Wednesday, January 04, 2006
KT5 Vol 1 [Part 4]

 

 

      "Aduh...." Suara itu macam aku kenal.. tapi... di mana ya? 

      "Ya Allah....." Itu aje yang terkeluar dari mulutku apabila terpandang pada dia yang terduduk dengan luka di tapak tangannya. Darah merah mengalir dari tapak tangannya menitis ke atas tanah. Aku segera melangkah cepat ke arahnya.

      "Apa awak buat kat sini? Camner boleh jadik macam ni?" tanyaku lantas mengeluarkan sapu tanganku dan membuka tudung botol air mineral yang kubawa bersama tadi.

      "Jatuh dari atas batu tu.." balasnya.

      Riak wajahnya menunjukkan kesakitan yang dirasa. Kelopak matanya juga kulihat dah bergenang dengan airmata. Satu demi satu menitik jatuh. Aku terus memegang tapak tangannya dan menjiruskan sedikit demi sedikit air ke atas lukanya.

      "Tahan sikit ye.. sorry.." kataku padanya. Memanglah pedih. Luka macam tu dituangkan air pulak. Tapi itu sajalah emergency action yang boleh aku ambik dalam hutan macam ni. Luka tu nak tak nak mesti dicuci dulu sebelum dibalut. Nanti jangkitan kuman pulak lagi susah.

      "Ada tisu?" tanyaku padanya. Dia mengangguk sambil mengeluarkan sepaket tisu yang masih baru dari poket beg sandangnya. Aku lantas mengambilnya dan membuka. Aku perlu cepat sebelum darahnya mengalir keluar dengan lebih banyak lagi. Aku mengelap kawasan sekeliling lukanya. Kemudian kawasan luka pula aku lapkan perlahan-lahan. Risau jugak aku kalau-kalau lukanya jadi semakin buruk kalau aku terkasar tika mengelapnya.

      Dia tidak berkata apa-apa ketika aku sedang sibuk merawat lukanya. Aku pun tak pandang sangat dia. Lebih banyak perhatian aku tertumpu pada lukanya saja. Cuma yang aku perasan dia memandang muka aku sepanjang masa aku merawatnya. Aku rasa dalam keadaan darurat macam ni tak salah aku terpaksa pegang tangannya. Kalau tak, macam mana aku nak tolong. Lagi pun bukan aku lebih-lebih pun. Pergelangan tangan dia aku pegang dengan tiga jari saja. Sekadar cukup untuk memudahkan tugasku mencuci luka saja.

      Selesai mencuci lukanya aku mengambil dua helai tisu yang masih bersih dan meletakkannya di atas luka. Kemudian, aku balutkan tangannya dengan sapu tanganku. Dia mengaduh kesakitan ketika aku mengikat balutan.

      "Tahan sikit ye.." Itu aje yang aku dapat cakap pada dia. Kasihan pulak aku tengok dia menahan sakit. Nak buat macam mana. Bukannya ada 'painkiller' tengah-tengah hutan macam ini. Terpaksalah tahan.

      "Nah, awak ambiklah air ni.. belum buka lagi.." aku menghulurkan sebotol lagi air mineralku yang belum dibuka.

      "Terima kasih Zainal.." balasnya kembali.

      Sama-sama

      "Sama-sama" balasku. Aku bangun mengutip kayu api yang berterabur. Beg sandangnya aku angkat. Kotor habis. Aku tepuk-tepukkan begnya lantas meletakkannya di atas batu kecil di tepinya. Dia sekadar memandang tindakan spontan aku.

      "Boleh bangun?" tanyaku sambil memandang padanya. Dia memandang tawar.

      "Boleh rasanya.." balasnya sambil cuba untuk bangun.

      

      Hanya baru separuh jalan hendak berdiri, dia dah terduduk semula. Mungkin terseliuh agaknya. Alamak, apa aku nak buat ni? Alahai Jenal.. takkan nak papah anak dara orang pulak. Tak biasa aku buat kerja-kerja ni. Nak pergi panggil yang lain, takkan nak tinggalkan dia dalam hutan ni sorang-sorang. Dahlah cedera pula tu. Nak tak nak. Aku terpaksa menghulurkan tanganku padanya.


      "Saya tolong.." kataku. Dia menyambut tanganku dengan tangan sebelah lagi dan memegang dengan kuat untuk cuba bangun lagi. Merah padam mukanya. Aku rasa muka aku pun dah merah menyala dah. Ya Allah, bantulah.

      "Awak pegang kayu ni buat tongkat.." arahku padanya. Dia mengikut saja dan menggenggam kayu yang aku hulurkan. Genggaman tanganku dilepaskan. Dia memandang ke arah beg sandangnya di atas batu. Agaknya menanti reaksi dariku.


      "Takpe.. saya bawak beg awak.." balasku seolah-olah faham akan bahasa isyarat dia.

      "Khemah awak kat mana?" tanyaku lagi.

      "Sebelah sana tu. Jauh sikit dari tempat khemah siswa.." balasnya. Setahu aku khemah siswi lebih dekat dengan Bilik Urusetia dan juga resort. Aku berjalan beriringan dengannya menuju ke arah pantai dahulu, kemudian senanglah sedikit nak ke kawasan Urusetia. Risau jugak aku tengok dia berjalan dalam keadaan bertongkat dalam hutan ni. Langkahnya kadangkala terhenti mengambil nafas. Kasihan betul.

            ------
            Di bilik Urusetia.

      "Betul puan... tadi dia ada dengan kitorang semua..." Azwa memberitahu.
      "Lepas tu?" tanya Puan Salbiah sebagai Ketua Urusetia Siswi.
      "Dia cakap nak cari bunga orkid hutan kat tepi batu tu.." balas Ai Ling
      "Kami pergi kutip kayu api kat tempat Izham dan Suhaimi cari kayu" balas Aini.
      "Kenapa awak semua berpecah dari kumpulan? Kan saya dah cakap buat kerja berkumpulan!" suara Pn. Salbiah meninggi.

      Semua yang ada di dalam bilik urusetia terdiam. Azwa, Aini, Ai Ling, Gheeta dan Adrine adalah kumpulan yang bersama-sama Izah tadi. Tapi entah bila, kelibat Izah hilang dari pandangan mereka. Tok! Tok! Tok! Pintu bilik urusetia diketuk.
   

      "Masuk" balas Pn. Salbiah.

      Pintu bilik Urusetia dibuka. Kelihatan Zainal dan di belakangnya dengan memegang kayu tongkat; Izah.

      "Assalamualaikum Puan..." Aku bagi salam pada semua. Muka merah menyala Pn. Salbiah tu aku tenung dalam-dalam. Macam nak makan aku pulak.

      "Zainal... Izah... kamu berdua dari mana?!!" teriak Pn. Salbiah. Wajahnya yang bengis tu aku bayangkan seperti seekor singa yang sedang menantikan habuan daging segar. Ehehe. Gilelah kecut perut. Bukan setakat perut aje yang kecut, usus besar, usus kecil, pankreas sampai rektum lah kecut tengok muka Puan Salbiah.

      "Saya jatuh tadi puan.. nasib baik Zainal ada tolong hantarkan.." balas Izah setelah lama dia diam membisu. Mata Pn. Salbiah tertancap pada tapak tangan Izah yang berbalut. Keningnya berkerut.

      "Kenapa dengan tangan awak tu Izah?" Dah agak dah. Mesti tu lah soalannya.

      "Tangan dia luka sikit Puan". Aku pulak ambik turn menjawab.

      Aku tengok Azwa dengan Aini dah asyik senyum-senyum aje tengok gelagat aku dan Izah. Isy.. minah dua ekor ni... nak kena pelempang agaknya.. sengih-sengih. Sengih keji. Geramnya aku. Apesal lah Pn. Sal ni tak pandang minah dua ekor ni?. Pandanglah dengan muka ganas tu. Biar terkancing gigi minah kebayan dua ekor ni.

      "Dah... awak semua boleh balik ke khemah masing-masing.. Izah.. pergi bilik rawatan.. cuci luka tu.." arah Pn. Sal. Fuh lega. Ingatkan nak kena khutbah ke apa ke tadi. Alhamdulillah.. selamat.

      Aku pun dengan selambanya pusing menuju ke pintu. Dalam beberapa langkah aje aku keluar dari bilik tu...

      "Awak... awak..." Eh sape pulak dengan lantangnya panggil aku 'awak' ni? Aku ada nama lah. Zainal Ariff a.k.a Jenal. Sesedap kacang goreng aje panggil aku 'awak'. Aku berpaling... ler... dia panggil aku 'awak'? Tadi dalam hutan tau nama aku Zainal..

      "Ye..." balasku.

      "Beg saya..." katanya. Kuang kuang kuang kuang... kantoi aku. Nak bawak ke mana beg Izah kat bahu tu? Huhu. Macam mana boleh terlupa pula.

      "Erkk.. Sorry.. terlupa" balasku. Haih... kalau dengan 'Ustazah' ni aje sure ada peristiwa memalukan aku terjadi. Badi gamaknya. Dulu jatuh longkang, Hari ni nak angkut beg dia bawak balik pulak.. Sengal betul lah aku ni. Hehe. Aku menghulurkan begnya dan terus berjalan balik. Aku tersenyum sendiri.

      Aku tiba di kawasan perkhemahan siswa setelah berjalan di tepi pantai. Peristiwa di dalam hutan tadi bermain-main di dalam kotak fikiran aku. Macam wayang gambar pulak. Buat apa lah si 'Ustazah' cute tu pergi main kat batu tu? Saja nak cari penyakit. Aku mengomel sendirian dalam hati.

      "Nal, kau pegi mana hah? Balik awal dari kami sampai lewat dari kami.." suara Suhaimai menerpa ke telinga aku.

      "Kau berjalan ke merangkak?" Izham pula bertanya.

      "Aku naik helikopter..." Hah.. ambik.. nak buat lawak lagi dengan aku. Rasakan lawak selamba badak aku tu.

      "Kau pergi mana?" Suhaimi bertanya lagi. Sedikit serius.

      "Pegi khemah siswi.." balasku dengan muka seposen.

      "Gila kau.. pergi Kem Siswi.. nampak dek Pn. Sal mampos.." kata Izham.
   

      "A'ah Nal.. kau pegi buat apa kat sana?" Tanya Suhaimi sambil meneguk air nescafe di dalam mug biru kepunyaan Najib.

      "Hantar 'Ustazah' balik.. dia jatuh dalam hutan tadi.. luka kat tangan.. aku tolong hantar dia balik lah.. takkan nak biar sorang-sorang dalam hutan tu.." Jawabku. Aik, diorang ni nak gelakkan aku lah tu. Ni aku malas nak cerita-ceriti ni.

      "Oic... jadi hero hindustan lah kau ye.." balas Izham tersengih-sengih menampakkan gigi.

      "Hangguk kau.." Kulit limau yang ada di tanganku spontan aje terbang ke muka Izham. Hampeh.

      "Rileks lah Nal.. takkan marah kot.. Alah kata orang kalau dah banyak sangat peristiwa kau dengan dia.. lama-lama bunga-bunga tu mulalah berputik.. ye tak Mie?" Wuisy mamat sekor ni dah pandai jiwang-jiwang dah ni. Nak kena flying kick gamaknye. Dia tak tau aku ni Presiden Kelab Tae-kwon-do kat sekolah menengah dulu. Karang free aje masuk hospital makan nasik bubur ni.

      "Bunga apa benda pulak ni? Korang ni mengarut lah" balasku.

      "Alah... buat-buat tak paham pulak.. bunga-bunga cinta.. mekar di hati.." balas Suhaimi sambil menyanyikan lagu Misha Omar tu.

      "Hotak kau.." kataku sambil berjalan meninggalkan dua ekor mamat hampeh tu.

      "Woit nak ke mana tu? Kejap lagi roll-call untuk aktiviti malam ni wei.." Izham mengingatkan aku.

      "Mandi.." balasku ringkas sambil masuk ke dalam khemahku mengambil tuala. 

            ------

      Selesai solat Maghrib berjemaah kuliah maghrib dimulakan. Angin laut China Selatan menghembus lembut malam ni. Seronok juga sekali-sekala solat dekat tempat terbuka macam kat tepi pantai ni. Aku duduk barisan ketiga bersama Suhaimi dan Pejol. Najib di baris depan dengan Azmal dan Zaim. Yang lain-lain semua di belakang.

      Kuliah maghrib disampaikan oleh Dekan aku. Boleh tahan juga ilmu bapak Dekan ni. Hehe. Aku mendengar dengan penuh khusyuk. Walau pun kadang-kala nyamuk mengganggu ketenteraman kakiku. Kureng betol lah nyamuk ni. Pegi lah gigit bebudak gemuk nun. Aku jugak yang dikacau. Memang bengong punya spesis nyamuk. Nasib baik aku tak bawak Ridsect ke Fumakilla ke.. Kalau tak free saja syahid tepi pantai ni.

      Selesai solat Isyak, aktiviti pertama kami bermula. Suaikenal saja. Ada jugak aktiviti untuk mengeratkan kerja sepasukan ke apa benda entah kata Zul dekat aku tadi. Dia yang baca tentatif aktiviti dekat bilik Urusetia petang tadi. Aku melangkah menuju ke kumpulan aku.

      "Eh.. Nal.. awak group ini juga ke?" tiba-tiba suara May Ling menyapa aku dengan pelat bakunya bila nampak aku di sebelah Pejol yang juga sekumpulan dengan aku.

      "Habis tu.. takkan aku nak buang masa datang sini.. apela you ni Amu.." kataku. Geng-geng aku semua panggil May Ling ni Amu. Sebab dia ni suka sangat berleter macam makcik-makcik, so sesuwei lah gelaran Amu tu untuk dia.

      "Awak sangat jahatlah Jenal.. suka panggil saya Amu.. saya ini Amoi lah.." balasnya.

      Haha kelakarnye bahasa kau ni May Ling oi.. Erk.. kelakar ke? Tak terasa nak gelak pun. Huhu.

      "Ok.. kita ada dua tugas malam ni.. mula-mula kena berkenalan dulu.. walau pun dah kenal kan.. then lantik ketua.. cari nama group then buat trademark group kita yang melambangkan setiakawan dan keutuhan kerja sepasukan.." Intan memberikan penerangan. Dia jadi wakil group kitorang ke bilik Urusetia untuk ambil skrip tugas.

      "Saya rasa tak payahla berkenalan tu.. dah kenal semuakan.. Jenal, Pejol, May Ling, Intan, Izah, Shanti dan saya Aldrine.. ha.. dah kenal semua.. buang masa aje.." Cayalah Aldrine. Tu yang aku suka tu. Lagi cepat habis lagi syok. Boleh aku balik khemah tidur ke layan lagu ke. Huhu.
   

      "Ha'ah lah Intan.. tak payah lah kan.." sokong Shanti pula. Minah dua orang ni pun sekepala dengan aku juga lah. Hehe. Ha.. siapa lagi nak join menyokong ni. Aku setakat sokong dalam hati saja. Malas nak menonjolkan diri. Cewah..

      "Ok.. kita lantik ketua pulak.. then nama group.." tegas Intan.

      "Ha... aku cadangkan.. Jenal.." Pejol memberikan cadangan.

      Bulat mataku memandang ke arah Pejol. Semua yang lain tersengih.

      "Woi.. apa pula aku.. kau lah.. tak nak lah aku jadik leader.." Kalau jadi leader tak dapat lah aku nak rileks-rileks. Mesti banyak kerja kena buat. Aku bukannya suka sangat.

      "Ok.. ada sokongan?" tanya Intan. Hampehnya si Intan ni. Buat-buat tak paham dengan bantahan aku tadi. Kurang gula betul lah dia ni.

      "Saya membantah.."

      "Bantahan ditolak.." balas Shanti sambil tersengih pada Pejol. Si Pejol pula angkat kening Ziana Zain dekat Shanti. Ooo komplot haram ni. Takpe-takpe... ada lori ada treller.. ada keretapi ada feri.. ada kapal terbang ada LRT.. ada hari I will balas balik.... hmm..

      "Izah.. senyap saja dari tadi.. tak ada cadangan apa-apa ke?" tanya Intan. Ha'ah. Senyap saja dari tadi. Masih sakit lagi agaknya tangan tu.

      "Ermm saya sokong kalau Zainal jadi group leader.." balasnya.

      "Ok.. majoriti menyatakan bahawa Zainal Ariff akan jadik leader.. setuju?" Intan menyambung lagi.

      "Mana aci wei.. tak ada pertandingan.." Aku cuba menimbulkan keraguan dalam hujah pihak pencadang. Huhu.

      "Menang tanpa bertanding lah.. kau tak tengok pilihanraya ke?" Pejol pulak menyampuk.

      Aldrina dan Shanti tersengih. Aik? 'Ustazah' tu pun tersenyum sekali? Ni dah kira komplot besar ni. hmm.. Nasib kau lah Jenal.. kena jadi leader..

      "Ok.. aku setuju jadik leader.. tapi aku nak pembantu leader.. hehe" balasku.

      "Banyak songeh lah awak ini Jenal.." gerutu May Ling.

      "Sibuklah you ini Amu.." balasku.

      "Ok.. siapa nak jadik pembantu leader?" tanya Intan. Hmm mana ada yang nak volunteer. Sampai subuh besok pagi pun takkan ada punya lah.

      "Saya rasa sesuai kalau Intan saja jadi pembantu leader.." Cadang Shanti.

      "Saya setuju" sampuk Pejol. Setuju aje si Pejol ni. Mentang-mentanglah dah selamat dari jadi leader.

      "Saya juga....." sambung May Ling.
   

      "Saya pun.." Amboi.. memang betullah orang cakap 'Ustazah' ni pendiam. Boleh kira dengan jari bilangan perkataan dia cakap.

      "So.. majoriti menyatakan bahawa Intan Zurina akan jadik pembantu leader.." kataku mengulang cakap Intan padaku tadi. Huhu.

      "Woi balas balik eh?" Jawab Intan sambil membaling buku taklimat padaku.

      "Haha rasakan.." balasku.

      "Dah lah tu.. ketua dengan assistant mana boleh gaduh.." May Ling menyampuk.

      "Ya lah tu Amu.. so.. nama group kita?" Aku mengambil alih tugas Intan pulak. Ehehe. Gila kuasa siot.

      "Entah.. apa ek? Kau tak ada cadangan ke?" tanya Pejol padaku.

      "ZTFS" balasku.

      "Apa benda ZTFS tu? Macam nama alien aje.." Shanti menanyaku.

      "Zero Tolerance For Silence.. macam mana?" Teringat aku pada 'Ustazah' yang pendiam sangat kat sebelah Intan tu.

      "Isy semacam je bunyinya.." komen Intan.

      "Awak tak ada pendapat ke?" Aku membuka soalan pada 'Ustazah' sorang ni. Senyap aje memanjang. Ceh.. 'awak' pulak. Hehe. Tapi dia pun panggil aku 'awak' jugak petang tadi. Huhu.

      "Ha?!" Ler.. berangan pulak dia ni. 'Ustazah' pun berangan ke? Izah.. Izah.. Comel pulak aku tengok kau dalam keadaan gabra ultraman ini. Huhu.

      "Any suggestion?" ulangku. Tapi kali ini dalam bahasa 'penjajah' pulak. Hehe.

      "Takde.." balasnya ringkas. Hmm camner nak buat kau ni cakap banyak sikit ye. Tanya 10 patah kau balas sepatah saja Izah? Hmmm..

      "ZTFS pun ok juga lah.. lain dari yang lain.." May Ling membuka mulut.

      "Aku ok je.. kau Intan camner?" Pejol memandang Intan yang tengah berkerut dahi. Takkan fikir nama group gila babas khusyuk sampai macam nak beranak pulak.

      "Ha?!.. aku.. mmmh bolehlah ZTFS pun.. bunyi macam canggih juga lah..." balasnya.

      "Awak setuju tak?" tanyaku pada 'Ustazah'.

      "Hmm" balasnya sambil mengangguk.

      "Ok.. nama group kita ZTFS.. Zero Tolerance For Silence.. means that ahli group kita peramah.. and banyak idea bernas and bersatu... cenggitulah agak-agaknya maksud tersirat.." terangku. Entah apa-apa lah.

      "Orait boss" balas Intan sambil mengangkat tanda tabik padaku. 'Ustazah' di sebelahnya tergelak kecil. Ditutupnya mulut dengan tapak tangan. Sebelah tangannya yang luka tu berbalut dengan bandage diletakkan di atas pehanya.

      "Lagi apa benda assistant?" tanyaku pada Intan.

      "Er.. trademark group boss" balasnya sambil tersengih.

      "Ha.. suggestion... suggestion.. cepat.. nak balik dah ni.." kataku menggesa. Boringnya. Banyak pulak benda nak decide.

      "Logo lah apa lagi.." cadang Aldrine.

      "Saya boleh tolong designkan logo" Ha... tiba-tiba saja berubah. First time 'Ustazah' ni bercakap tanpa di 'induce'. Huhu. Satu perubahan ni.

      "Ok.. Izah design logo.. besok boleh siap tak? Kalau awak perlu bantuan, cakap dengan assistant ye.." balasku padanya.

      "InsyaAllah boleh. Tapi saya perlukan kertas A4 lah.." balasnya. Ooo dia minat melukis rupanya. Huhu.

      "Nanti sebelum balik, ingatkan saya nak kasi A4 paper ok.." kataku padanya. Dia mengangguk. Bagus.

      "Anything else?" tanyaku pada ahli kumpulan yang lain.

      "Takde.. dah beres semuanya.." balas Intan.

      "Ok.. kalau macam tu, bagi yang muslim kita tangguhkan dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.." kataku menutup majlis.

      Usai pertemuan pertama kumpulan kami. Aku menuju ke bilik Urusetia. Nak ambilkan kertas A4 untuk Izah a.k.a Ustazah. En. Bahari memberikan aku 10 keping kertas A4. Aku berjalan menuju ke arah Izah yang sedang menunggu di luar bilik Urusetia.

      "10 keping cukup?" tanyaku sebaik keluar dari bilik urusetia. Dia menoleh ke arahku sambil memandang kertas A4 yang aku bawa.

      "Lebih dari cukup.. awak simpan lah selebihnya.. saya nak 4 keping je" balasnya.

      "Jenal...." balasku. Hehe. Mengusik siot.

      "Opss Sorry.... Je..nal.." balasnya tersenyum. Perlahan sahaja dia menyebut nama aku.

      "Awak suka melukis ke?" tanyaku.

      "Izah…" katanya. Haih balas balik tu. Pergh.. Aku tersengih.

      "Sikit-sikit tu boleh lah.. dulu ingat nak jadi arkitek.. tapi terjadi doktor pulak" sambungnya. Hmm.. boleh juga dia bercakap banyak rupanya.

      "Tangan macam mana? Dah ok? Boleh melukis ke macam tu?" tanyaku lagi. Wuisy curious pulak. Kehkehkeh.

      "Dah cuci tadi dengan antiseptic. InsyaAllah ok lah nanti.. jangan risau.. saya kidal.. boleh lukis.." balasnya semula.

      "Ooo" Aku tersenyum. Mati ayat. Huhu.

      "Jenal, thanks for your help petang tadi.. menyusahkan saja saya ni.." Hmm dia ungkit cerita petang tadi pulak.

      "Eh tak ada hal.. emergency kan.." balasku. Aku pulak jadi terbalik. Dia cakap banyak aku balas sepatah dua pula.

      "Ok lah ye.. awak.. saya balik kem dulu.. Intan dah tunggu lama tu.." sambungnya.

      "Ermm... awak lagi.." balasku.

      "Erk.. Je..nal.." ungkapnya semula. Kali ni lebih jelas dari tadi. Kertas A4 di tangannya digulung sambil tersngih macam budak-budak Tadika. Cutenye..

      "Ok.. jalan baik-baik.." pesanku

      "Terima kasih.. assalamualaikum.." katanya memberi salam sambil mengukir senyum. 

      Aku menjawab salam di dalam hati. Aku berpaling ke belakang. Kulihat Suhaimi dan Izham sedang bertenggek atas tangga bilik Urusetia yang jaraknya hanya 10 meter lebih kurang dari tempat aku dan Izah berbual tadi. Alamak.. kantoi lah pulak. Mamat reporter karat dua orang ni bukan boleh duduk diam. Ada aje halnya nak kacau. Aku melangkah menuju ke arah mereka dengan gaya selamba seolah tiada apa yang berlaku tadi.

      "Ehem... tak ada apa-apa konon..." kata Suhaimi kepada Izham sambil menjeling ke arahku.

      "Aku nampak korang berdua ni.. padanlah Jenal.. dua-dua budiman gitu.." balas Izham.

      "Dia tu NYDP (II) IMI lah wei.. aku ni baca Fatihah pun tak lulus…" balasku sambil duduk.

      "Alah kalau dia Naib Yang DiPertua (II) Ikatan Mahasiswa Islam, kau masuklah election nanti… jadik Yang Dipertua… ha.. macam mana?!" Suhaimi memberi cadangan yang sangatlah tidak logik di batu jembala patik.

      "Kau jangan nak buat-buat cerita.. dia tu ahli group aku saja lah.." balasku.

      "Ahli group ye...." balas Izham sambil menjeling ala-ala harimau buat-buat tak nampak kancil depan mata.. Kejinye jelinganmu itu… Isy… isy.. isyyy…

      "Group kau nama apa Nal?" tanya Suhaimi. Pergh… nasib baik dia tukar tajuk dah. Hehe.

      "ZTFS, kau?"

      "Adrenaline" balas Suhaimi.

      Izham tergelak mendengar nama group Suhaimi.

      "Kenapa lah kau letak adrenaline.. apasal tak letak progesterone ke.. estrogen ke.. tak pun letak lah insulin.." seloroh Izham.

      "Kurang hasam kau.. mantap ape nama tu" Suhaimi menolak bahu Izham.

      "Tengok group aku.. Extraordinary Teens.. baru gempak.. eh Nal.. ZTFS tu apa benda?" tanya Izham.

      "Zero Tolerance For Silence..." balasku mengangat kening.

      "Desktop laptop kau..." Suhaimi meneka sambil mengetik jari.

      "Yup" balasku. Zero Tolerance For Silence.. Aku ambik dari tulisan dalam gambar background desktop laptop aku. Huhu.

      "Eh.. jomlah balik.. ngantuk siot.." ajak Izham. Kami lantas bangun menuju ke kem. Aku, Suhaimi dan Izham di dalam satu khemah yang sama. Menanti besok pagi. Apa benda lagi yang menanti.

 

Posted at 03:33 pm by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: