“Iye… takkanlah aku ni. dah rosak bijik mata pulak Ecah oi… memang sah dia…” Usu bersungguh-sungguh menjelaskan pada Ecah.
“Ye ke? Ko yakin tak salah orang? Dah lebih setahun dah dia takde kat kolej nie…” Ecah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Air kelapa muda yang dibeli dari gerai tepi jalan tadi disedutnya sedikit demi sedikit.
“Kalau kau tak percaya, kau ikut aku pegi melawat dia di hospital petang nanti… kau tengok sendiri dengan bijik mata kau tu…” saran Usu.
“Petang ni… okey.. aku takde benda.. set..” Ecah bersetuju.
------
“Angah… rehatlah dulu dua tiga hari di rumah…” Puan Zuraidah mengangkat sedulang kopi diikuti di belakangnya Alia membawa semangkuk mee goreng.
“Ala… mama nie risau sangat lah… Angah bukannya sakit ape pun… hypoglycemic je… Angah dah sihat la mama…” Ashraff menuangkan air kopi ke dalam cawan kemudian menghulurkan kepada ibunya.
“Angah nie degil betul la… nanti kalau sakit orang jugak yang susah…” Alia memprotes.
“Abis tu… takkan Acu sanggup tengok Angah terbongkang kat hospital tu…” Ashraff menggosok-gosok ubun-ubun Alia. Sempat dia mengelak.
“Ala… kak Zulfa kan ada… Oppsss…. sowee… tak sengaja…” Alia menutup mulutnya dengan tangan sambil mengerutkan dahinya. Ashraff terbeliak memandang Alia.
“Oo… time mama takde di hospital ade orang lain la yang jaga Angah ye…” Puan Zuraidah tersenyum sinis memandang anak terunanya. Darah terasa menyerbu naik ke muka Ashraff. Hampeh punya adik… tak reti menyimpan rahsia langsung…
“Mana ada… mama percaye sangatlah dengan Acu tu…” Ashraff mengerutkan dahinya. Mee goreng di dalam pinggan segera dihabiskan.
“Dah habis Angah….?” Puan Zuraidah bersuara lagi.
“Ermm dah habis… Angah naik atas dulu mama…” Ashraff segera naik ke atas.
“La… mama belum abis cerita pasal sape Acu..? Zulfa?” Suara ibunya dibiarkan sahaja Ashraff melangkah terus naik ke atas tanpa menoleh ke belakang.
------
Usu melangkah seiringan dengan Ecah. Beg sandangnya dibetulkan agar tidak mengganggu langkahnya. Ecah menurutnya sambil melihat ke arah jam di tangan. Sesampainya di hadapan lobi lif, butangnya ditekan segera. Usu melangkah dahulu masuk ke dalam lif diikuti oleh Ecah.
Mereka melangkah masuk ke dalam wad Perubatan Lelaki. Usu melangkah terus ke bilik 3B. Kosong. Katil bersusun kemas. Selimut terlipat di hujung kaki katil Persis tiada yang mendiami bilik itu.
“Usu?! buat apa kat sini?” Izzah mengejutkan Usu yang terjenguk-jenguk ke dalam bilik 3B itu sambil Ecah mengerutkan dahinya.
“Opocot…!” Usu berpaling ke belakang sambil menggelengkan kepalanya.
“Usu cari sape?” Izzah bertanya lagi.
“Tu…” Usu menuding jarinya ke arah katil di dalam bilik 3B.
“Oh… Ashraff?” tanya Izzah mendapatkan kepastian. Usu mengangguk.
“Dah balik dah pagi tadi…” jawab Izzah sambil tersengih.
------
Usu merenung jam di dinding. Pukul 10.10 malam. Dia memandang kembali ke arah skrin laptopnya. k^@sh baru saja online.
puteri_aiman: assalamualaikum…
puteri_aiman: pegi mana dua hari tak online?
k^@sh: waalaikumusalam..
k^@sh: ade hal skit…
k^@sh: tunggu sy ke? J
puteri_aiman: mana ada…
puteri_aiman: sj nak tau je…
puteri_aiman: mana tau awak sakit ke.. ape ke…
k^@sh: does it really matter to u?
k^@sh: siapalah saya ni. …
puteri_aiman: kasarnye bahse…
puteri_aiman: sounds like awak masih marahkn sy..
k^@sh: sowee… no offense…
puteri_aiman: J
puteri_aiman: so… bila balik Mesia?
k^@sh: hahaha….
puteri_aiman: why? ape nie? gelak2 pulak..
k^@sh: sy dah lebih 6 bulan kat Mesia la…
k^@sh: dah keje pun…
puteri_aiman: ape?!!! biar betul?
k^@sh: betul la… buat apa nak tipu…
k^@sh: tu la…
k^@sh: org tegur tanak bls mesej…
puteri_aiman: tahniah…
k^@sh: tima kasih…
k^@sh: awak pulak mcm mana skang?
puteri_aiman: sy smbung ijazah…
puteri_aiman: dlm negeri ja..
puteri_aiman: skang nie final year…
k^@sh: alhamdulillah..
k^@sh: congrats to u too..
k^@sh: stadi rajin2 key…
puteri_aiman: insyaAllah…
k^@sh: awak…
puteri_aiman: ye..?
k^@sh: nape awak benci lelaki?
puteri_aiman: nonsense.. sy tak benci lelaki
puteri_aiman: sy berhati-hati…
k^@sh: smp xnak terima lelaki?
puteri_aiman: nape perlu sy peningkan kepala
puteri_aiman: lebih baik single je..