Friday, March 02, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 16]

 

 

            Izzah berlari-lari anak menuju ke arah telefon. Deringannya membingitkan telinga.

 

 

“Hello… assalamualaikum…” suaranya termengah.

 

“Waalaikumussalam… itu rumah Dr. Nurul Izzah ke?” suara lelaki menjawab salam Izzah.

 

“Ye… saya Dr Nurul Izzah… ade ape hal?” Izzah bertanya. Keningnya berkerut.

 

“Err.. saya Ashraff… patient Dr aritu…” Ashraff berterus terang.

 

“Ohh.. Ashraff… ade ape hal Ashraff call nih..” Izzah kelihatan lega sedikit mendengar nama Ashraff.

 

“Erm… er…” Ashraff teragak-agak hendak mengutarakan hasratnya.

 

“Ohh.. nak cakap dengan Usu ke?” Izzah meneka. Sengih terlukis dibibirnya.

 

“Erm… dia ada?” Ashraff tak menjawab soalan Izzah tadi.

 

 

------

 

 

            Usu mundar mandir di lobi fakultinya. Jam tangan jenama Casio direnung berulang-ulang kali. Sudah berapa lama dia tercegat di situ. Hampir sejam setengah. Dia sendiri tak faham kenapa mesti dia turutkan arahan dari Ashraff. Bukannya dia kenal benar dengan lelaki itu. Kenal sekadar antara seorang pelayan cafeteria dan juga pelanggan. Tidak lebih dan tidak kurang.

 

 

            Usu mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sandang. Dia mencari-cari satu nombor dari dalam Phonebook.

 

“Assalamualaikum… Ecah…” suara Usu memecah gegendang telinga Ecah.

 

“Waalaikumussalam… ko pakai mikropon ke nie? Aku rasa dah nak pekak je telinga aku nie..” Ecah bersuara dari balik sana.

 

“Dah.. tak payah nak perli-perli aku… kau kat mana nih?”

 

“Atas katil dalam bilik… apesal?” Ecah membetulkan duduknya di atas katil.

 

“Datang lobi jap…” Tegas suara Usu.

 

“Ade ape?”  Ecah mengerutkan dahinya.

 

“Datang je la…” jawab Usu ringkas.

 

“Hmm…” Ecah mematikan talian.

 

 

------

 

 

            Meraba-raba sesuatu di atas lantai. Dalam samar-samar petang. Ashraff tidak betah dengan keadaan itu.

 

“Angah? buat ape nie? buang tebiat ke ape nih?” Suara Alia memecah keheningan petang. Suasana tenang sebentar tadi terganggu.

 

“Hmmm??” Ashraff mengerutkan dahinya.

 

“Carik ape atas lantai tu?” Alia memuncungkan bibirnya ke arah tangan Angahnya yang teraba-raba di atas lantai.

 

“Contact lense…” Ashraff ringkas menjawab. Perhatiannya tertumpu semula ke arah lantai parkir di dalam biliknya itu.

 

“Oooo…” Alia melangkah setapak ke depan.

 

“Stop!!!” Ashraff menadah tangan seolah-olah menghalang Alia dari bergerak.

 

“Nape?” Alia sedikit terkejut.

 

“Jangan masuk… nanti Acu terpijak contact lense tu…” terang Ashraff. Jam di dinding direnungnya sekali imbas. Erk… alamak mampus le aku kena marah ngan dia… dah lewat giler nih..

 

 

------

 

 

            Usu merenung jauh di tepian tingkap bas. Saujana mata memandang terbentang luas sawah padi menguning. Seolah-olah menyambut kedatangannya. Tersenyum. Di hujung sana tersergam gunung Jerai dengan seribu satu misterinya. Kedamaian alam yang terlukis indah di hadapan matanya gagal memberikan ketenteraman pada hatinya. Benarlah kata-kata naqibah usrah Grup Mujahidahnya dulu ‘Hati adalah di bawah taklukan Allah swt… mana mungkin kita bergembira jika Allah melimpahkan duka pada hati kita semua… mana mampu kita bersedih jika Allah menentukan kebahagiaan buat kita… siapa kita hendak menentukan gembira atau tidak hati kita…’

 

 

“Ya Allah… yang kau datang sini buat ape?” Ecah menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Dia membetulkan kembali tudungnya yang sedikit herot.

 

“Mmmm…” Usu sekadar menggelengkan kepalanya. Mana jin yang sudah merasuknya sehingga dia menurut sahaja permintaan Ashraf untuk berjumpa di lobi fakulti.

 

“Kau suka dia kan Usu? Aku dah agak dah… kau nie mesti dah jatuh hati dengan dia kan?” Ecah meneka. Walau pun dia tahu bahawa teman baiknya itu bukan senang untuk dirapati lelaki; inikan pula hendak bercinta.

 

“Taklah… mana ada aku jatuh cinta semua nie… tapi… eiii!!!! apesal nie… aku tak faham le Ecah…” Usu menghempaskan punggungnya di atas kerusi yang tersusun di tepi dinding. Pandangannya ditala ke arah Ecah yang masih berdiri tercegat di situ.

 

“Ape yang kau nak hiraukan… dia bukannya tau kau datang pun hari nie…” balas Ecah yang dapat mengagak kata hati temannya itu.

 

“Eii kalau dia tau aku datang…. malunya… macam aku pulak yang terlebih-lebih sudu dari kuah nih…” Usu menyesali tindakannya yang mengikut kata hati tanpa berfikir panjang. Nasib baik Ashraff tidak datang petang itu. Kalau tidak, entah di mana hendak diletakkan mukanya itu.

 

 

            Usu tersedar dari lamunannya kerana tiba-tiba drebar bas itu membunyikan hon. Dia cuba melihat ke depan tapi tak nampak apa-apa. Perjalanan selama 5 jam menaiki bas itu sungguh meletihkan. InsyaAllah dalam beberapa ketika lagi dia akan sampai ke bandaraya Alor Star. Dia akan menghabiskan cutinya di rumah atuk dan neneknya di sana. Cuba mencari sesuatu yang hilang dan mencari sesuatu yang tidak dapat dilihat di hadapan mata kasarnya. Usu mengeluh panjang. Jam tangan dijelingnya sekilas. 5.33 petang.

 

 

Posted at 02:00 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: