Usu merenung skrin laptopnya. Terpampang Yahoo Messenger di hadapannya. k^@sh sudah hampir setahun menjadi teman berbualnya. Semakin hari semakin rapat rasanya persahabatan mereka. Sudah pelbagai cerita menjadi bahan bualan. Dari cerita Doraemon dan Nobita kesukaan Usu sampailah ke cerita bola sepak kegemaran k^@sh. Peliknya, Usu boleh tahan bercerita tentang bola sepak. Sedang dia hanya tahu bola sepak tu sekadar sukan saja. Tak lebih dari itu.
Kalau ditanya Zinadine Zidane, Beckham ke, Owen ke ape ke… tentunya dia langsung tak tahu. Tapi semenjak mengenali k^@sh, dia sanggup melayari laman web bola sepak, semata-mata nak mencari maklumat tentang bola sepak. Semuanya supaya perbualan mereka nanti tak membosankan. Sekurang-kurangnya Usu tahu juga serba sedikit tentang suka kegemaran k^@sh itu.
k^@sh: le… termenung ke tu?
Mesej dari k^@sh mengejutkan lamunan Usu.
puteri_aiman: taklah…
puteri_aiman: tengah tunggu awak reply
k^@sh: awak senyum ek?
k^@sh: J
puteri_aiman: mana ade?
puteri_aiman: memandai aje
k^@sh: follow my instinct… J
puteri_aiman: ye la tu… x abis2 dr dulu lg
k^@sh: lg sebulan awak…
puteri_aiman: hmmm? sebulan?
k^@sh: sy akan tinggalkan Mesia
puteri_aiman: tinggalkn Mesia?
puteri_aiman: tak faham le…
puteri_aiman: nak gi mana? bulan? marikh? Pluto?
k^@sh: Australia…
puteri_aiman: ???
k^@sh: dpt twrn study kat sana…
k^@sh: MARA scholarship…
Entah kenapa, tiba-tiba Usu terasa sunyi. Seolah-olah dia bakal kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya. Perasaan yang tak pernah terlintas di dalam hatinya. Usu cuba mencari alasan atau jawapan di sebalik rasa sunyinya.
k^@sh: awak….?!
k^@sh: r u still there?
BUZZ!!!
BUZZ!!!
puteri_aiman: ya.. I’m here
k^@sh: nape senyap je?
puteri_aiman: ermm xde ape…
puteri_aiman: sy gi toilet td
Usu cuba berselindung.
k^@sh: nape awak mcm sedih je…
puteri_aiman: xlah… I’m happy 4 u… J
k^@sh: kalau happy takkan smp meleleh air mata?
Ha??!! Meleleh air mata? Mana ada? Memandai je ko nie k^@sh... aku nie perempuan kebal dan kental la… air mata-air mata nih tak main la… Getus Usu menguatkan semangatnya. Sementelahan itu, setitis air mata jatuh di atas jari Usu.
puteri_aiman: mana ade sy nangis…
k^@sh: my instinct…. J
puteri_aiman: sunyi la sy nnti… J
k^@sh: sy YM! awak selalu…
k^@sh: bleh borak cam biasa…
puteri_aiman: sana ada YM! ke?
k^@sh: hahaha… awak wat lawak sinchan ke nih…?
k^@sh: for sure ade YM!... its Australia… bukannya hutan Amazon…
Aduh?! Ape jenis soalan yang aku tanya nih… Bengong dah le ni.
puteri_aiman: hehe..
puteri_aiman: mesti busy kan…
k^@sh: I’ll find the time…
puteri_aiman: tak rasa rindu Mesia ke?
k^@sh: I’ll talk to u…
puteri_aiman: masa mesti beza kan…
k^@sh: I’ll wait 4 u…