“Mana awak letak? Dah merata saya cari… tak jumpa pun…” Suara Jenal merungut. Habis seluruh almari diselongkarnya. Sehelai demi sehelai baju yang terlipat rapi di dalam almari itu diselaknya. Masih tak jumpa.
“La… awak nie… penat aje saya susun baju-baju tu…” Izzah bersuara sambil bercekak pinggang. Dua belah keningnya diangkat.
“Ala… nanti saya susun balik le… mana nie?” Jenal masih mencari.
“Nie… saya dah keluarkan…” balas Izzah sambil memegang sehelai baju sejuk berwarna biru gelap yang dibuatnya sendiri untuk Jenal.
“Isy…. Suka tau sembunyi-sembunyi baju orang…” Jenal mengambil baju sejuk itu dari tangan Izzah sambil tersengih manja.
“Sapela nak sembunyi baju dia tu…” balas Izzah mencebikkan bibir.
Kedengaran dari tingkat bawah pintu hadapan ditutup dengan kuat. Izzah mengangkat bahunya memberikan isyarat bertanya pada Jenal. Jenal membalas dengan isyarat ‘ntah’. Izzah menuju ke arah pintu bilik. Sebaik saja dibukanya pintu, terpacul Usu dengan muka masam mengalahkan asam jawa.
“Apehal nie…? Masam je…” tanya Izzah.
“Usu geram betulla dengan driver bas tu… gatal nak mampos… tak sedar diri perut buncit macam mengandung 9 bulan… ade hati nak mengorat orang…” bentak Usu sambil menghempaskan punggungnya ke atas sofa di hadapan ruang rehat tingkat atas.
“Le… yang Usu pegi layan tu apesal…?” Izzah tersenyum melihat gelagat Usu.
“Mana ada orang layan… dia tu melebih-lebih sangat… rase nak penampar je muka tu…” Usu melonggarkan keronsang bunga mawar yang tersemat rapi di tengah-tengah tudungnya. Zap… sekali tarik saja tudung merah lembut itu sudah terhampar di tepinya.
“Tu tandanya adik Along nie ramai peminatnya… kan awak?” Jenal mengenyit sebelah matanya pada Izzah. Sebelah tangannya diletakkan ke atas bahu Usu sambil sebelah lagi menggosok-gosok lembut ubun-ubun Usu.
“Hmmm ye la tu…” balas Izzah acuh tak acuh.
“Ye la… tengokla abang dia je… ramai yang minat gak tau… kalau tak takkan awak terpikat ngan saya… kan?” Jenal buat lawak Doraemon lagi. Usu diam memandang abang dan kakak iparnya.
“Dah… dah mula la tu…” Usu mencelah sambil mencubit pinggang Jenal.
“Adoi… jaga-jaga Usu… hematoma buah pinggang Along karang… Adoi… awak… tolong…” Jenal mengusik Izzah.
Triit… triit…
Handset di dalam beg sandang menjerit-jerit lagu Kias Cinta. Usu cepat-cepat mencapai begnya dan mengambil handset di dalam. Kak Ita… Hatinya bersuara. Jenal dan Izzah berlalu meninggalkan Usu.
“Assalamualaikum… Kak Ita…”
“Waalaikumussalam… Zulfa… besok pagi datang tak?” Naqibah usrah kumpulan Mujahidah itu bersuara lembut di hujung talian.
“InsyaAllah… saya datang kot… kalau tak ada aral… ada apa Kak Ita call nih?” Usu bertanya semula. Dia bangun menuju ke arah tingkap. Pandangannya dilepaskan jauh menikmati pemandangan bukit di hadapan taman perumahannya itu.
“Saje nak tanya khabar… dah dekat tiga minggu senyap je Zulfa nih…” Kak Ita tersenyum di hujung talian. Usu menepuk perlahan dahinya. Kesibukannya menyiapkan tiga assignments dan juga satu kertas kerja sambutan Israk Mi’raj membuatkannya betul-betul terlupa akan pertemuan usrahnya.
“Astaghfirullah… saya betul-betul minta maaf Kak Ita… sibuk sangat kebelakangan nih… sampai tak sempat nak join aktiviti…” balas Usu senada. Harap-harap alasannya itu munasabah.
“Takpe… urusan yang perlu siap dulu mesti utamakan… al-Quran dan terjemahan ade baca tak?” Kak Ita mengingatkan Usu kepada naskhah Tafsir al-Quran yang dihadiahkan oleh Kak Nuha pada hari Konvokesyen dua tahun lepas. Kitab tafsir itulah yang selalu ditatapnya sebelum melelapkan mata.
“Alhamdulillah… saya baca… semalam surah al-Mulk…” jawab Usu.
“Alhamdulillah…. Surah al-Mulk kalau selalu baca boleh selamatkan dari kezaliman, mudahkan perjalanan hidup, mudahkan kematian… eloknya kita hafaz…” terang Kak Ita lagi panjang lebar.
------
Handsetnya dilepaskan ke atas tilam. Cadar Doraemon dan Garfield membaluti tilam dan bantal kepalanya. Usu merebahkan badannya. Pelipisnya diurut-urut sambil memejamkan matanya. Tenang seketika. Usu membuka semula matanya. Jam di dinding direnungnya. 3.34 petang.
Malas dia bangun menuju ke arah bilik mandi. 20 minit kemudian dia keluar dengan sebungkus tuala kecil membaluti kepala dan rambutnya. Dia bersiap-siap sementara menantikan masuk waktu Asar. Laptop di atas meja belajarnya dihidupkan. Sementara menanti loading dia membuka beg sandangnya. Nota kuliah pagi tadi ditatapnya sehelai demi sehelai.
Usu membuka laman portal kesayangannya Ukhwah.com. Sudah hampir dua hari tidak dilawatinya. Mungkin ada perbincangan dan topik-topik baru. Usu beralih membuka peti emailnya pula. Tiada mesej baru. Hmmm… Dia mengeluh sendirian. Tiba-tiba…
k^@sh: assalamualaikum… kaifahaluki…
Sape pulak nih… siap berbahse arab ngan aku… ni nak test aku ke? Gerutu Usu. Hampir seluruh serebrum dia jelajahi untuk mencari-cari di mana tersimpan ketulan memori tentang k^@sh nih. Tapi tak ada dalam ingatannya. Siapa pula yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya.
puteri_aiman: waalaikumussalam… alhamdulillah… ana bikhair…
puteri_aiman: min fadhlik… masmuka/masmuki?
k^@sh : err… saya tak pandai bahse arab le…
k^@sh: ape tu?
puteri_aiman: sape awak nih?
puteri_aiman: tak pernah kenal pun…
puteri_aiman: sori kalo bahse sy kasar skit…
k^@sh: hamba Allah…
k^@sh: takpe… sy tak kisah…
puteri_aiman: ade ape-ape yg bleh sy tlg ke?
k^@sh: ermm… sori kalo ganggu…
k^@sh: sy sj je jln2 dlm net nih…
k^@sh: tjumpa nickname awak…
k^@sh: J
puteri_aiman: J
Ape aku nak cakap dengan dia nih… dah la tak kenal… tetiba je jatuh dalam laptop aku…
k^@sh: rasanye dh nak asar…
k^@sh: sy keluar dulu ye…
k^@sh: assalamualaikum…
k^@sh: jumpe lagi…
puteri_aiman: waalaikumussalam…
Allahuakbar… Allahuakbar…. Software azan di dalam laptop Usu muncul serentak dengan itu azan dilaungkan. Usu menutup Yahoo! Messenger. Dia sempat menukar statusnya kepada ‘Solat Asar…’. Laptop ditinggalkan terbuka di atas meja. Dia melangkah ke arah bilik mandi. Seketika kemudian, bunyi air menderu dari paip. Solat Asar.
Naskhah al-Quran di atas almari dibimbitnya turun. Diletakkannya perlahan-lahan di atas rehal kayu. Usu menyelak helaian terakhir bertanda poskad kiriman teman baiknya Lubna dari Negara Mesir. Poskad yang menggambarkan pandangan Kaabah ketika matahari terbenam. Sunguh indah. Subhanallah. Usu memulakan bacaannya dengan surah al-Fatihah dan diteruskan dengan ayat 17 surah al-Ahzab.
Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?" Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah.