Saturday, March 03, 2007
Namaku Muna ~9~

 

 

Gila. Nak suruh Muna panjat tingkap depan Abrisam. Tak sesuai langsung. Sanggup dia duduk saja di situ dari memanjat tingkap makmal di depan Abrisam. 

    “Bukannya tinggi... rendah saja ini... cepatlah... kita tak ada masa lagi ini...” Desak Lailina.

    “Biar saya panjat dulu... saya ambik kerusi makmal...” tegas Abrisam. Muna lega. Lailina juga.

Abrisam menyeluk saku seluar jeans yang dipakainya. Dia menghulurkan sebuah lampu suluh kecil kepada Lailina. Lampu itu bertukar tangan. Sekali lompat sahaja Abrisam sudah berada di sebelah dalam makmal. Suasana di dalam agak gelap. Samar-samar lampu jalan pun tak ada. Abrisam mengambil sebuah kerusi paling dekat dengannya. 

    “Hati-hati...” Abrisam menyuakan kerusi keluar. Muna dan Lailina menyambutnya.


    “Muna... awak cari dalam fail tu...” Arah Lailina. Abrisam yang tidak tahu menahu itu tercegat di tepi. Lampu suluh kecil membantu mereka berdua mencari laporan yang disabotaj itu. 

    “Dah.. ini dia..” jawab Muna sambil menarik keluar laporan itu dari dalam fail. Dihulurkan kepada Lailina. Dia mengangguk. Tanda ‘betul, ni laporan kita’. Lailina mengeluarkan sehelai kertas bersaiz A4 dari dalam beg sandang yang dibawanya. Di atas kertas itu tertulis namanya dan nama Muna. Helaian muka hadapan laporan itu dikoyak dan diganti dengan kertas A4 tadi. Baru betul. Bagai pinang pulang ke tampuknya. Biar beruk berdua itu tahu. Langit itu tinggi atau rendah.

    “Awak... pakcik Jaga kat luar!!” jerit Abrisam. Dia segera mengendap melalui tingkap tadi. 

    “Nak buat apa ini?” Muna gamam. Yang ditakuti terjadi hampir jadi kenyataan.
Abrisam bertindak cepat membuka tingkap sebelah sana makmal. 

    “Cepat... awak berdua keluar... balik terus ke dorm...” arahnya,

    “Awak?” Muna bersuara.

    “Jangan risau... cepat!” tegas suaranya.

    “Nanti!!! Jangan lari!!!” Abrisam cuba menutup laci almari yang menyimpan fail-fail tadi.

Satu.. Dua.. Tiga.. Empat..
Makmal yang gelap gelita itu tiba-tiba menjadi terang benderang. Abrisam menarik nafas dalam-dalam. ‘habis aku kali ini..’ Dua orang pengawal keselamatan sekolah mendapatkannya. Dia diam sahaja. Menanti apa pula yang akan jadi lepas ini. Nasib baik sempat disimpan semula fail-fail tadi. Kalau tidak, dah tentu kantoi lebih teruk.

    “Awak buat apa kat sini?” Salah seorang dari pengawal bertanya. Seorang lagi memeriksa Abrisam. 

    “tak ada buat apa-apa..” Abrisam jawab dengan tenang. Walau pun dia tahu jawapan itu tidak akan memuaskan hati dua orang pengawal itu.

    “Kami terpaksa bawa awak ke Bilik Disiplin... awak dah melanggar peraturan sekolah ini..” terang pengawal itu. Dia diam.

Keesokan harinya gempar seluruh S3N berita terkini itu. Hampir setiap tempat berbicara pasal Abrisam memecah masuk ke dalam makmal Fizik. Ada juga yang tak percaya, dan ada juga yang mengeji. ‘Konon bertukar sekolah, betul ke tukar sekolah? Ke kena buang sekolah lama dia dulu?’ ‘Muka nampak baik, tak sangka aku perangai teruk macam tu’

Abrisam menutup telinga dan mata. Kata-kata keji dan mimik muka pelajar-pelajar yang memandang serong terhadapnya tidak dapat dielakkan lagi. Dari dia tertekan memikirkan mereka, lebih baik dia buat tak tahu saja. Lumrah manusia, bila nampak sesuatu yang buruk, kejinya melangit. Abrisam diam bila ditanya Kamarul Kenapa dia memecah masuk ke makmal Fizik. 

    “Kalau kau diam saja, semua orang asyik kutuk kau...” Kamarul bersuara selepas kelas. Abrisam senyum segaris.

    “tak ada apa lah... rileks saja...” balasnya selamba.

    “Aku tau kau takkan buat benda pelik-pelik ini tanpa sebab... tapi apa sebabnya?” desak Kamarul. 

    “Yang perlu kau tau. Aku buat tu ada sebab yang betul...” terangnya.

    “Aku tak fahamlah dengan kau ini...”

    “ok... aku kena pergi dulu, longkang sedang menanti aku..” balasnya. Abrisam didenda mencuci longkang serta tandas di semua bangunan sekolah. Fuh, mencabar betul. Cuci sendirian pula tu.

Seminggu membuat kerja-kerja kebajikan sebagai tukang cuci sungguh memenatkan. Kalau di sekolah lamanya, mungkin dia terpaksa bertukar sekolah agaknya. Di sana peraturannya ketat, penguatkuasaanya juga ketat, tapi dendanya tidak masuk akal. Datang lewat ke kelas, slip peperiksaan ditahan. Bukankah kejam sangat namanya itu? Kalau sengaja datang lewat tak apa, kalau sebab yang munasabah macam mana? Naya saja.

    “Ehem... assalamualaikum..” Suara dua orang pelajar perempuan mengetuk gegendang telinganya. Berus masih setia lekat di tangan. Sebaldi sabun di sisi ditolak ke tepi. Abrisam berpaling ke belakang. Belum sempat kakinya melangkah masuk ke dalam tandas Bangunan Tun Hussein Onn.

    “Waalaikumussalam... eh awak berdua.. buat apa sini?” tanya Abrisam. Muna dan Lailina tercegat di pintu tandas.

    “Kitorang nak tolong awak...” Lailina dan Muna siap berbaju T-shirt dengan track-suit sudah sedia.

    “tak mengapa... tak payah lah.. saya dah nak habis ini..” balas Abrisam. 

    “Tandas sebelah dah cuci ke?” tanya Lailina lagi.

    “Err.. belum.. kejap lagi lah... sikit saja tu..” Abrisam tersenyum. Peluh menitis di pipinya,

    “Kitorang tolong...” Sebaldi sabun dan dua berus diambil Muna. Lailina ikut di belakang. Abrisam tidak dapat berkata apa.

    “Apasal tak bagitau Cikgu Ruslin terus terang saja?” tanya Lailina. Muna dan Lailina duduk di atas bangku. 

    “tak mengapa... biarlah.. benda dah jadi..” balasnya tanpa sedikit rasa menyesal membantu dua gadis itu pada malam tersebut. 

    “Kitorang sebenarnya rasa bersalah sesangat... pasal kitorang awak kena tanggung bahana...” Lailina menghulurkan sekotak BigMac kepada Abrisam. 

    “Eh, apa pulak ini?” 

    “Kami belanja...” Muna menjawab. 

    “Tak payahlah...” Tolong pecah masuk makmal Fizik, dapat BigMac. Kalau tolong pecah masuk pejabat Pengetua dapat apa gamaknya ye? Ambil sajalah. Alang-alang berlapar, baik belasah saja. Sekurang-kurangnya kenyang untuk hari ini. BigMac masih tidak bertukar tangan. Abrisam teragak-agak mengambilnya.

    “Thanks...” Senyum segaris. 

    “Welcome..”

Senyap seketika. Masing-masing sibuk dengan juadah sendiri. Sepetang jadi tukang cuci bersama-sama. Grilled Chicken Burger, Corn Cup, Strawberry Sundae di depan Lailina. Filet-O-Fish, Chicken McNuggets rezeki Muna. BigMac, FrenchFries dan Chocolate Sundae pula untuk Abrisam. Alhamdulillah. Rezeki dariNya. Tak sangka pula ayah Lailina menghantar wang secepat itu. Baru semalam mengadu ‘kekeringan’, hari ini sudah dimasukkan.

Nasib baik ada Che Ah. Segala mak nenek yang sedang dijamah itu adalah bantuan Che Ah. Kebetulan pula dia hendak ke bandar. Alang-alang minta tolong Che Ah keluarkan duit, baik minta tolong ‘habiskan duit’ sekali. Kawan mesti tolong kawan. Tak berguna namanya kawan kalau pertolongan semudah itu pun tak boleh. Baik duduk di dalam hutan saja. Berkawan dengan kera dan lotong. Jadi Tarzan.

    “Awak asal mana ek?” Suara Lailina memecah sunyi. Muna yang tertunduk makan mengangkat kepala memandang Lailina. Apekehalnya Lailina ini?

    “Alor Star... awak berdua?” Matanya tertala ke arah Muna. Soalan ditala pada Lailina.

    “Ayer Hitam...” balas Lailina.

    “Dua-dua?” Abrisam memandang ke arah Lailina dan Muna berselang seli.
    Angguk.

    “Orang Johor lah ini ek?” Senyum.

    “Taklah... bukan Johor..”

    “Kalau macam tu Ayer Hitam Penang lah ni?” 

    “Tak...”

    “Dah tu?”

    “Balik bukak buku geografi...”

Gila. Tanya nama tempat lahir pun berteka-teki sampai macam tu sekali? Belum nak tanya nama penuh, nama ayah ibu, nama nenek datuk, nama abang kakak, nama sepupu sepapat. Nama pakwe.

 

 

Posted at 01:30 am by hafeiz suhaimi

eukaryote
April 7, 2009   06:49 AM PDT
 
ayer hitam, kt penang la..mane lg.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: