di dalam ramai manusia di terminal bas itu. Muna makin gelisah. Hanya Allah sahaja tempat berserah.

Nafas ditarik dalam-dalam. Fikiran buntu mencari penyelesaian.

    “Jom...” Tiba-tiba Abrisam muncul semula. Terpacak di depan Muna.

    “......” Muna memandang sekilas. Maknanya ‘Jom? Ke mana?’

    “Balik rumah saya...” Dua tiket berada di dalam genggaman.

    “Hah?!” Ini lagi satu kerja gila.

    “Nanti kita fikirkan macam mana nak hantar awak balik SP...” sambungnya.

    “.....” Muna diam. Tak ada ayat.

    “Lagi pun dah nak malam, kalau naik bas sekarang pun, sampai SP tentu lewat...” Abrisam mengambil begnya di atas kerusi. Huh, kerja tak masuk akal. Muna Farhah Wahidah balik rumah Syed Abrisam Adli? Masuk muka surat depan Buletin S3N. Glamourlah jawabnya.

    “...” Muna bangun mengekori Abrisam dari belakang. Nak taknak terpaksa ikut. Jangan dijual ke Siam sudah.

 

 

Posted at 02:00 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: