Buku Engineering Mechanics: Dynamics, Bedford : Fowler ditutup. Matanya terasa keras macam kayu. Dua jam menatap formula-formula dan nombor-nombor. Naik kejung kepala otak. Cepatlah habis exam…
Ashraff meraup wajahnya dengan dua tapak tangan. Allahuakbar. Terdetik di dalam hatinya. Bingkai gambar keluarganya direnung dalam-dalam. Matanya kemudian melihat keluar jendela. Cahaya lampu jalan menempiaskan cahaya ke dalam.
“Angau ke nih?” Bahunya ditepuk. Senyuman tawar terbit di wajahnya.
“Apekehal plak nak angau… muka aku nie macam orang angau ke?” Ashraff menghirup seteguk kopi dari mug.
“Sekilas ikan di air… aku dah tau mana satu ikan kembung la…” balas Imran.
“And aku bukan ikan kembung yang berkilas dalam air…” Ashraff melihat jam di tangan.
“Waiting for tuan puteri… I guess…?” Imran seolah memahami.
“Laparlah…” Ashraff bingkas bangun menuju ke arah pintu bilik. Imran memandang sahaja gelagat teman serumahnya yang angau tak pasal-pasal.
“Sudah-sudah la tu… chocolate cake, nasi goreng, blueberry pancakes.. dah macam-macam kau makan… takkan lapar memanjang?” Gerutu Imran. Ashraff memandang sekilas. Lantas keluar menuju ke tingkat bawah.
Pintu bilik diselak. Terjengul Ashraff dengan roti dan jem sebotol di tangannya. Imran memandang penuh takjub. Kena sampuk jin makan ke rumate aku nih…
“Want some…?” Ashraff menghulurkan sekeping roti siap bersapu jem strawberry kepada Imran.
“No, thanks” ringkas jawapan dari Imran.
Skrin laptop ditenungnya. Macam nak makan je. Nasib baik laptop. Kalau kek berbentuk laptop, dah lama agaknya jadi bahan hadam asid hidroklorik dalam perutnya.
puteri_aiman: assalamualaikum…
puteri_aiman: dah tido ke?
Skrin laptopnya menayangkan tetingkap YM!. Ashraff tersenyum membaca mesej dari Usu.
k^@sh: waalaikumussalam…
k^@sh: tengah makan…
puteri_aiman: lewatnya makan…
puteri_aiman: awak sakit?
k^@sh: kind of…
puteri_aiman: sakit ape?
puteri_aiman: dah makan ubat?
puteri_aiman: doctor cakap ape?
puteri_aiman: ade orang jaga kat sana?
puteri_aiman: kuliah macam mana?
puteri_aiman: boleh bangun ke nie?
k^@sh: banyaknye soklan…
k^@sh: bleh pilih nk jawab mana satu ke ni… J
puteri_aiman: awak sakit ke nih?
k^@sh: I’m alrite…
k^@sh: Cuma…
puteri_aiman: Cuma ape?
k^@sh: takde org jaga kat sini…
puteri_aiman: ngengada la pulak…
puteri_aiman: mujahid mana bleh lemah
k^@sh: I need sayap kiri la..
puteri_aiman: tak payah… pakai je jet turbo…
puteri_aiman: sayap-sayap nih lambat terbang je…
k^@sh: hmm…
puteri_aiman: thanks…
k^@sh: hmm…?!
puteri_aiman: postcard tu…
puteri_aiman: sampai semalam…
puteri_aiman: nice card…
k^@sh: my pleasure…
puteri_aiman: mana dpt alamat sy?
k^@sh: secret agency…
puteri_aiman: ooo… Am I listed?
k^@sh: first rank…
puteri_aiman: whatever…
k^@sh: awak… I’m still waiting..
puteri_aiman: for what?
k^@sh: ur answer…
puteri_aiman: sy kuar dulu…
puteri_aiman: assalamualaikum…
puteri_aiman: n
Ashraff merenung semula skrin YM!. Salah ke tanya soalan tu. Takkan salah kot.
I’m sorry… saya minta maaf… My mistake… Please… jangan merajuk…
Regards,
k^@sh..
Ashraff menekan butang send pada Yahoo Mail. Sensitif melampau. Aku plak insensitive melampau… Getus hatinya.
‘You have 1 new mail in your inbox’
Pesanan dari Yahoo untuk Ashraff. Segera dibukanya email.
From: puteri_aiman@yahoo.com.my
To: k^@sh@yahoo.com.my
Subject: Re: I’m sorry…
Is it so important for u to know the answer? Sy masih belum membuka pintu hati ini untuk sesiapa pun. And I will… for my husband yang SAH only…
p/s: maaf diterima
Salam… puteri_aiman