Saturday, March 03, 2007
Namaku Muna ~7~

 

 

            Angin petang berhembus lembut. Cahaya matahari yang jernih menyimbah bumi kelihatan redup. Suasana menjadi tenang dan damai. Rumput-rumput berliuk lentok dihembus bayu. Di tengah-tengah padang bola, pelajar-pelajar lelaki sedang rancak bermain bola sepak. Kebiasaan di S3N ini. Setiap petang mereka akan turun bermain bola sepak di padang sekolah. Kadangkala latihan hoki dijalankan di sana, maka yang tidak terlibat akan bermain futsal sahaja di laman Asrama Abu Ubaidah al-Jarrah.


Satu.. dua.. tiga.. empat..


            Muna Farhah Wahidah seperti selalu, bertemankan kertas A4 dan pensel. Jari jemarinya sibuk melarik kertas putih. Dia melakukan dengan teliti sekali. Bila kita lakukan sesuatu kerana minat, sudah pasti dengan tekun akan dilakukan. Tapi bila tiada minat, ibarat melepas batuk di kaki tangga sahajalah. Baju T-shirt lengan panjang bersaiz XXXL yang dipakainya itu bertiup-tiup disapa bayu. Sesekali dia membetulkan tudungnya yang turut menjadi asakan angin. Dia tidak berganjak dari duduknya.


            Abrisam menuruni anak tangga Asrama Khalid al-Walid. Earphone di telinganya dilekatkan agar tidak tertanggal. Ungu – Takkan Terulang sedang berlagu dari Discman. Beg sandang di belakang ditarik ke bahu. Langkah kaki diatur menghala ke arah pondok rehat di hadapan asrama. Cadangnya hendak mengulangkaji di sana. Petang-petang begitu tentu sekali mengulit mata jika dia belajar di dalam dorm. Latih tubi yang banyak perlu dia habiskan segera. Masih banyak lagi topik-topik yang belum disentuh. Dia mahu belajar secara konsisten. Bukan last minute study.


            Bismillahirrahmanirrahim...
            Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dia memulakan ulangkaji. Mudah-mudahan apa yang dipelajari petang itu mendapat berkat Ilahi. Pena mata bola berdakwat biru menari-nari di atas halaman buku latihannya. Sesekali dia menekan kalkulator dan sesekali dia menyelak helaian buku rujukan di tepi.


            Sejam berlalu. Masa berjalan begitu cepat. latih tubi hampir siap. Abrisam menghabiskan beberapa jawapan terakhir sebelum menamatkan latihan petang itu. Dia meregangkan tangan sambil menarik nafas dalam-dalam. Matanya memandang ke arah pondok rehat kira-kira 300 meter dari tempatnya. Kelihatan seorang gadis sedang leka melakar sesuatu di atas kertas. Gadis itu berseorangan sahaja. Abrisam juga seorang diri.


    "Woi..." Suara Kamarul mengejutkannya.


    "...." Dahi berkerut. Hampir saja dia terlepas buku di tangan.


    "Kau tengok siapa tu?" Kamarul menghampirinya. Kamarul tunduk mengikat tali kasut.


            Apalah salahnya sekadar nak melihat gelagat manusia sesekali. Bukannya dengan niat apa-apa pun. Tapi mungkin tidak manis untuk seorang lelaki memandang gadis yang tidak diketahui namanya itu. Abrisam diberitahu namanya panjang. Tapi ramai memanggilnya Muna atau 'Gadis Berat Mulut' atau lebih keji lagi 'Kera Sumbang'. Sedap namanya. Muna. Tapi nama penuhnya siapa?


    "Mana ada... aku study kat sini tadi.." balas Abrisam. Pandangannya dialihkan ke arah Kamarul. Dia tidak mahu menimbulkan sebarang rasa syak wasangka di hati temannya itu.


    "Eleh... tak payah nak cover lah... kalau atas pentas kau boleh berhujah.. kat sini toksah lah nak selindung.."


            Abrisam sekadar tersenyum. Dia tiada sebarang hujah untuk dipertahankan. Kadangkala pendebat pun boleh kalah dengan hujah orang biasa.


    "Jom.. futsal.." Ajak Kamarul.


    "kat mana?" Tanya Abrisam.


    "Asrama Abu Ubaidah... kat laman depan tu.." jelasnya.


    "Mmmm" Abrisam mengangguk tanda setuju.


    "Kau masuk team aku... ok?" Cadang Kamarul.


    "Set..."


 

Posted at 01:10 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: