Handphone di tangannya dibelek-belek. Seketika butang menunya ditekan. Kemudian di cancel kan. Kakinya mundar mandir. Masyarakat di sekeliling seolah-olah tidak wujud padanya. Mukanya gaya tak puas hati. Along nih…. Tak pernah berubah langsung… lambatnya mengalahkan mak nenek.. gerutu hatinya. Hujung tudung berbunga ros merah itu dipintal-pintal. Terasa bahangnya panas menunggu di pondok bas seperti itu.
“Pukul 2.30 petang???!” katanya sendirian.
Seketika kemudian Perodua Kembara berwarna hitam berlalu perlahan di hadapannya. Semua yang sedang menunggu bas di situ terpaku pada pemandunya. Wajah selamba dan tenang.
“Awak… nak gi mana?” suara pemandunya bertanya.
Usu memandang ke arah lain. Malas nak layan. Sekali lagi pemandu itu bersuara dengan soalan yang sama. Tiba-tiba…
“Dik. Akak rase pakwe adik tu tanya nak gi mana tu…” sapa seorang kakak di sebelah Usu sambil menepuk pehanya.
Ha???!!! PAKWE???!!! Astaga… Zaman bile pulak aku berpakwe makwe bagai nih? Gerutu hatinya.
“Ha?!” Tak terkeluar sepatah kata pun dari mulut Usu kecuali itu sahaja.
“Tu… pakwe adik tu…” balas kakak tu sambil menuding jari ke arah pemandu Kembara hitam itu.
“Bukanlah akak....” jawab Usu sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal.
“Kan dia pandang dekat adik tu…” sambung akak tu macam tak faham je dengan keadaan. Isy… orang kata bukan tu bukan la… apsal degil sangat nih…? Usu melepaskan geramnya di dalam hati.
“Awak Zulfa Aiman kan? Ex-SERATAS kan? Matrikulasi KMS…” Tiba-tiba aje lelaki tu terpacak depan Usu. Terkezut beruk le jugak. Mana taknya. Dahlah tak kenal. Pastu dia tahu nama penuh lak tu. Then, sekolah kat mana dulu pun dia tahu gak. Matrik kat mana pun dia tahu?
“Err… awak nih sape?” Usu bersuara. Kalau tak, gamaknye segala-gala biodata Usu dikhutbahkan depan orang di perhentian bas tu.
------
“Sape lagi… Kak Long la…” Izzah menepuk-nepuk bahu Usu. Air teh ais di dalam gelasnya hampir tumpah.
“Ha?? Kak Long nak sambung study? Along dah tahu ke?” Usu menggoyang-goyangkan gelasnya. Nak sekatakan sejuknya. Remote control di hadapannya dipicit. Teng… Buletin Utama TV3 muncul. Kamarudin Mape dan Nor Azlina Redzuan membacakan berita malam itu. Karam Singh Walia belum keluar lagi tu. Hihihi.
“Belum lagi… Kak Long ingat nak discuss malam nih la… Tak tau la Along setuju ke tak…” balas Izzah.
Erk… Along pun nak buat surprise honeymoon dia malam nih jugak… Isy… isy… what a coincidence nih… Usu bersuara di dalam hatinya. Seketika kemudian dia tersengih.
“Hei… apehal nie sengih-sengih…?” Izzah mencubit lengan Usu.
“Takde apelah..” balasnya sengih lagi. Samada sedang berfikir tentang honeymoon spot tu atau may be ‘gembira’ sebab Karam Singh Walia dah keluar kejap tadi. Dengan pepatahnya yang ntah dari kitab mana diambiknye tu.
“Kak Long…. Kita tukar topic kejap nak?..” Usu mengenyitkan sebelah matanya.
“Eiii tak senonoh le Usu nih… Topik Kak Long kan best…” balas Izzah seolah tak puas hati. Izzah memperbetulkan duduknya.
------
Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Izzah baru sahaja selesai mengemas di dapur. Jenal duduk di depan TV. Usu naik ke biliknya di tingkat atas. Izzah mengelap tangannya dengan tuala bersih sebelum menutup suis lampu dapur.
“Awak…” Izzah memandang ke arah Jenal yang sedang bersandar di sofa.
“Ye…” balas Izzah ringkas. Jenal memberikan isyarat memanggil Izzah.
“Sini jap… saye ade hal skit…” sambung Jenal lagi. Remote control di tangannya diletakkan di atas meja.
“Hmmm?” Izzah mengangkat kening dua belah. Jenal menarik tangan kanan Izzah.
“Awak… nak gi jalan-jalan tak?” Jenal sengih.
“Jalan-jalan? Malam-malam macam nih?” Izzah kebingungan.
“Aah… jom la… jalan-jalan cari pasal…” pujuk Jenal lagi.
“Nak gi mana?” tanya Izzah semula.
“Ntah… gi je mana-mana…” balas Jenal sambil merebahkan kepalanya ke bahu Izzah.
“Jom la… erm… Usu?” tanya Izzah. Takkan nak tinggalkan sorang-sorang kat rumah pulak.