Usu berjalan menuju ke arah wad Perubatan Lelaki. Hatinya menggumam. Kenapa la aku ni. lemah ingatan sangat? Kunci rumah pun aku terlupa nak ambik… Langkahnya terhenti di hadapan lif. Dia menantikan pintu lif terbuka. Akhirnya, dia sampai ke tingkat 3. Dia membelok ke sebelah kanan setelah keluar dari perut lif.
“Hello, assalamualaikum Kak Long…” Usu menelefon Izzah dari bahagian luar wad. Dia mundar-mandir di situ.
“Waalaikumussalam…. ade ape ni. Usu?” tanya Izzah kehairanan.
“Kak Long kat dalam wad ke? Usu nak amik kunci rumah… kunci Usu tertinggal di dalam rumah…” terangnya.
“Masuk je… sekarang waktu melawat… Kak Long kat bahagian 1st class nie… bilik 3B sebelah kanan nurse station…” Izzah bersuara di hujung talian.
Usu melangkah masuk ke dalam wad. Dia melangkah menuju ke arah kaunter jururawat. Kemudian dia tercari-cari bilik 3B.
“Cik… cari siapa?” Seorang jururawat muda menegur Usu dengan senyuman.
“Err… bilik 3B dekat mana ye kak…” Usu bertanya.
“Oh… bilik encik Ashraff…. Cik jalan terus, pintu ke tiga tu bilik 3B”
Encik Ashraff? Ah biarlah… aku peduli ape… aku carik Dr Nurul Izzah le… Gumam hati Usu.
“Terima kasih ye kak…” balas Usu ramah mesra. Sekuntum senyuman manis dengan gula tiga sudu diberikan pada jururawat itu.
------
“Akak…” Usu memanggil Izzah dari luar pintu lagi. Izzah yang sedang menulis sesuatu di dalam fail pesakit menoleh. Izzah mengisyaratkan untuk menyuruh Usu masuk ke dalam dengan tangannya. Usu melangkah masuk.
“Eh!??!? Awak??!!” Usu seperti terkejut melihat Ashraff terbaring di atas katil. Izzah pula terkejut kerana Usu mengenali pesakitnya. Ashraff tersenyum datar. Masih lemah lagi.
“Usu kenal encik Ashraff ke?” Izzah bertanya melihatkan Usu asyik terlopong je melihat Ashraff.
“Kenal dekat kolej…” Ashraff menyampuk. Usu diam mengangguk. Ye la… memang kenal kat kolej… tapi dah berzaman aku tak jumpa mamat nie kat kolej tu… tetiba je muncul kat spital ni. pulak… Getus hatinya.
“Oooh…”
------
“Lama tak nampak…?” Ashraff bersuara melihat Usu yang duduk di atas kerusi pelawat di sebelah katil. Alia, adik perempuan Ashraff turut menemani mereka sambil bermain game di dalam handphone Ashraff.
“Rasenye saya lebih sesuai tanya soalan tu encik.. Ash..raff..” balas Usu. Ashraff ketawa memandang Usu.
“Tak payah la nak berencik-encik dengan saya… panggil Ashraff je atau pun Ash…” Ashraff merenung ke wajah gadis manis bertudung corak bunga-bungaan di sebelahnya. Usu tunduk memandang lantai.
“Dah tak keje?” tanya Usu semula setelah melihat suasana antara mereka senyap sunyi beberapa ketika.
“Saya sambung belajar…” balasnya ringkas.
“Ooo…” Usu mengangguk. Ape nak cakap dengan dia nie lagi… Takkan nak belah camtu aje kot… dia kan sakit… melawat orang sakit ni. disuruh agama… ermmm melawat sorang-sorang camnie?? Usu berteka-teki dengan dirinya sendiri.
“Amacam stadi cik sekarang?” Ashraff pula bertanya. Sekadar mengisi ruang masa yang kosong. Usu ketawa kecil sambil menutup mulutnya.
“Tak payah juga nak bercik-cik dengan saya… panggil Zulfa saja…” Untuk melihat ke arah jam tangannya. Ingatkan nak suruh panggil puteri ke… Ashraff berbicara di dalam hatinya.
“Ooo okey… ingatkan nak suruh panggil tuan puteri ke…” Ashraff cuba mencari titik keakraban. Keduanya ketawa.
“Saya balik dululah ye Ash… lagi pun petang nanti saya kena pegi kolej semula…” Usu bangun mencapai beg sandangnya. Selepas memberi salam, dia berlalu meninggalkan Ashraff dan Alia.
“Err… Zulfa….” Ashraff mematikan langkah Usu di depan pintu bilik itu. Usu menoleh.
“Yer…” Usu mengangkat keningnya seolah-olah bertanya.
“Friend…?” Ashraff bersuara semula sambil menguntum senyum.
“Okeh we're friend now… take care…” balas Usu sambil menghadiahkan sekuntum senyum. Ashraff membalasnya dengan senyuman.
------
“Angah kenal kak Zulfa ke?” Alia adik bongsu Ashraff bersuara selepas Usu hilang dari pandangan.
“Kenal gitu-gitu je… takdelah rapat sangat… Alia kenal dia ke?” Ashraff membetulkan selimut di hujung kakinya.
“Alia kenal kawan kepada kak Zulfa… nama dia kak Hana…” balas Alia yang masih sibuk bermain game.
“Ooo… kak Hana yang putih-putih selalu pakai tudung dengan keronsang kat atas kepala tu ke?” tanya Ashraff semula.
“Eh… mana Angah tau semua tu? Angah nie pegi keje ke pegi mengintai anak dara orang?” tanya Alia tersengih memandang Ashraff.
“Keje la… mengintai tu part-time je…” Ashraff mengenyitkan sebelah matanya pada Alia.