Friday, March 02, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 13]

 

 

         Bismillahirrahmanirrahim… Sejadah dihamparkan. 3.35 minit pagi. Setitis air jatuh dari bawah dagunya. Tegaknya dibetulkan ke arah kiblat. Tenang hatinya damai. Allahuakbar! Dua rakaat solat. Tenang dan damai dinihari menusuk ke kalbu. Air matanya menitis di hadapan Tuhan Rabbul Jalil. Agaknya inilah kata orang, bukan mudah untuk melihat air mata lelaki menitis. Melainkan kerana Tuhannya.

 

 

Ya Allah Ya Tuhanku…

Ini aku di hadapanMu wahai Tuhanku…

Aku datang menghadap ke hadratMu yang Maha Agung…

Aku datang membawa sekeping iman dan amal yang terlalu sedikit…

 

 

Ya Allah Ya Tuhanku…

Aku serahkan padaMu jua…

Segala rencana hidupku dan matiku…

Kerana hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui…

Baik dan buruk sesuatu pada diriku dan imanku…

 

 

Ya Allah Ya Tuhanku…

Aku mohon petunjukMu yang Maha Benar…

Untuk merungkai masalah dan kekusutan di dalam jiwaku

Andai kiranya dia baik untuk diriku dan imanku…

Permudahkanlah…

Andai kiranya buruk untuk diriku dan imanku…

Maka jauhkanlah…

Ameen… Ya Rabbal A’alamin…

 

 

         Tangannya diraup ke muka. Perubahan untuk kebaikan. Demi seorang insan bernama wanita. Ashraff kini bukan lagi seperti Ashraff yang dahulu. Solatnya bukan lagi sekadar memenuhi arahan ibu. Kalau dahulu, solatnya tunggang langgang. Rekod terbaik adalah 4 kali solat sehari semalam. Subuh. Subuh gajah itu kebiasaan. Subuh dinasour pun pernah diamalkan. Solat sunat dan al-Quran jangan diharaplah. Setahun boleh dibilang dengan jari berapa kali dia membaca al-Quran. Itu pun sekadar di bulan Ramadhan sahaja.

 

 

Perkenalannya dengan Zulfa Aiman merubah dirinya. Bagai langit menjadi bumi. Api menjadi air. Ashraff kini bukan lagi seperti itu. Solatnya di awal waktu, cukup sehari semalam lima waktu, sunatnya sudah tentu belum dikira zikir dan al-Quran setiap waktu.

 

 

puteri_aiman: awak lelaki… ketua keluarga

 

puteri_aiman: mcm mana nak jadi ketua kalau awak lemah?

 

puteri_aiman: mcm mana nak jadi suami yang membimbing isteri?

 

 

dan kata-kata yang tidak dapat dilupakannya adalah…

 

puteri_aiman: awak tau ade pepatah berkata…

 

puteri_aiman: jangan bermimpi mendapatkan Khadijah, sekiranya diri tidak sehebat Muhammad

 

puteri_aiman: jangan berharapkan Fatimah, jika diri tak setimpal Ali…

 

         

         Hatinya tersentak dengan luahan ikhlas dari Usu. Ketika itulah dirinya mula menyedari kesilapan dan kelalaian dirinya selama ini. Hatinya menjadi lembut dan mula menerima nasihat dan tarbiyyah. Wanita solehah untuk lelaki yang soleh.

 

 

         Dari saat dan ketika itulah, dirinya mula menyimpan perasaan pada gadis manis bernama Zulfa Aiman itu. Gadis yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali ke jalan Allah swt. Saat dan tika itulah bunga cintanya mula beputik dan berkembang.

 

 

------

 

 

         Dirinya terasa amat lemah. Langkahnya longlai. Terasa kepalanya berdenyut-denyut semenjak semalam. Mungkinkah kerana dia berhujan petang semalam ketika pulang dari pejabat. Atau mungkin juga tersalah makan sewaktu menjamah hidangan tengah hari di warung mamak tepi jalan itu. Ashraff melonggarkan tali lehernya. Dia sudah tidak betah untuk meneruskan tugasnya.

 

 

“Lina… masuk sekejap…” Ashraff memanggil setiausahanya masuk ke dalam bilik. Ashraff memicit-micit dahinya. Dia kelihatan sedikit pucat. Seketika kemudian gadis berusia awal 20an masuk ke dalam biliknya dengan diari berwarna maroon di tangannya.

 

“Ada apa encik Ashraff?” Lina berhenti betul-betul di hadapan meja Ashraff. Tudungnya dibetulkan sambil merenung tepat ke wajah Ashraff.

 

“Saya cuti separuh hari, hari ni. …. tolong bagitahu Datuk ye…” pesan Ashraff pada Lina. Dia menganggukkan kepala sambil menulis sesuatu di dalam diari.

 

“Baik encik Ashraff… ada apa-apa lagi?” soal Lina.

 

“Batalkan semua temujanji saya hari ni., anything emergency just SMS saya… okey” Ashraff menarik nafas dalam-dalam. Rasa pening dan loya semakin menjadi-jadi pula. Tapi ditahannya.

 

“Baik encik… erm… encik tak apa-apa ke? saya nampak encik pucat semacam je ni….”

 

“Saya okey… terima kasih…” balas Ashraff. Lina melangkah keluar dari bilik Ashraff.

 

 

------

 

 

         Dunia sekeliling kelihatan berpusing-pusing. Suara manusia di sekelilingnya kedengaran bercampur baur. Ashraff mula bingung. Ah… apa dah jadi dengan aku nih..? Gerutu hatinya. Lututnya terasa lemah semacam sahaja. Tiba-tiba…

 

 

“Encik…?! encik?!” Suara orang ramai memanggilnya. Namun dia tidak punya kekuatan lagi untuk menyahut. Matanya terpejam rapat walau pun telinga masih mampu menangkap suara-suara orang di sekelilingnya. Dia tidak pasti apa yang berlaku selepas itu. Hanya diserahkan bulat-bulat pada Allah swt.

 

 

         Beberapa jam kemudian, Ashraff membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa sedikit pening dan sakit. Dia menyedari sedang terbaring di atas katil. Kipas angin berputar ligat di atas siling. Ashraff memandang ke tepi. Ibunya Puan Zuraidah setia dengan sekeping senyum terukir di bibir.

 

 

“Mama…” lemah suaranya.

 

“Angah pengsan di lobi hospital tadi, nasib baik Dr Nurul ada dekat-dekat situ tadi…” jelas ibunya sambil mengusap-usap helaian rambut anak terunanya itu.

 

“Thanks doctor…” Ashraff memandang lemah ke arah Dr Nurul. Dia tidak pasti siapakah namanya doktor wanita bertudung ungu di hujung katilnya itu.

 

“Nurul Izzah…” Dr Nurul Izzah menghulurkan sekuntum senyuman pada pesakitnya itu.

 

“Encik Ashraff hypoglycemic tadi… mungkin tak makan pagi kot…” Izzah besuara semula. Ashraff tersengih lemah.

 

“Kan mama dah pesan pagi tadi untuk sarapan… Angah tak sarapan ye…” Puan Zuraidah bertanya. Ashraff menggelengkan kepalanya sambil memandang ke siling.

 

“Alhamdulillah… encik Ashraff dah sedikit stabil sekarang, tapi kami kena monitor lagi keadaan encik Ashraff… mungkin esok atau lusa baru boleh balik…” Izzah memberikan penjelasan. Ashraff mengangguk.

 

“Terima kasih doktor…” Puan Zuraidah bersuara. Izzah berlalu meninggalkan dua beranak itu. Ashraff mengeluh panjang sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Nafasnya ditarik dalam-dalam.

 

“Angah… kenapa ni.? Mama tengok angah macam ada masalah saja?” Puan Zuraidah seolah-olah dapat mengesan perubahan riak laku anak terunanya itu.

 

“Tak ada apa Mama… Angah okey je…” balasnya sambil menguntum sekuntum senyuman kelat.

 

 

Posted at 01:15 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: