“Amboi… lamanya Tok tak tengok cucu Tok nih… besaq dah no.. “ nenek Aishah memeluk erat cucu perempuannya di dalam dakapan di tengah-tengah orang ramai di Terminal Bas Shahab Perdana. Semua mata seolah-olah sedang memerhatikan drama percuma di situ. Huhu.
“Isy… Tok ni… Usu kecik lagi la Tok… Ermm Tok ngan Tokwan sihat?” Usu mencium pipi neneknya.
“Alhamdulillah… sehat… jom… Tokwan hang dok tunggu dalam kereta nun… buat lama-lama oghang tua tu sat lagi dia potpet la… jom… mana beg?” Neneknya menunjukkan ke arah sebuah kereta Perodua MyVi di hujung tepi jalan bersebelahan dengan gerai menjual cendol. Usu tergamam. Tokwan aku nie sejak bila pulak pandai bawak kete nih…? MyVi pulak tu… bior bebenor Tokwan aku nih… Usu bermonolog sendirian sambil mengangkat beg pakaiannya.
“Tok…” Usu bersuara seketika selepas mereka melangkah. Tangan kanan neneknya itu digenggam mesra. Cucu kesayangan. Cucu manja la katakan.
“Hmm apa dia?” tanya neneknya.
“Tokwan dah boleh pandu kereta ke Tok?” tanya Usu selamba badak.
“Isy… Usu nih… Tokwan hang tu mutu dia gheti la… keta mana dia nak tau… keta lembu tau la…” balas neneknya. Pecah ketawa kedua-dua mereka.
“Dah tu Tok ngan Tokwan datang dengan sape?” tanya Usu lagi setelah ketawa reda. Persoalannya masih belum terjawab lagi.
“Ada… la… mana buleh habaq la nie… sat lagi Tok ceghita… jom la kaeh sikit…” neneknya menggesa.
Usu melangkah mengekori neneknya di belakang. Matanya melilau melihat wajah-wajah di sekitar gerai cendol itu. Manalah tahu ada wajah yang dikenalinya yang mungkin menjadi drebar kepada nenek dan atuknya. Tapi, semuanya wajah-wajah asing padanya. kecuali Tokwannya yang sedang tersenyum di tepi gerai itu sambil memegang sebungkus cendol pulut di tangannya.
“Assalamualaikum Wan…” Usu menghulurkan tangannya berjabat sambil mencium tangan Tokwannya.
“Waalaikumussalam… cucu tokwan nie sehat ka? amboi makin segak aih…” Tokwannya menyambut huluran tangan Usu. Ubun-ubun cucunya itu diciumnya. Usu pulak tersengih mendengar pujian dari Tokwannya itu.
“Usu sihat je.. alhamdulillah.. Tokwan sihat?” Usu memimpin tangan Tokwannya sambil diperhatikan neneknya yang tersenyum melihat keletah cucu mereka.
“Tokwan lagu ni la… sat ni batuk.. sat ni lega… lagu tu la…” balas Hj Ibrahim.
“Dah siap ke semua Ustaz?”
Usu terpinga seketika. Senyuman dan genggaman tangan Tokwannya dilepaskan. Suara itu datang dari belakangnya. Segera dia mendapatkan neneknya yang masih lagi tersenyum. Usu tunduk.
“Ha… dah la kot… ada barang apa-apa lagi ka Usu?” tanya Hj Ibrahim pada Usu yang tersipu-sipu di sebelah neneknya. Usu menggelengkan kepala.
Sape pulak nih. Tak pernah tengok pun. Sejak bile mamat nih wujud ke alam maya nih? Usu berbicara dengan hatinya sendirian.
Sepanjang perjalanan dari stesen bas ke kampung atuk dan neneknya Usu lebih banyak berdiam diri. Ada juga sekali sekala dia mengiyakan kata-kata datuknya. Banyaknya dia mengangguk dan menggeleng kepala sahaja. Dia bukannya jenis pendiam, tetapi dia tidak selesa bila ada lelaki yang tidak dikenalinya ada di sekeliling.
Jangan-jangan aku kenal dia… manalah tahu kawan masa kecik-kecik dulu ke? Tak pun mamat nie jiran baru Tokwan dengan Tok kot? Isy… takkanlah.. Tokwan dengan Tok takde pun cakap ade jiran baru sewaktu aku call dua minggu lepas. Kalau betul ada jiran baru, mestilah Tok aku sibuk-sibuk bagitahu aku… Sape dia ni ek?
Usu memandang keluar tingkap. Dia menghela nafas panjang. Seketika dia memandang ke arah hadapan. Dah lama tak melawat Alor Star. Dah besar bandarnya, berstatus bandaraya rupanya. Matanya kemudian terhenti pada wajah pemandu MyVi hitam di sebelah datuknya itu. Orangnya nampak baik, berkaca mata dan penampilan kemas. Macam orang berstatus je nie. Usu mengalihkan pandangannya ke arah cermin pandang belakang. Dia tergamam seketika bila melihat sepasang mata tepat memandang wajahnya. Segera dialihkan pandangan lantas memandang keluar.
Astaghfirullah… Ya Allah ampunkan aku ya Allah.. Janganlah kau duga aku dengan dugaan yang berat… Astaghfirullah…
Usu beistighfar di dalam hatinya. Kejadian tadi membuatkan jantungnya tiba-tiba rasa berdebar-debar. Takut pun ada juga. Nanti dikatanya mencuri pandang anak teruna orang pula. Eii.. janganlah. Minta dijauhkan.
Ke dia yang curi pandang anak dara orang? Eiii tak senonoh betul lah mamat nie… Usu bermonolg sendirian sambil tersenyum melihat sawah padi terbentang luas. Hensem jugak mamat nih… hehe.. Terdetik di dalam hatinya. tersenyum lagi sendirian.