“Astaghfirullah… apehal ngan kau nie Ashraff….? Ko tak rase ape-ape pelik ke, ajaib ke, hairan ke atau yang sewaktu dengannya atas tindakan ko yang penuh sopan santun tu?” Azmil mengangkat keningnya dua belah. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal sambil memandang ke arah Khairul Ashraff yang tersengih sumbing di depannya.
“Ntah… aku rase okey je… dia pun macam okey je…” balas Ashraff semula. Macam okey? Ye ke? Bukan ke Usu tu dah jadi macam Doraemon tertelan dorayaki basi je rupanya hari tu.
“Okey? Kau baru jumpa… takde kenal ape… terus gi makan sesama? Tu ko cakap ok?” balas Azmil semula kebingungan.
‘Ko nie Mil… kau tak faham ke? Tu la namanya cinta pandang pertama… Eii payah le cakap dengan orang konservatif macam kau nih…’ Gerutu hati Ashraff.
Ashraff berjalan mundar-mandir di hadapan pintu pagar fakulti. Jam di tangan dibelek berulang-ulang kali sambil mulutnya mengunyah chewing gum. Handsetnya dikeluarkan dari poket seluar dan segera dia menekan-nekan butang mesej. SMS dihantar. Seketika kemudian… Triiit.. (Macam biasa le.. ini bunyi handset)
Salam alaik…
Maaf… sy xleh dtg…
Ade hal…
Ashraff merungut sendirian. Kecewa? Marah? Geram? Atau… malu? Bermacam-macam jenis perasaan melanda dirinya ketika itu. Sesekali dia terasa seperti terlalu mendesak. Tapi sesekali dia rasa seolah-olah dia tidak bertepuk sebelah tangan. Atau mungkin dia sahaja bertepuk dengan tangan sendiri?
‘Ah!!! Ape nak buat nih…?’ Dia terasa kosong terpaku di situ. Langkah disusunnya dengan pantas menuju ke arah Kembara hitam miliknya di hujung parking lot. Tweet… tweet… kekunci di tekan dan seketika kemudian dia sudah berada di tempat duduk pemandu. Lagu Praise Be To The Prophet dendangan Zain Bikha menendang gegendang telinga. CD yang dihadiahkan oleh sahabatnya dari London itu sudah sebati dengan pemain cakera padat samada di bilik atau di dalam Kembara nya itu.
‘Mencari wanita solehah bukannya seperti mencari bunga di taman permainan. Mungkin kelihatan cantik di mata, tapi hilang serinya bila di sentuh. Selalu terjadi bunga yang di taman larangan menjadi santapan kumbang sahaja sedang bunga terbiar di hutan tetap terpelihara keindahan.. kesucian dan keasliannya… Begitu juga dengan wanita… Ingat… apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita, bahkan apa yang kita tidak mahu mungkin yang terbaik buat kita…’
Tiba-tiba sahaja terngiang-ngiang suara Tok Aki. Allahyarham Tok Aki selalu berpesan padanya untuk menjadikan agama panduan utama dalam hidup. Samada susah atau senang perjalanan hidup ini, bukannya hak kita untuk menentukannya. Allah swt juga yang berhak menentukan baik buruk sesuatu itu untuk kita. Bukannya kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk pada kita. Sedang ilmu Allah swt meliputi urat nadi kita dan menjangkau ke alam yang tidak tertancap pada deria pancaindera.
Ashraff menghidupkan enjin Kembara nya. Dia terpaku seketika memandang ke arah hadapan sambil menarik nafas dalam-dalam. Gear reverse dimasukkan dan terus mengundurkan ke belakang. Seketika kemudian, dia sudah pun berada di tengah jalan raya yang penuh sesak terutamanya di waktu puncak seperti itu.