Tuesday, January 03, 2006
KT5 Vol 1 [Part 3]

 

 


      Sapaan gadis comel bertudung labuh warna biru laut dengan jubah tu aku buat tak tau saja. Siapa lagik. 'Ustazah' tu lah. Malu siot bila teringat peristiwa hitam legam tu... gila babas lah malu... sebabkan aku terlampau seronok sangat baca komik APO? tu lah... dengan penuh sopan dan kurang asam keping garam belacannya aku tersembam masuk longkang fakulti yang air hitam legam macam kopi pak Belalang tu. Dah lah tu. Depan 'Ustazah' tu pulak. Aku angkat saja muka masa tu, muka dia tengah sengih-sengih kat aku sambil tutup mulut dia. Kureng betol lah. Nasib baik tak ada orang lain. Kalau tak... mahu aku tukar universiti... huhu.


      "Waalaikumussalam..." Itu aje. Getus hati kecilku. Nak cakap terasa malu pula. Dah lah buat akrobatik baik punya dalam longkang aritu.. hampeh punya Jenal... Dengan selamba badaknye aku blah terus dari pejabat kolej.

            ------

      Hari ini hari cuti lagi kat kampus aku. Disebabkan aku balik awal ke fakulti, maka aku kena lah menghabiskan lagi seminggu cuti aku di fakulti ini dengan geng-geng yang balik awal. Pagi ini aku bangun awallah jugak.. standard bebudak U lah time-time cuti.. hehehe.. lepas solat subuh kat surau pagi tadi aku terus balik bilik.. cadangnya nak baring-baring aje... tak tersangka pulak boleh koma 2-3 jam... keskeskes.. sunyi betul kolej aku.. macam duduk dalam hutan pulak rasanya. Hmmm biasalah.. Pukul 8 pagi time cuti.. cuba kalau hari kuliah, mahu sesak bilik mandi tu.. 

      Hari ini aku kena pergi Pelabuhan Kuching. Ada something spesel arriving today. Hehe. Syoknye. Aku ajak Pejol temankan aku. Actually, sebab Pejol budak Kuching, so dia taulah jalan nak pergi port tu. Harapkan aku.. sampai Subuh tak jumpa. Aku nampak Pejol dah bangun tadi.. pergi mandi agaknya.. biarlah dia mandi dulu.. rileks kejap lah.. aku pasang discman aku.. kali ini In-team pulak.. fuh.. sedar tak sedar dah 5 CD Ke'On aku selesaikan semalam.. kehkehkeh..

      "Oit Jenal.. cakap nak bangun awal lah apa lah.. 8 pagi baru nak celik mata.." Pejol menyapa aku.. dengan bertuala.. baru habis mandi.

      

      "Err.. apa?!!" jawabku.. Kelabu mata ke apa Pejol ini, aku tengah dengar discman ni ditanya.. mana nak dengar.. volume sure lah the higest aku bukak.. kalau tak... tak rock lah beb.. aku mencabut earphone.. sambil tu aku buat ayat bahasa isyarat.. 'apa'.. tu lah seketul dua bahasa isyarat yang aku dapat ingat pun.. aku dengan Pejol saja yang ambil bahasa isyarat time 2nd year dulu.. lain-lain semua stok pak arab semua.. Najib sure lah kan.. ahlan wa sahlan sume..
   

      "Kata nak gi port... bila?" tanya Pejol.

      

      "A'ah.. pukul 9 ok dak? Agak-agak office dah bukak ke?" aku bertanya semula.

      "Dah kot.. ala pergi je.. kalau tutup lagi kita makan dulu.. kat situ ada pot makan best" balas Pejol.

      

      "Canteeeekkk..." balasku sambil menunjukkan ibu jari macam iklan minyak masak Seri Murni pemeringkatan dua kali tu..

      Selesai mandi dan bersiap. Pejol dah ready lama dah. Tengah tengok cerita kartun. Apa lah mamat ni. Dah besau panjang camtu pun tengok cerita kartun. Ateh aku bolehlah geng dengan Pejol ni. Hmm.. tiba-tiba rindu pulak dengan adik-adik aku tu.. Alang sekarang ni dah masuk tahun 3 Kejuruteraan Mekanikal kat UTM. Angah pulak tahun dua Pengajian Islam di UIAM.. Ateh pulak tahun ni daftar kat UUM.. Wuisy jauh tu.. Sintok, Kedah.. aku sendri pun tak pernah jejak ke sana.. Usu di matrikulasi Kolej Mara Seremban.. Hmmm.. Ateh.. boleh ke dia nak duduk jauh-jauh ini.. InsyaAllah.. boleh tu.. walau pun aku macam tak yakin saja.. huhu..

      "Oit.. jom.." aku mengajak Pejol yang tengah layan cerita Spongebob..

      "Nak pegi dengan apa ni Jenal?" Tanya pulak dia ini.. Bas lah kot... Ulangan.. kot.. hehe..

      

      "Entah.." balasku ringkas.

      "Ler.. apela ko ni.." balasnya.

      

      "Sebab tu aku ajak kau.. kan kau budak Kuching.. mesti tau.." aku memberi reason yang paling ampuh dalam mempertahankan setiap hujah aku. Macam dalam sesi perdebatan antara IPT tu..

      "Naik teksi mahu RM 15 lebih.. naik bas dalam RM 2.50 sorang, but kena tukar bas kat Kuching dulu lah.. kalau jalan kaki free.." fuh.. ini baru namanya pemandu pelancong.. hampeh.. jalan kaki tu kucing pun tak nak.. eh ye ke? Huhu..

      

      "Gila kau nak jalan kaki.. jomlah naik bas je.. murah..." balasku.

      "Jom.. cepat sikit... 9.10 bas lalu depan tu.." balas Pejol segera bangun menutup suis tv SONY kitorang tu.

            ------

      "Waaa.. lepas ni bolehlah kita pergi bandar hari-hari ye tak Nal..." Pejol membuka bicara.

      

      "Boleh..... blah..." balasku sambil tersengih.

      "Kedekutlah ko ni Nal..." balasnya..

      

      "Alah memain saja lah wei.." balasku.

      "Tak sangka ye... Zainal Ariff kawan aku ni anak orang kaya ye.." tiba-tiba pulak dia mengungkit bab latar belakang aku.. aku paling tak senang kalau orang cakap-cakap pasal benda ini. Walau pun boleh dikatakan keluarga aku keluarga berada sikit, tapi kami tak pernah nak beza-bezakan orang kaya ke miskin ke.. semuanya rezeki Allah.. Mama dengan ayah pun sama.. tak kisah kalau kitorang adik beradik kawan dengan anak orang susah.. 'sekurang-kurangnya kita boleh bantu sekadar mampu...' kata mama..

      

      "Apa yang kaya miskinnya Pejol... semuanya rezeki Allah lah.." balasku merendah diri. Aku tak nak lah dia terasa merendah diri ke apa ke kawan dengan aku.. sebab aku tak pernah rasa kurang pun geng dengan dia walau pun dia just anak seorang nelayan saja kat Santubong sana nun.

      "Ye lah... Perodua Kembara tu wei... dapat free dari ayah kau lagi tu... tak kaya lagi ke?" balasnya.

      

      "Ah.. ramai lagi anak orang kaya lebih kaya... tak payah lah borak pasal tu.. tak menariklah.." aku cuba nak tukar topik lain lah. Karang panjang lebar entah apa-apa pula.

      "Kau dah prepare ke Pejol?" hehe tukar topik baru pula... Perodua Kembara berwarna biru gelap hadiah dari ayah aku meluncur laju menuju ke arah bandaraya Kuching. Cadangnya nak pergi round-round dulu sebelum balik kolej.

      

      "Prepare apa benda pulak?" ek elleh mamat ini... ketinggalan ketapi ke?

      "Khemah Waja Diri lah beb... apa lagi... takkan dah Dementia kot? Ke Alzheimer...?" balasku.

      

      "Hotak ko Alzheimer... tu orang tua lah... sah tidur kuliah Dr Kyaw Lin ni... actually aku cadang nak pack barang hujung minggu ni.. hehe.. ok dak?" Huhu macam tau pula aku selalu tidur kuliah Dr. Kyaw Lin tu.. hehe.. walau pun dia ok.. tapi mata aku memang tak boleh kontrol kalau bab tidur kuliah dia... entah lah.. tak tau kenapa.. i dont know why lah.. huhu..

      "Gila kau.. baik kau pack tahun depan ke? Tahun 2020 ke? Awal sikit..". Ada ke siput betul lah mamat ni. Khemahnya hujung minggu ni nak pack barang hujung minggu jugak.

      

      "Aku dah ready lah wei.. anytime.." balas Pejol.

      Khemah Waja Diri anjuran fakulti kitorang setiap tahun khusus untuk pelajar tahun 4 program Perubatan. Kalau student nurse pulak mereka ada Khemah 3P (Pantas, Pintar dan Pasti).. apa kebendanya yang pantas, pintar dan pasti pun aku tak tau. Yang pasti khemah diorang lain dari yang student medic kena lalui. Kali ini khemah kitorang buat kat Santubong. Hampir-hampir dengan rumah budak Pejol ni lah. Kitorang stay kat tepi pantai lagi tu..

      

      "Kau nak pergi naik bas ke bawak Kembara baru kau ni Nal?"

      "Naik bas kot.. ramai-ramai lah best.." Tak bestlah kalau naik kereta sesorang saja. Kalau dengan bas ada ramai geng sekepala. Taklah boring.

            ------

      Tepat jam 4.00 petang 3 buah bas fakulti dengan muatan seramai 80 orang student tahun 4 perubatan tiba di kawasan Pantai Santubong. Apa nama pantainya aku pun tak tau dah... namanya aje dok Sarawak 4 tahun. Kuikuikui. Aku tengok keluar melalui cermin tingkap bas. Boleh tahan cun jugak tempat ni. Kira memenuhi citarasa antarabangsa lah. Hehe. 

      Aku, Pejol, Zaim, Akmal, Azmal, Ke'on, Pojie dan Najib turun dari bas bersama rakan-rakan yang lain. Bas budak lelaki satu saja. Bas budak perempuan sampai dua bijik. Nampak sangatlah tanda akhir zaman. Perempuan semakin ramai dari lelaki. Bak kata Dr. Rukhsana dulu 'endangered species'. Huhu. 

      "Siswa tolong kumpul kat sebelah kiri ye.. siswi sebelah kanan.. cepat sikit.. cepat.." kedengaran suara macho Penolong Pendaftar kitorang Pn. Salbiah. Hehe. Garang semacam pulak Pn. Salbiah ni. Selalunya ok ja. Angin 15 haribulan macam Usu juga kot. Hehe.

      

      "Woit Ke'on... Apesal tu? Garang semacam saja?" Zaim memuncungkan mulutnya ke arah Pn. Salbiah yang sedang membaca sekeping kertas dari dalam fail biru di ribanya.

      "Datang bulan agaknya..." Balas Ke'on tersengih-sengih sambil mengangkat begnya.

      

      "Dosa wei mengutuk orang...kena minta maaf ni" tegur Najib pulak.

      Ha.. padan ke muka tu.. Mulut tu tak reti-reti nak jaga. Kan dah kena buah tangan dari Najib tu.. Dosa dengan Allah terhapus dengan taubat nasuha, dosa manusia takkan terhapus selagi tak minta maaf.

      

      Aku buat dunno aje dengan diorang. Aku dengan Azmal dan Akmal dah ready dalam group siswa dah. Najib pun dah join sekali.

      "Macam mana lah awak semua nak jadik doktor kalau berkumpul pun lambat macam ni? Macam tak makan aje!" jerit Pn. Salbiah. Huish ini apehal pulak nak marah-marah orang ini?

      

      "Kerek pulak Pn. Sal ni hari ni.." kata Zul yang berdiri depan Akmal.

      "Ok... dengar sini... saya dah bahagikan kumpulan awak semua.. ada 10 kumpulan semua.. setiap group ada 8 ahli.. 2 siswa dan 6 siswi... awak semua akan stay dalam group ini sampailah habis khemah ni.. no changing member.. no excuses.. muktamad.." Fulamak.. bunyi macam arahan diktator lah pula. Gerun siot.

      

      "... Group 1....." Pn. Salbiah membacakan satu per satu nama mengikut group. Sampai habis 80 orang.. berpanas jugaklah kitorang menunggu dia habis baca.. hampeh betul.

      Selesai kitorang mendengar khutbah Pn. Sal tu, En Bahari pulak memberikan taklimat perjalanan khemah. Strict gilelah peraturan. Dah lah jadual pack gila babas. Seminggu pula tu menghadap azab ini. Habis aje taklimat, kitorang diberikan masa 30 minit untuk mendirikan khemah, mencari kayu api, menyediakan peralatan 'hidup' yang lain macam dapur, ampaian baju, meja letak barang dan lain-lain. Hilang akal ke apa diorang ni? Mana nak sempat buat semua tu. 

      "Woit Jenal... serebrum terbalik ke mereka ni? Setengah jam nak buang air pun tak sempat ko tau tak? Ini nak buat semua-semua tu pula.." gerutu Suhaimi yang sedang memegang tiang khemah.

      "Aku rasa bukan terbalik lah Mi.. bengong sikit saja tu..." balasku.

      

      "Oi Mi... kau dah habis buat khemah ke? Meh ikut aku cari wood fire atas bukit tu..." Izham pulak menyampuk.

      "Sedap bahsa omputih kau Am.. wood fire ke fire wood? Sekolah mana dulu?" jampuk aku pula sambil senyum segaris.

      

      "Janji bunyi macam omputih.. jom lah wei.. ramai-ramai lagi best.." sambung Izham.

      "Lima belas minit lagi ni.. sempat ke ni?" Risau pulak si Suhaimi ni. Rileks lah. Tak sempat kena denda aje. Huhu. Tak sanggup aku kena denda. Malu siot. Dah lah 'Ustazah' ada. Cukup lah sekali aku buat pertunjukan sarkas dulu tu. Insaf siot.

      

      Kami bertiga meninggalkan rakan-rakan yang lain di dalam group lelaki yang sedang sibuk dengan tugasan masing-masing. Aku, Mie dan Am memanjat bukit kecil di tepi pantai. Nak cari kayu api. Janji jumpa kayu kering.. besar ke kecik ke semua kami sebat semacam saja. Asalkan boleh nyala api kira boleh aje. 

      Teringat pulak aku kata-kata En. Bahari tadi. Katanya makanan akan disediakan sendiri oleh kami. Maknanya, kenalah ada di kalangan bebudak lelaki ni yang jadi chef. Kalau geng-geng perempuan nun rasanya takdelah masalah besar sangat. Kaum Adam ni aku rasa boleh bilang dengan jari aje yang boleh memasak. Itu pun belum tentu kesedapannya lagi. Huhu.

      Kalau aku jangan haraplah. Jangankan nak memasak, barang-barang masak pun aku tak berapa kenal lagi. Pendek kata kalau campak aku dengan beras. Aku beli nasi kat kedai mamak saja lah. Hehe. Buta masakan. Asam keping dengan limau kering pun tak kenal. Main sebat saja. Masak air aku tau lah. Mee segera tu memang aku expert lah. Hehe.

      Dalam sibuk-sibuk kitorang tengah mengutip kayu-kayu tu, terdengar lah pula suara budak-budak perempuan balik bukit sana nun. Entah apa benda yang dibuat aku pun tak tahu lah. Dengar-dengar sekali macam bincang, dua kali dengar lain macam bunyinya.. gaduh ke? Huhu.. biar betol ni. takkan gaduh tarik-tarik rambut kot.

      "Mie... girls tu gaduh ke?" aku memecah kesyahduan Suhaimi yang tengah syok mengutip kayu di kaki pokok mati tu.

      "Entah.. biarlah" balasnya menoleh pada aku. Alah aku pun bukannya busy body sangat. Saja nak ambik tahu aje. Hehe. Kira busy body jugak lah kan. Kehkehkeh.

      

      "Bukan gaduh la.. tengah carik kayu macam kita jugak.." tiba-tiba Izham pulak menyampuk.

      "Mana kau tau?" tanyaku

      

      "Tu...." Izham menuding jari ke sebalik pohon beluntar. Segerombolan bebudak perempuan kuliah aku sedang mencari kayu api. Ehehehe. Cari kayu api ke cari ranting kering tu? Semuanya ranting ja yang diorang kutip. Ambiklah kayu besar sikit. Barulah namanya 'kayu api'. Huhu.

      "Am, kau dapat mana ek kayu besar-besar tu?" tanya Aini sebaik saja muncul dari balik pokok. Wuisy dia ni. Bagilah salam dulu ke apa ke. Main sergah aje.

      "Ambik kat Giant..." selamba badak saja Izham balas. Nak kata tak sekolah, dah masuk U. Takkan dalam hutan suku belantara macam ni tak tau nak cari kayu kat mana kot? Sengal tahap Nobita lah tu.

      

      "Oooo sombong ek kau Am..." balas Aini.

      "Bagilah salam dulu ke apa ke... ini main sergah aje.. kalau aku kena heart attack siapa yang menyesal? kau... jugak.." balas Izham berseloroh.

      

      "Eh.. tak ada maknanye nak nyesal... Jenal kan ada.." balasnya tersengih. Eh apa pulak ini. Memasukkan aku dalam cerita wayang diorang pulak.

      "Oi.. nak libatkan aku pulak.." balasku ringkas sambil mengangkat kening Ziana Zain.

      

      "Aini kau satu group dengan aku kan? Sape lagi ha?" tanya Izham. Suhaimi dah hilang balik semak nun mencari kayu sendirian. Aku pulak sesaje gerak ke arah longgok kayu mati tepi batu besar tu. Malas nak layan Izham dan Aini. Biarlah. Group Aini pun ramai kat situ. Takkan kena tangkap basah punya.

      "Ni... diorang ni semua group kita lah.. kecuali Izah tu saja.. group Jenal"

      

      Erk!!! Biar betol ni... bior bebenor kata orang Perak... biaq betoi kata orang utara ni.. Alah tak ada orang lain ke nak join group aku? Mana aku pegi ada saja dia ni. Aku kat dalam hutan ni pun dia ada jugak ke? 

      "Am.. aku nak balik khemah dulu lah.. karang kau bawak kayu lebih ni dengan Mie ye..." kataku cepat-cepat nak elakkan diri dari 'Ustazah' tu.

      "Aik cepatnya... Mie mana?" tanya Izham

      

      "Tu.. balik semak tu.. Mie!!" tunjukku sambil memanggil nama Suhaimi

      "Woit... Kenapa?" balas Mie dari balik pokok Senduduk kot. Ehehe aku pun tak kenal pokok apa entah tu.

      

      "Aku balik dulu.." balasku ringkas.

      "Roger.." balas Suhaimi.

      Aku mengambil langkah cipan. Meredah semak sebelah batu besar dan melongsor turun melalui akar pokok. Aku tak ikut jalan datang tadi. Malas. Ada 'Ustazah' kat situ. Langkah aku dicepatkan. Aku nak cepat sampai ke khemah. Tiba-tiba...

      Gedebuk!!!! Erk apa benda tu? Bunyi macam nangka busuk jatuh aje... Mana pulak datang pokok nangka tengah-tengah belukar macam ni. Aku menoleh ke belakang.....

 

 

Posted at 03:33 pm by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: