Tiba-tiba Usu teringatkan Hafizi. Lelaki yang pertama berjaya mengetuk pintu hatinya. Juga lelaki pertama menghiris dan menghancur lumatkan harapan dan cintanya pada kaum Adam. Pedihnya masih terasa dan berbekas sampai ke hari ini. Agaknya itulah maknanya hardcore cintan seperti kata Hana dulu tu. Lelaki kejam. Sia-sia saja menaruh rasa sayang. Astaghfirullah…
Tapi sekarang? Kenapa perasaan itu datang lagi? Malah lebih dalam dari yang pernah dirasakan dulu. Seluruh alam rasa sunyi. Setahun menahan rasa sunyi. Cuba menafikan kepedihan yang sengaja dicari. Rasa bagai nak saja dijawab semua mesej-mesej yang sampai, tapi… takut… takut pada bayang-bayang sendiri.
k^@sh: assalamualaikum…
k^@sh: ….
Usu gamam. Kenapa tiba-tiba nama itu muncul semula? Saat dan ketika hati dan perasaannya menyebut-nyebut nama itu. Sudah enam bulan dia senyap tanpa sebarang mesej atau salam di YM! mahu pun email. Kalau dulu, walau pun Usu tidak menjawab sepatah, sesekali dalam seminggu, salamnya sampai jua. Jari jemari Usu bergetar menghampiri papan kekunci laptopnya…
puteri_aiman: waalaikumussalam…
Salam dijawab. Debar menantikan mesej seterusnya.
k^@sh: sihat?
Hati berbunga melihat jawapan dari balik sana.
puteri_aiman: alhamdulillah… awak?
k^@sh: alhamdulillah…
Suasana senyap kembali. 2 minit… 4 minit… 7 minit… Usu menggerakkan tetikusnya menghampiri butang ‘close’.
k^@sh: nape senyap je?
k^@sh: tak sudi berbual dgn sy lagi dah?
Allahuakbar… Menusuk ke hati. Tak tahu samada pertanyaannya untuk perbualan kali ini atau mungkin bertanyakan sebab Usu berdiam selama setahun.
puteri_aiman: …
puteri_aiman: tak tau nak cakap ape..
k^@sh: tak payah cakap…
k^@sh: taip je… biar sy yg baca…
k^@sh: J
Masih nakal dan suka mengusik. Sama seperti setahun yang lepas.
puteri_aiman: nak taip ape?
puteri_aiman: awak marah sy?
Aduh… buntu kepala memikirkan ayat-ayat seterusnya. Kalau dulu belum sempat habis ditaip ayat pertama, isi ayat ketiga sudah terngiang di minda.
k^@sh: sepatutnya itu soalan sy…
k^@sh: awak marah sy?
puteri_aiman: tak…
k^@sh: tak juga…
puteri_aiman: hmm?
k^@sh: sy tak marahkan awak… J
puteri_aiman: dah makan?
k^@sh: awak nak masakkan ke? :-p
puteri_aiman: u r dreaming man…
k^@sh: mimpi boleh jadi kenyataan…
Ah… apa lagi ayat yang perlu ditaipkan. Ke mana hilangnya keramahan dia? Kenapa monotonus sangat ni.
k^@sh: so..
k^@sh: what happened?
puteri_aiman: hmmm?
k^@sh: what has happened to you for the last ONE year my princess?
k^@sh: missing in action?
puteri_aiman: I’m sorry…
k^@sh: u owe me more than that…
Kenapa ni.? Mendesak semacam je.
puteri_aiman: mencari diri sendiri
puteri_aiman: awak takkan faham…
k^@sh: sebab awak xnak explain
puteri_aiman: u don’t need that
k^@sh: I’m dying waiting…
puteri_aiman: saya tak minta awak tunggu…
k^@sh: sy nak kenal awak
k^@sh: sy nak jumpa awak
puteri_aiman: sy org biasa je
puteri_aiman: ….
k^@sh: sy tetap nak kenal awak…
puteri_aiman: then u better pray to Allah swt…
puteri_aiman: only He, has got the power to bring me to u…
puteri_aiman: gtg… ada hal…
puteri_aiman: assalamualaikum…
puteri_aiman: n…