Saturday, March 03, 2007
Namaku Muna ~10~

 

 

Kelas Fizik baru bermula. Cikgu Faridah belum sampai lagi. Makmal Fizik berdentum dengan ‘konsert-konsert’ amatur pelajar-pelajar 5 Ibnu Sina. Nasib baiklah makmal ini jauh dari kelas. Kalau tidak dah lama kena ‘sound’ dengan cikgu-cikgu lain.



Gelombang bunyi ialah sejenis gelombang membujur yang boleh merambat melalui pepejal, cecair dan gas. Bunyi dihasilkan oleh suatu sistem yang bergetar seperti getaran tala bunyi atau kon pembesar suara. Ianya adalah sejenis gelombang mekanikal. Bagaimana gelombang bunyi bergerak ? Secara amnya gelombang bunyi bergerak melalui perambatan molekul-molekul udara.



Nota buatan sendiri diulang baca. Seronok juga sekali sekala menggunakan teknologi ICT untuk membaca nota. Portal Pendidikan Utusan memberikan banyak manfaat untuk para pelajar dan juga guru-guru. Kesempatan menggunakan internet dimanfaatkan Muna semalam untuk mencetak nota-nota Fizik di laman itu untuk rujukannya. Sesekali pena mata bola berdakwat hitam dilarikan di atas nota itu. Hingar bingar di sekeliling seolah-olah tidak wujud padanya.



Molekul-molekul udara bagi gelombang bunyi bergetar pada arah yang sama dengan arah perambatan bunyi tersebut. Gelombang bunyi juga merupakan suatu gelombang membujur. Gelombang bunyi memerlukan medium tertentu untuk ianya bergerak. Oleh itu gelombang bunyi tidak dapat merambat dalam keadaan vakum. Gerakan perambatan molekul-molekul udara ini menghasilkan halaju v, panjang gelombang
f dan frekuensi gelombang Lambda .



    “Muna, apa formula halaju bunyi ek?” Lailina menggaru-garu lengan yang tidak gatal. Kacang saja tu.


    “v = f darab Lambda” jawabnya ringkas. Mata masih tertumpu pada buku teks dan nota di atas meja.


    “f tu...” Lailina menulis di dalam buku notanya.


    “f = frekuensi gelombang, Lambda = panjang gelombang” jelasnya.


    “Muna...”


    “Hmmm”

    “Result test keluar hari ini...”


    “Ye lah tu.. cepat gila..” balas Muna. Wajahnya tak beriak. Takkan secepat itu keputusan ujian Fizik mereka keluar. Baru sebulan lepas mereka memecah masuk ke dalam makmal Fizik untuk selamatkan laporan ujikaji itu.

    “Tak percaya udah... yang pasti abislah beruk dua ekor tu...” Lailina menjeling ke meja dua terakhir di barisan paling belakang.

    “Bangun...” Suara Mujahid mengarahkan semua pelajar bangun menandakan Cikgu Faridah dah sampai.

    “Assalamualaikum kelas....” Cikgu Faridah berdiri di depan kelas. Sebuah fail dijinjit.
Semua pelajar mengambil tempat duduk semula. Suasana sepi. Cikgu Faridah sedang membelek-belek sesuatu di dalam fail. Mata tertumpu padanya. 

    “Result awak semua dah ready... tengahari ini pejabat sekolah akan tampal di notice board...” Suara Cikgu Faridah memecah keheningan. Semua pelajar berwajah lega. Jangan dibaca result mereka di hadapan kelas sudah lah.

    “But....” Semua pelajar diam. Tunggu ayat seterusnya.

    “Khalid dan Khazim tak ada result... awak berdua kena repeat ujikaji tu minggu depan...” Lailina senyum sinis. Rasakan. Jangan main-main dengan anak Datuk Mukriz. Pecah masuk makmal pun aku sanggup. Muna di sebelah diam membisu.

    “Tapi kami hantar report tu cikgu...” Khalid kehairanan. Macam mana boleh jadi macam ini? Bukankah dia dan Khazim yang tukarkan nama report Muna dan Lailina tempoh hari? Takkan tertukar sendiri pula? Biol.

    “Kalau awak hantar, takkan saya nak buang pulak? Saya dah briefing awak semua awal-awal lagi, hantar report tu ikut masa, siapa lewat saya tak terima... akibatnya kena repeat ujikaji awak tu...” leter Cikgu Faridah. Siapa yang tak kenal Khalid dan Khazim? Kembar yang sama sifat mala’un. Sebut saja mana peraturan sekolah yang tak pernah dilanggar? Merokok dan berambut panjang dah jadi kesalahan rutin. Cuma mungkin belum memecah masuk makmal sahaja lagi.

    “Hari ini... tutorial bab gelombang bunyi...” Semua buku teks dibuka di atas meja. Mata tertumpu pada Cikgu Faridah di depan.

--------

Suasana di dalam Perpustakaan Usman Awang tenang. Hari minggu begini ramai yang memilih untuk ulangkaji di perpustakaan. Hampir semua meja berpenghuni. Kalau diikutkan hati, memang hendak sahaja belajar di dalam dorm. Tapi bak kata budak-budak asrama, kalau tak kuat iman di dada baik belajar di perpustakaan atau di kelas prep sahaja. Sedangkan di dalam perpustakaan yang sejuknya macam ketulan aisberg ini pun ada yang terbabas lena, inikan pula di dorm yang suam-suam kuku itu. Lagi pula dugaan tilam-bantal-selimut itu sangat dahsyat. Itu belum dikira dugaan bergosip dan main ‘games’.

Meja di hujung sebelah susunan buku-buku Kimia itu sudah ditempah awal-awal. Jarang ada pelajar yang suka duduk di situ. Agak terceruk. Bagi yang suka privasi dan taknak gangguan amatlah sesuai. Dan di situlah bersemayamnya Muna Farhah Wahidah dengan buku-buku Kimia dan nota-notanya. Kalau digabungkan semua notanya, boleh dibuat buku teks Kimia versi Malaya dah agaknya. Itu belum dilihat pada nota Fizik, Matematik Tambahan, Biologi dan lain-lain.

Alkana merupakan hidrokarbon tepu.Ia tidak boleh menerima lagi hidrogen. Ia tidak bertindakbalas dengan air bromin atau larutan kalium manganat (VII) berasid. Selain itu alkana kurang reaktif kerana atom-atomnya terikat antara satu sama lain dengan kuat. Ia bertindakbalas dengan gas klorin dalam cahaya ultralembayung. Ia menghasilkan sedikit jelaga apabila terbakar berbanding dengan alkena. Ini disebabkan oleh peratus karbon dalam molekul yang lebih rendah.

    “Muna..” Kepala diangkat.

    “....” Mata bertanya ‘apa?’

    “Tumpang meja... dah penuh lah...” Tersengih.

    “Hmmm” Mengangguk. Buku-buku yang bersepah di atas meja ditolak ke tepi sedikit. Suasana diam. Masing-masing leka dengan bacaan.

    “Muna...” Matanya terarah ke rak buku Biologi. Diamat-amatinya wajah itu.

    “Hmmm...” Masih tunduk memandang buku.

    “Syed...”

    Muna mengangkat kepala. Mata terpempan pada wajah Lailina. “Syed mana pulak?”

    “Syed Abrisam Adli Syed Ibrahim al-Junaid”

    “Kenapa dengan dia?” Muna memandang keliling. Tak nampak pun?

    “Tu...” Kepala Muna ditala ke arah rak Biologi.

    “Biarlah...” Muna menyambung bacaan.

    “Ya Allah...”

    Muna memandang ke arah Lailina. Matanya bertanya ‘Kenapa?’

    “Dia datang sini...”

    "Ha?!"

    Dia datang sini le....

 

 

Posted at 01:40 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: