Wednesday, February 28, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 9]

 

 

            Usu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hujung tasik. Kelihatan beberapa senior lelaki sedang berkayak di tengah-tengah tasik. Kocakan airnya mencetuskan gelombang hingga ke pinggiran. Ecah berjalan perlahan merapati Usu.

 

“Dah lama ke?” tanya Ecah. Usu memandangnya dengan senyuman.

 

“Setahun lebih dah…” balasnya ringkas. Tag namanya dimain-main dengan tangan.

 

“Setahun lebih… tak kenal sape dia?” Ecah macam tak percaya. Setahun lebih berchatting dengan k^@sh tapi tak kenal antara satu sama lain.

 

“Borak pasal masalah Negara je…” balas Usu

 

“I don’t think so… “ balas Ecah mendatar. Ketulan kecil batu sungai dilemparkan ke gigi air.

 

“Its up to you to judge… aku memang tak kenal dia… in fact, nama pun tak tahu…” Usu meraup mukanya dengan dua belah tangan.

 

“So… he’s in Australia rite… study ape?” Ecah bertanya lagi.

 

“Engineering… tapi tak tau what kind of engineering…. may be civil… may be electrical… might also be mechanical… may be.. may be.. and may be…” balas Usu tergelak. Ecah memandang hairan.

 

“Why?” Ecah bertanya.

 

“Nothing…” balas Usu.

 

------

 

            Jenal meluruskan hamparan meja di tengah rumah. Bunga sejambak diletakkan di tengah-tengah. Kesukaan Izzah. Dia melangkah ke arah set televisyen dan hi-fi. Belum pun sempat menekan butang remote controller, kedengaran bunyi posmen di luar. Jenal menjenguk di balik tirai sliding door. Kelihatan sekeping kertas keras dimasukkan ke dalam peti surat rumahnya.

 

            Dia bingkas bangun menuju ke pintu.

 

“Awak… ambilkan mop kat luar boleh?” suara Izzah mengejutkannya. Izzah mengelap lelehan air di lengannya. Kerja-kerja mencuci dapur dilakukan ketika cuti sebegini. Jenal memandang dengan senyuman.

 

“Okey…” balasnya.

 

            Poskad. Nampaknya bukan dari dalam negeri. Australia. Setem pun tak pernah nampak kat sini. Dan sangat menakjubkan adalah… untuk Zulfa Aiman. Jenal membelek-belek poskad berlatarbelakangkan Sydney Opera House itu. Dia meletakkan poskad itu di atas meja dan berlalu ke dapur dengan mop di tangan.

 

“Usu… ade poskad… dari Australia..” suara Jenal mengejutkan Usu yang sedang melangkah naik ke tingkat atas. Dipalingnya ke arah belakang. Jenal sedang menonton tv.

 

“Australia? Mana?” tanya Usu. Memorinya mula menelusuri bait-bait mesej yang ditulis dalam YM! dua minggu sudah.

 

puteri_aiman: awak tak kenal saya pun

 

puteri_aiman: rupa saya pun awak tak pernah tgk…

 

k^@sh: I don’t care..

 

k^@sh: just tunggu je…

 

k^@sh: the card will arrive

 

puteri_aiman: to where?

 

k^@sh: istana tuan puteri…

 

 

“No wonder la adik Along nih asyik melamun je semenjak dua tiga empat menjak nih…” Jenal mengusik. Sebelah matanya dikenyitkan.

 

“What? Along jangan nak merepek la…” Usu berpaling. Poskad di atas meja dicapainya.

 

I miss Malaysia a lot…

 

Regards,

k^@sh

 

            Ringkas sahaja tulisan di bahagian belakang poskad itu.

 

“I miss Malaysian gurl a lot… hah… so sweet ma…” Jenal mengusik sambil tersengih.

 

“Along! Sudah la tu… He’s just a friend… okey…” balas Usu.

 

“Oho… its HIM… ha? Hmmm not bad adik Along nih…” Jenal berpura-pura menonton tv.

 

“Eiii…” Usu melangkah menaiki tangga semula.

 

“Bila nak bawak jumpa Along?” Jenal bersuara lagi.

 

“Shut up!…” balas Usu berlari-lari anak.

 

            Usu menutup pintu bilik. Senyum segaris manis bak gula batu terlukis di bibirnya. Apa sebabnya? Entah. Mungkin tak bersebab. Sedekah? Kan senyum itu sedekah.. Hadith Nabi pun menyarankan. Tapi senyum pada siapa? Entah. Bersedekah mesti ada yang memberi dan menerima sedekah. Takkan sedekah pada angin lalu.

 

I miss Malaysia a lot…

 

k^@sh: rindu Mesia le…

 

k^@sh: sunyi kat sini…

 

puteri_aiman: perjuangan… kena tabah skit

 

puteri_aiman: takkan nak give up camtu je..

 

puteri_aiman: be strong… J

 

k^@sh: its so easy to be said

 

puteri_aiman: I know u r strong

 

k^@sh: am I?

 

puteri_aiman: my instinct… ;-p

 

k^@sh: oho… that’s my word ma…

 

puteri_aiman: pinjam…

 

puteri_aiman: bila cuti?

 

k^@sh: end of year…

 

puteri_aiman: balik Mesia?

 

k^@sh: blom tau lg…

 

k^@sh: maybe yes…

 

k^@sh: may also be no…

 

puteri_aiman: bunyi mcm no…

 

k^@sh: unless awak tunggu…

 

puteri_aiman: dreaming… :-p

 

k^@sh: :-p

 

 

Posted at 02:00 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: