Friday, March 02, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 11]

 

 

         Musim silih berganti. Tahun berganti macam hari-hari yang berlalu. Semacam baru semalam dia menjejak kaki ke KLIA untuk ke Australia. Sebentar lagi dia akan tiba di KLIA. Dengan segulung ijazah. Sebuah kejayaan. Macam seorang mujahid baru pulang dari medan perang. Dengan rasa rindu pada kampung halaman, sanak saudara, rakan taulan dan… tuan puteri? Termasuk dalam senarai ke? Rakan taulan? Atau…

 

 

         Setahun… sejak peristiwa insensitive melampau itu. Usu mendiamkan dirinya. Mesej Ashraff tidak pernah berbalas. Email… poskad… surat… YM!... sebut sahaja teknologi mana yang belum dicuba. Kecuali dia belum punya kekuatan untuk menelefon. Coward. Mungkin tidak. Kesopanan dan kesusilaan. Maybe. Takkan sesuka hati saja nak telefon anak dara orang. Dah la kenal pun tidak. Sape kata tak kenal? Tuan puteri tu saja yang tak kenal Ashraff.

 

 

“Encik… tolong tegakkan tempat duduk ye… kita hampir mendarat… terima kasih…” suara pramugari MAS mengejutkan lamunan Ashraff. Pandangannya dilepaskan jauh meniti awan dari luar tingkap pesawat.

 

 

         Setahun… Zulfa Aiman… setahun aku mati kutu seorang diri di bumi kanggaru tu. Merajuk ke marah ke. Konon hantar email ‘maaf diterima’. Takkan maknanya our friendship ends here? Mudahnya.  Setahun aku tunggu jawapan dan berita dari kau Zulfa Aiman. Apesal la keras sangat hati kau tu.

 

------

 

 

“Along dah selamat… Achik pun dah selamat… Angah bile lagi nih?” suara ibu Ashraff mematikan lamunan. Spongebob Squarepants sedang beraksi di kaca televisyen.

 

“Bile apa ni mama?” Ashraff menoleh. Sudah beberapa bulan dia pulang ke tanah air.

 

“Mama teringin nak tengok menantu ketiga mama la Angah…” suara Puan Zuraidah bagai menendang gegendang telinga Ashraff. Saraf di serebrumnya segera mencipta satu susunan nama. Z U L F A   A I M A N. Dia tersenyum.

 

“Lambat lagi la mama…” balasnya mendatar. Aksi Spongebob di dalam tv seperti tidak mencuit rasa hatinya langsung. Setahun penantiannya bukan sekejap. Kalau kahwin dah beranak satu. Kucing dah tentu beranak empat lima ekor dah.

 

“Sampai bila lagi ni. Angah… takkan nak tunggu kucing beranak kot…” Puan Zuraidah membuka sehelai demi sehelai lembaran Majalah Nur di tangannya. Gelagat Ashraff tidak dihiraukannya.

 

“Tunggu Acu le mama… biar Acu kahwin dulu… Angah ni. last-last pun tak ada hal” balas Ashraff selamba. Bunyi semacam kecewa saja.

 

“Ke situ pulak… orang tanya dia… awak tu dah 24 tahun… tak lama lagi masuk 25 tahun… nak tunggu sampai beruban ke?” Ibunya bersuara lagi.

‘Nak tunggu tuan puteri mama…’ Nak saja dijawab semacam itu di hadapan ibunya.

 

“Macam menunggu tuan puteri…” balas ibunya mendatar.

‘Aah.. memang pun mama…’ Ashraff tersengih. Sekadar menjawab di dalam hati.

 

------

 

         Aku bukannya sengaja mendiamkan diri. Bukan niat diri ini untuk membuatkan kau ternanti-nanti. Tapi, demi masa depan dan arah tuju hidupku nanti aku terpaksa…

 

 

         Usu merenung ke sudut tepi meja belajarnya. Poskad-poskad dan gambar-gambar pemandangan kiriman k^@sh. disusun rapi. Sudah setahun lebih dia tidak mengirim berita pada bakal jurutera itu. Emm… agaknya sudah bergelar jurutera mungkin. Terasa kejam benar dirinya pada jurutera muda itu.

 

 

         Usu melipatkan sejadahnya. Telekung putih di kepala ditanggalkan. Disidai ke birai katil. Rambut panjang paras belakangnya diraup-raup lantas diikat kemas dengan riben. Usu menghempaskan badannya ke atas katil. Patung Doraemon di sebelah dipeluknya erat. Siling biliknya direnung tajam. Bagai tembus dengan tujahan pandangannya.

 

 

         Kenapa? Kenapa mesti rasa macam ni.? Dulu tak rasa apa-apa pun… kenapa pedih dan perit rasa hati ini… kenapa mesti sekarang?

 

 

         Usu berteka-teki dengan perasaannya. Entah kenapa selepas setahun, baru sekarang dia terasa kehilangan sesuatu yang berharga. Kenapa baru sekarang perasaan itu hadir. Dan kenapa dia tidak dapat pastikan apakah yang hilang dari dalam dirinya. Sehingga perasaan pedih itu hadir.

 

 

         We would never know that we love someone, until that someone has gone…

 

 

         Usu bermonolog sendirian. Ah! tak mungkinlah… aku bukannya jatuh cinta dengan sesiapa pun… Usu menafikan di dalam hatinya. Terasa seperti kartun saja. Kelakar. Zulfa Aiman sudah jatuh hati? Hahaha. Tak masuk dek akal betul. Dia gadis kental dan kebal lah. Bukan senang nak jatuh cinta.

 

 

“Orang macam kau ni. Zulfa… bahaya jugak tau…” Hana menghirup segelas air tembikai. Hanya mereka berdua duduk di situ.

 

“Apa pulak nak bahayanya… aku bukannya Israel atau Bush tu… menyerang Negara orang sesuka hati diorang saja…” balas Usu.

 

“Eiii bukan tu maksud aku… orang yang payah jatuh cinta macam kau nie, kalau sekali jatuh cinta… mesti hardcore punya cintanlah…” Hana tersengih.

 

“Ello… tak ada maknanya… cinta mengusutkan kepala hotak saja…” balas Usu sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulut.

 

 

Posted at 01:00 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: